Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 17 April 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 201 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 2,967 kes (56.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Justeru, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah hampir tiga kali ganda bilangan kes baharu yang dilaporkan.

BM DATA KES SETIAP NEGERI 17 April-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA.

Sehingga 17 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 69 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,251 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,198 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 51 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 26 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 86 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-85 (kes ke-5064) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-4657 berkaitan dengan kluster PUI Bali. Beliau telah dirawat untuk penyakit barah darah di sebuah pusat perubatan swasta dan kemudiannya dipindah ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang pada 15 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 16 April 2020 jam 3.30 petang.
  • Kes kematian ke-86 (kes ke-5183) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan strok. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19, iaitu kes ke-2321. Beliau telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 1 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 16 April 2020 jam 8.56 malam.KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. 

 JANGKITAN COVID-19 DI KALANGAN BUKAN WARGANEGARA DI MALAYSIA

Sehingga 16 April 2020 jam 12 tengah hari, pihak KKM telah mengesan sebanyak 601 kes positif COVID-19 (iaitu 356 kes sedang dirawat, 242 kes telah pulih dan tiga (3) kes kematian) di kalangan bukan warganegara Malaysia. Mereka adalah termasuk kumpulan pelancong, pekerja asing, golongan pelarian dan pemohon suaka (asylum seeker).

WhatsApp Image 2020-04-17 at 4.22.49 PM

Daripada jumlah tersebut, antara negara utama adalah:

  • 108 kes terdiri daripada warganegara Indonesia
  • 104 kes terdiri daripada warganegara Filipina
  • 63 kes terdiri daripada warganegara Bangladesh
  • 60 kes terdiri daripada warganegara India
  • 51 kes terdiri daripada warganegara Pakistan

 

Seperti yang termaklum melalui media massa, terdapat peningkatan kes COVID-19 di Singapura yang dikaitkan dengan penularan COVID-19 di asrama pekerja. Ini dilaporkan telah menyumbang kepada lebih daripada 50 peratus keseluruhan kes positif COVID-19 di negara tersebut. Mengambil iktibar daripada situasi ini, dan memandangkan Malaysia juga mempunyai ramai pekerja asing, langkah-langkah perlu diambil bagi mencegah penularan COVID-19 khususnya di kalangan warga asing.

Bagi industri yang menggunakan banyak tenaga kerja, termasuk daripada kalangan warga kerja asing, majikan adalah bertanggungjawab untuk memastikan langkah-langkah berikut adalah dilaksanakan di tempat kerja:

  • Pemeriksaan suhu badan dan gejala sebelum memasuki premis;
  • Penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer;
  • Kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman terutamanya ruang guna sama;
  • Amalan jarak sosial selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan seperti:-
  • Elakkan pekerja tidak berkumpul di ruang sempit (confined space)
  • Elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (congregation)
  • Amalkan jarak 1 meter semasa bercakap (close conversation)

Sekiranya tempat tinggal disediakan, langkah-langkah pencegahan terutamanya amalan jarak sosial selamat dan kebersihan tangan dan diri perlu ditekankan. Pekerja-pekerja yang mempunyai kediaman sendiri juga perlu mematuhi dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan tersebut di samping mengambil inisiatif sendiri untuk kerap menjalankan sanitasi dan pembersihan rumah / tempat kediaman masing-masing.

KKM juga menggembeleng tenaga bersama dengan United Nations High Commission for Refugees (UNHCR) bagi memastikan golongan pelarian dan pemohon suaka (asylum seeker) turut diliputi dalam aktiviti pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.

KKM bekerjasama rapat dengan kedutaan negara-negara berkenaan di Malaysia dan juga badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan, agar dapat membantu KKM dalam usaha penyebaran dan penyampaian maklumat  kepada warga asing di Malaysia dalam bahasa ibunda masing-masing. National IHR Focal Points (NFPs) daripada negara-negara berkaitan juga akan dimaklumkan mengenai kes-kes positif COVID-19 di kalangan warga asing di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM menasihatkan orang ramai supaya mematuhi segala arahan berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Semasa berada di rumah, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun dan amalkan jarak sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian COVID-19 melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

17 April 2020 @ 5.00 petang 

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 17 APRIL 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 94
PULAU PINANG 0 119
PERAK 1 252
SELANGOR 9 1,338
NEGERI SEMBILAN 13 402
MELAKA 1 148
JOHOR 9 623
PAHANG 1 262
TERENGGANU 0 108
KELANTAN 0 155
SABAH 5 293
SARAWAK 10 397
W.P. KUALA LUMPUR 19 971
W.P. PUTRAJAYA 0 55
W.P. LABUAN 1 16
JUMLAH KESELURUHAN 69 5,251

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

 

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

17 April 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 201 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 2,967 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (56.5% of total cumulative cases). The number of cases discharged is almost triple the number of additional confirmed cases reported.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

17 April 2020, 12 pm – A total of 69 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 5,251 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 2,198 active and infective COVID-19 cases. They have been isolated and provided treatment.

Currently, 51 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 26 cases are on ventilation support.

Regretfully, two (2) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH. Cumulatively, there are now 86 COVID-19 deaths in Malaysia (1.64% of total cumulative cases):

  1. Death #85: Case 5,064 is an 85 year-old Malaysian man. He was a close contact to a confirmed COVID-19 case (Case 4,657) related to the Bali PUI cluster. He was receiving treatment for cancer at a private hospital and was subsequently transferred to Tengku Ampuan Afzan Hospital, Pahang on 15 April 2020. He was pronounced dead on 16 April 2020 at 3.30 pm.
  2. Death #86: Case 5,183 is an 85 year-old Malaysian man with a history of hypertension and stroke. He was a close contact to a confirmed COVID-19 case (Case 2,321). He was admitted into the University of Malaya Medical Centre on 1 April 2020 and was pronounced dead on 16 April 2020 at 8.56 pm.

MOH conveys condolences to all family members.

CONFIRM CASE BY STATE baru 17April-01

COVID-19 Infection Amongst Foreign Nationals in Malaysia

As of 16 April 2020, 12 noon, MOH has detected a total of 601 confirmed COVID-19 cases amongst foreign nationals, of which, 356 cases are receiving treatment, 242 cases have recovered and discharged well, and 3 deaths. These were amongst tourists, foreign workers, refugees and asylum seekers.

Of the total cases, amongst the main nationalities were:

  • 108 cases, Indonesian nationals
  • 104 cases, Philippines nationals
  • 63 cases, Bangladesh nationals
  • 60 cases, Indian nationals
  • 51 cases, Pakistan nationals

WhatsApp Image 2020-04-17 at 4.22.49 PM

As reported by the mass media, there has been an increase in COVID-19 cases in Singapore associated with the spread of the infection in the workers’ dormitories. This has contributed to over 50% of all COVID-19 positive cases in the country. Cognisant of this situation and given that Malaysia also have a large population of foreign workers, measures must be taken to prevent the spread of COVID-19 among this group of people.

For industries employing large numbers of workers, including foreign workers, employers are responsible for ensuring the following measures are implemented in the workplace:

  • Screening for body temperature and symptoms before entering the premises or workplaces
  • Provision of hand washing facilities and hand sanitisers
  • Regularly carry out cleaning and disinfection, particularly in shared spaces
  • Practice social distancing of at least 1 metre, in workspaces as well as in dining areas:
    • Prevent employees from congregating in confined spaces
    • Prevent the congregation of large numbers of workers
    • Keep a distance of at least 1 metre during face-to-face conversations

When dormitories or living quarters are provided, preventive measures such as safe social distancing as well as personal and hand hygiene must be emphasised. Employees with their own accommodations must also comply and practise all of these preventive measures, as well as take their own initiatives to regularly clean and disinfect their own accommodations.

MOH is also working with the United Nations High Commission for Refugees (UNHCR) to ensure that refugees and asylum seekers are also included in the prevention and control measures undertaken by the Government.

MOH is also working closely with the embassies of relevant countries in Malaysia as well as relevant non-governmental organisations to assist MOH to share and disseminate information and health education messages to foreign nationals in Malaysia in their respective national languages. The National IHR Focal Points from related countries were also notified of confirmed COVID-19 cases amongst foreign nationals in Malaysia.

Health Advisory on COVID-19

MOH urges the public to continue to comply to all advisories and measures under the Movement Control Order (MCO).

While staying at home, MOH advises the public to maintain a high level of personal hygiene at all times, such as regular hand washing with water and soap, and practising social distancing of at least 1 metre from others.

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

17 April 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 17 April 2020, 12 pm)

State No. of New Cases Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 94
Pulau Pinang 0 119
Perak 1 252
Selangor 9 1,338
Negeri Sembilan 13 402
Melaka 1 148
Johor 9 623
Pahang 1 262
Terengganu 0 108
Kelantan 0 155
Sabah 5 293
Sarawak 10 397
WP Kuala Lumpur 19 971
WP Putrajaya 0 55
WP Labuan 1 16
Total 69 5,251