Communicable disease

Kenyataan Akhbar 16 April 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 119 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 2,766 kes (53.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Justeru, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

BM DATA KES SETIAP NEGERI 16April-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA.

Sehingga 16 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 110 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,182 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,332 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 56 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 84 kes (1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-84 (kes ke-4711) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung dan darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 9 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 15 April 2020 jam 12.55 tengah hari.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau. 

RISIKO JANGKITAN COVID-19 DI KALANGAN WARGA EMAS DAN PESAKIT PENYAKIT KRONIK

Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, golongan warga emas didapati agak terjejas dengan wabak COVID-19 di mana terdapat banyak kes jangkitan dan kematian berkaitan COVID-19 di kalangan kumpulan umur 60 tahun ke atas. Warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi dan kematian akibat jangkitan COVID-19 kerana faktor umur dan juga penyakit kronik. Ini merupakan satu isu global yang dihadapi oleh negara-negara yang terjejas dengan wabak ini.

WhatsApp Image 2020-04-16 at 4.12.10 PM (1)

Statistik menunjukkan terdapat dua (2) kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif COVID-19 berbanding kumpulan umur yang lain, iaitu 20 tahun sehingga 24 tahun dan juga 56 tahun sehingga 59 tahun. Ini dapat dilihat pada carta bilangan kes positif COVID-19 mengikut umur. Namun apabila statistik bilangan kes COVID-19 ini dipadankan dengan populasi bagi setiap kumpulan umur, jelas dapat dilihat bahawa kadar insiden COVID-19 bagi 100,000 populasi di Malaysia adalah paling tinggi bagi kumpulan umur 55 sehingga 59 tahun dan juga 60 sehingga 64 tahun.

WhatsApp Image 2020-04-16 at 4.12.10 PM

Statistik kes kematian COVID-19 yang telah direkod setakat ini pula menunjukkan bahawa 62.6 peratus daripada kes kematian adalah berumur 60 tahun ke atas. Jika dilihat daripada faktor komorbiditi, didapati 80.7 peratus kes kematian menghidap penyakit kronik misalnya penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang, penyakit jantung dan lain-lain penyakit.

NASIHAT KESIHATAN KEPADA WARGA EMAS DAN PESAKIT PENYAKIT KRONIK

Didapati kebolehpulihan dan prognosis bagi sembuh jangkitan COVID-19 adalah lebih baik sekiranya rawatan dimulakan awal, justeru amat penting bagi kumpulan warga emas untuk mendapatkan rawatan SEGERA walaupun hanya mempunyai gejala ringan seperti demam, batuk, selesema atau sakit tekak.

WhatsApp Image 2020-04-16 at 12.23.37 PM

Adalah menjadi tanggungjawab ahli keluarga misalnya anak atau penjaga yang tinggal bersama warga emas supaya memastikan golongan warga emas:

  • Mendapat rawatan segera jika tidak sihat
  • Bekalan ubatan mencukupi dan patuhi temujanji rawatan
  • Barang keperluan harian mencukupi;
  • Pengamalan tahap kebersihan diri yang tinggi misalnya, kerap cuci tangan dengan air dan sabun;
  • Mengamalkan jarak sosial yang selamat (social distancing) sekurang-kurangya 1 meter.

WhatsApp Image 2020-04-16 at 12.23.37 PM (1)

Sekiranya diperlukan khidmat nasihat, warga emas serta orang ramai boleh menghubungi Virtual Health Advisory melalui portal KKM dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari

Sehubungan itu, bagi memastikan bekalan ubat pesakit adalah mencukupi dan tidak terganggu, di samping mengurangkan keperluan warga emas serta pesakit kronik keluar rumah, pihak Kementerian amat menggalakkan pesakit yang diberikan rawatan ubat untuk penyakit kronik supaya menggunakan Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (Value Added Services, VAS) yang telah sedia ada ditawarkan di fasiliti KKM. Antara Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi yang ditawarkan adalah:

  1. Ubat Melalui POS (UMP);
  2. Farmasi Pandu Lalu;
  3. Locker4U; dan
  4. Sistem Temujanji Farmasi (Telefon & Ambil, SMS & Ambil dan sebagainya)

WhatsApp Image 2020-04-16 at 5.25.45 PM

Pesakit digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pembekalan UMP dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini membolehkan ubat dihantar terus ke rumah pesakit tanpa pesakit perlu datang ke hospital atau klinik kesihatan bagi mengambil bekalan ubat susulan mereka.

KKM juga prihatin terhadap kesihatan warga emas yang tinggal di institusi-institusi jagaan bagi warga emas, terutama bagi institusi yang mempunyai ramai penghuni serta mengalami kesukaran mengamalkan jarak sosial yang selamat.

Susulan itu, KKM telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di mana KPWKM telah membangunkan garis panduan ‘Recommendations for the COVID-19 Pandemic for Private, Public and NGO Residential Aged Care Facilities’. KKM turut memantau pengurusan kesihatan berhubungan dengan pencegahan COVID-19 di Rumah Sri Kenangan dan Rumah Ehsan bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bahan sebaran berbentuk infografik mengenai langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 telah diedarkan kepada 344 buah institusi yang dilesenkan di bawah Akta Pusat Jagaan (Akta 506) dan lain-lain institusi penjagaan. Terima kasih diucapkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta yang banyak membantu dalam perkara ini.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

16 April 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 APRIL 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 94
PULAU PINANG 0 119
PERAK 1 251
SELANGOR 13 1,329
NEGERI SEMBILAN 26 389
MELAKA 0 147
JOHOR 13 614
PAHANG 8 261
TERENGGANU 2 108
KELANTAN 1 155
SABAH 3 288
SARAWAK 16 387
W.P. KUALA LUMPUR 26 952
W.P. PUTRAJAYA 1 55
W.P. LABUAN 0 15
JUMLAH KESELURUHAN 110 5,182

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

16 April 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 119 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 2,766 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (53.4% of total cumulative cases). The number of cases discharged is more than the number of additional confirmed cases reported.

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

16 April 2020, 12 pm – A total of 110 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 5,182 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Currently there are 2,332 active COVID-19 cases, whereby they have been isolated and provided treatment.

Currently, 56 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 29 cases are on ventilation support.

Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH. Cumulatively, there are now 84 COVID-19 deaths in Malaysia (1.62% of total cumulative cases):

  1. Death #84: Case 4,711 is a 66 year-old Malaysian man with a history of heart disease and hypertension. He was admitted into Kuala Lumpur Hospital on 9 April 2020 and was pronounced dead on 15 April 2020 at 12.55 pm.

MOH conveys condolences to all family members.

Risk of COVID-19 Infection Amongst Older Adults and Individuals with Chronic Diseases

As previously informed, older adults are more vulnerable to COVID-19 infection, with higher risk of infection and death due to COVID-19 amongst individuals age 60 years and above. Older adults are at high risk of developing complications and death due to COVID-19 due to increasing age and presence of chronic diseases. This is a global issue faced by all affected countries.

WhatsApp Image 2020-04-16 at 4.12.10 PM (1)

Statistics show that there are two age-groups with the highest number of confirmed COVID-19 cases compared to the other age-groups i.e. 20 to 24 years and 56 to 59 years. This is shown in the graph of the number of confirmed COVID-19 cases by age groups. However, when the number of cases is expressed at a percentage of the age-group population, it is obvious that the incidence of COVID-19 infection per 100,000 population in Malaysia is highest in the 55 to 59 years and 60 to 64 years age-groups.

WhatsApp Image 2020-04-16 at 4.12.10 PM

The latest statistics of COVID-19 deaths show that 62.6% of all deaths were amongst individuals age 60 years and above. Of all deaths, 80.7% were amongst individuals with history of chronic diseases such as diabetes, hypertension, kidney disease, heart disease and other various chronic diseases or conditions.

Health Advisory for Older Adults and Individuals with Chronic Diseases

It is found that the recovery and prognosis for COVID-19 infections are better when treatment is initiated early. Therefore, it is very important for older adults to seek early treatment even for mild symptoms such as fever, cough, cold or sore throat.

It is the responsibility of family members such as the adult children or caregivers living with older adults to ensure that they:

  • Get early treatment if unwell
  • Have adequate supply of medications and keep their clinic appointments
  • Have sufficient daily necessities
  • Practice high levels of personal hygiene, for example, frequent hand washing with water and soap
  • Practice social distancing of at least 1 metre from others

For medical or health advice, the public can contact the Virtual Health Advisory from 8.30 am to 5.00 pm daily.

In this regard, to ensure adequate and uninterrupted supply of medications while reducing the need for older adults to go out of their houses, MOH strongly encourages patients who are prescribed medications for their chronic diseases to use the Pharmacy Value Added Services (VAS) available at MOH healthcare facilities. These services are:

  1. Medicines through Post (Ubat Melalui Pos or UMP)
  2. Drive-through pharmacy
  3. Locker4U
  4. Pharmacy Appointment System (Call & Pick-up; SMS & Pick-up)

WhatsApp Image 2020-04-16 at 5.25.45 PM

Patients are encouraged to use the UMP service during the time period of the Movement Control Order (MCO). This allows the medications to be sent directly to the patient’s home without the patient having to come to the hospital or health clinic to collect their repeat prescriptions.

MOH is also deeply concerned about the health of older adults living in elderly care institutions, especially in institutions with large numbers of residents and having difficulty in practicing and maintaining a safe social distance.

Therefore, MOH has worked closely with the Ministry of Women, Family and Community Development, where the Ministry has developed a guideline entitled “Recommendations for the COVID-19 Pandemic for Private, Public and NGO Residential Aged Care Facilities”. MOH also monitors the health management aspects relating to the prevention of COVID-19 infection at the Rumah Sri Kenangan and Rumah Ehsan together with the Department of Social Welfare.

Infographic-based health education materials on the prevention of COVID-19 infection have been distributed to 344 institutions licensed under the Care Centres Act 1993 (Act 506) and other care institutions. MOH thanks the Ministry of Women, Family and Community Development, non-governmental organizations and the private sector for their assistance.

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

16 April 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 16 April 2020, 12 pm)

State No. of New Cases Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 94
Pulau Pinang 0 119
Perak 1 251
Selangor 13 1,329
Negeri Sembilan 26 389
Melaka 0 147
Johor 13 614
Pahang 8 261
Terengganu 2 108
Kelantan 1 155
Sabah 3 288
Sarawak 16 387
WP Kuala Lumpur 26 952
WP Putrajaya 1 55
WP Labuan 0 15
Total 110 5,182