Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 20 April 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 98 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,295 kes (60.74 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Seperti dilihat beberapa hari ini, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (6)

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA.

Sehingga 20 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 36 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,425 kes. Ini merupakan bilangan kes harian yang paling rendah direkod setakat ini. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,041 kes.

Sehingga kini, seramai 45 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sukacita dimaklumkan, daripada maklumat terkini yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, tiada sebarang kes kematian yang terbaharu setakat ini. Oleh itu, sehingga pukul 12 tengah hari 20 April 2020, jumlah kematian kekal 89 kes.

Penurunan jumlah kes harian yang dapat dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes yang dijalankan terutama dalam tempoh dua (2) minggu yang lalu.

Namun demikian, jumlah atau bilangan kes baharu mungkin boleh meningkat kembali dalam tempoh dua (2) minggu akan datang memandangkan aktiviti pengesanan kes masih giat dijalankan terutamanya ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan di lokaliti yang terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 20April-01

STATUS TERKINI PERINTAH PERGERAKAN KAWALAN DIPERKETATKAN (PKPD)

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan telah mula dilaksanakan di beberapa lokasi yang berisiko tinggi sejak 27 Mac 2020. Langkah ini dapat membantu KKM dalam menjalankan aktiviti pendekatan tertumpu (targeted approach) untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 seperti bancian penduduk, Active Case Detection (ACD) rumah ke rumah, pengambilan sampel, aktiviti disinfeksi berkaitan dan promosi kesihatan. Bagi kes yang disahkan positif COVID-19, mereka akan diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga 20 April 2020, Kerajaan telah mengeluarkan sebanyak enam (6) arahan PKPD secara berperingkat melibatkan sebanyak sepuluh (10) lokaliti iaitu:

  • Bandar Baru Ibrahim Majid;
  • Kawasan di sekitar Bandar Baru Ibrahim Majid;
  • Kampung Sungai Lui;
  • Kawasan di sekitar Kampung Sungai Lui;
  • Menara Plaza City One;
  • Malayan Mansion;
  • Selangor Mansion;
  • Masjid India dan kawasan sekitarnya;
  • Terkini, di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur; dan
  • Kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur

Hasil daripada pelaksanaan PKPD ini, sebanyak 13,277 sampel ujian pengesanan COVID-19 telah diambil di mana sebanyak 796 kes telah dikesan positif COVID-19. Terdapat lima (5) kes kematian COVID-19 dari kawasan ini iaitu kes ke-1114, kes ke-2627, kes ke-1649 dan kes ke-1251 dari Bandar Baru Ibrahim Majid dan kawasan di sekitarnya, serta kes ke-1906 dari Menara Plaza City One.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Selaras dengan tren penurunan kes jangkitan COVID-19, KKM ingin menegaskan dan mengingatkan seluruh Rakyat Malaysia untuk tidak mengambil mudah serta merasa selesa dengan keberkesanan pengekangan jangkitan COVID-19 yang dicapai setakat ini.

Perjuangan kita masih berbaki dan pastinya masih belum tamat. Teruskan usaha membantu Kerajaan dalam memastikan rantaian jangkitan COVID-19 ini dapat diputuskan dengan:

  1. Patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan.
  2. Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun
  3. Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

20 April 2020 @ 5.00 petang

  

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 20 APRIL 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 94
PULAU PINANG 0 119
PERAK 0 252
SELANGOR 2 1,345
NEGERI SEMBILAN 3 408
MELAKA 2 187
JOHOR 2 644
PAHANG 2 271
TERENGGANU 0 109
KELANTAN 0 155
SABAH 2 308
SARAWAK 6 414
W.P. KUALA LUMPUR 4 1,008
W.P. PUTRAJAYA 13 77
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 36 5,425

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

20 April 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 98 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 3,295 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (60.74% of total cumulative cases). As seen lately, the number of cases discharged well is more than the number of additional cases reported today.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (6)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

20 April 2020, 12 pm – A total of 36 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 5,425 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. This is the lowest number of daily additional cases recorded of late. Therefore, there are currently 2,041 active and infective COVID-19 cases.

Currently, 45 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 28 cases are on ventilation support.

No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC, MOH. Hence, the cumulative number of deaths remains at 89 cases.

The recent decrease in the number of additional confirmed COVID-19 cases reported is the result of proactive and aggressive case detection activities, particularly within the past two weeks.

Nevertheless, the total or number of additional cases may rebound in the next two weeks as case detection activities are still being aggressively carried out, especially for Malaysians returning from overseas and for individuals in the Enhanced Movement Control Order (EMCO) localities.

CONFIRM CASE BY STATE baru 20 April-01

Current Status of Implementation of the Enhanced Movement Control Order

The EMCO has been implemented in several high-risk localities since 27 March 2020. This measure will assist MOH in implementing the targeted approach to reduce and prevent further spread of COVID-19, which includes population census, house-to-house active case detection, sampling, disinfection activities and health promotion. For individuals found to be positive for COVID-19, they will be isolated and treated.

As of 20 April 2020, the Government has issued in stages six EMCO directives involving ten (10) localities:

  1. Bandar Baru Ibrahim Majid
  2. Areas surrounding Bandar Baru Ibrahim Majid
  3. Kampung Sungai Lui
  4. Areas surrounding Kampung Sungai Lui;
  5. Plaza City One Tower
  6. Malayan Mansion
  7. Selangor Mansion
  8. Masjid India and surrounding areas
  9. Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur (most recent)
  10. Areas surrounding Pasar Borong, Kuala Lumpur (most recent)

Through the implementation of the EMCO, a total of 13,277 COVID-19 test samples have been taken, of which 796 were confirmed COVID-19 cases. There were five (5) COVID-19 deaths from these localities, i.e. Cases 1,114, 2,627, 1,649 and 1,251 from Bandar Baru Ibrahim Majid and its surrounding areas; and Case 1,906 from Plaza City One Tower.

Health Advisory on COVID-19

In line with the reduction trend of additional COVID-19 cases, MOH urges and reminds all Malaysians not to be complacent or satisfied with the effectiveness of COVID-19 prevention and control achieved thus far.

This is still an ongoing struggle and challenge, and certainly the end is not yet in sight. MOH urges the public to continue to assist the Government to ensure that the COVID-19 infection transmission chain can be broken by:

  1. Complying to the Movement Control Order
  2. Maintaining a high level of personal hygiene at all times, such as regular hand washing with water and soap
  3. Practicing social distancing of at least 1 metre from others

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

20 April 2020 @ 5.00 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 20 April 2020, 12 pm)

State No. of New Cases Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 94
Pulau Pinang 0 119
Perak 0 252
Selangor 2 1,345
Negeri Sembilan 3 408
Melaka 2 187
Johor 2 644
Pahang 2 271
Terengganu 0 109
Kelantan 0 155
Sabah 2 308
Sarawak 6 414
WP Kuala Lumpur 4 1,008
WP Putrajaya 13 77
WP Labuan 0 16
Total 36 5,425