Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 21 April 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 54 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,349 kes (61.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA.

Sehingga 21 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 57 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,482 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,041 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada 57 kes, 18 adalah kes import daripada warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara. 39 kes adalah kes penularan tempatan.

BM DATA KES SETIAP NEGERI 21 April-01

Sehingga kini, seramai 43 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 92 kes (1.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-90 (kes ke-2050) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau adalah ibu kepada kes ke-2053 (yang turut mempunyai gejala pada hari yang sama). Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 20 April 2020 jam 1.47 tengah hari.
  • Kes kematian ke-91 (kes ke-4090) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 6 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 21 April 2020 jam 2.28 pagi.
  • Kes kematian ke-92 (kes ke-5332) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 92 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dementia. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-4711. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 8 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 21 April 2020 jam 1.30 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

KES POSITIF COVID-19 DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG PULANG DARI LUAR NEGARA SEJAK 3 APRIL 2020

Seperti yang telah dimaklumkan, dalam tempoh beberapa hari ini bilangan kes harian menunjukkan tren penurunan yang amat memberangsangkan.

Namun demikian, KKM telah mengesan sejumlah kes positif COVID-19 yang melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara. Perkara ini telah dijangka, memandangkan lebih daripada 180 buah negara di seluruh dunia telah terkesan akibat pandemik COVID-19. Justeru, tindakan mewajibkan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara untuk ditempatkan di stesen kuarantin di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah bertepatan.

Dalam tempoh lebih dua (2) minggu sejak 3 April 2020, seramai 12,160 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantinkan. Daripada jumlah tersebut, setakat ini 7,910 individu telah disampel di mana 95 kes positif COVID-19 dikesan (iaitu 1.2 peratus). Tindakan proaktif ini telah menyaksikan peningkatan jumlah kes yang dilaporkan di negeri di mana mereka dikuarantinkan. Misalnya peningkatan 37 kes di Melaka, 32 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga (3) kes di Sarawak, tiga (3) kes di Johor, dan dua (2) kes di Selangor (selebihnya 18 kes dikesan hari ini di beberapa negeri, menjadikan jumlah setakat ini 95 kes). Kes-kes positif ini telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (7)

AKTIVITI SURVELAN, TINDAKAN PENGESANAN ACTIVE CASE DETECTION DAN JUGA AKTIVITI PENGESANAN TERTUMPU COVID-19 DI DALAM KOMUNITI

Bagi mengenalpasti aktiviti penularan COVID-19 di kalangan masyarakat setempat di Malaysia, KKM telah sejak awal lagi menjalankan persampelan daripada pesakit yang mempunyai gelaja Influenza Like Illness (ILI) / Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di hospital dan klinik KKM, iaitu sebagai salah satu aktiviti survelan jangkitan COVID-19 sejak 2 Februari 2020.

Sampel untuk ujian pengesanan COVID-19 akan diambil daripada semua pesakit dengan jangkitan paru-paru (pneumonia). Setakat ini terdapat sebanyak 56 kes positif daripada 2,669 sampel yang telah diambil (iaitu 2.1 peratus daripada jumlah sampel kes SARI).

Manakala, persampelan ILI pula mula dijalankan sejak minggu epidemiologi ke-9 (yang bermula pada 23 Februari 2020) dengan permulaan sebanyak lapan (8) buah lokasi Klinik Kesihatan terpilih (sentinel site). Ini bagi mengenalpasti sekiranya berlaku jangkitan di komuniti.

Sebanyak lapan (8) kes positif COVID-19 telah dikenalpasti daripada 1,280 sampel yang telah diambil (iaitu 0.6 peratus daripada jumlah sampel kes ILI). Aktiviti survelan ini bertindak sebagai sistem pengesanan awal (early detection) dan sistem amaran awal (early warning) kejadian COVID-19 di Malaysia. Pihak KKM akan terus memperluas dan memperkukuhkan aktiviti survelan COVID-19 di Malaysia.

Selain itu, KKM juga telah menggunakan aktiviti pendekatan tertumpu (targeted approach) untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Antara aktiviti yang dilakukan adalah pengesanan di kalangan kumpulan berisiko tinggi (misalnya sekolah tahfiz dan pekerja warganegara asing) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mana bancian penduduk dan Active Case Detection (ACD) dijalankan dari rumah ke rumah.

NASIHAT KESIHATAN

Kepatuhan masyarakat terhadap PKP adalah amat penting dalam membantu Kerajaan menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti. Ini terutama bagi memastikan tidak berlaku jangkitan merentas negeri, daerah dan mukim. Selain daripada aktiviti kawalan sempadan (border control), pematuhan masyarakat terhadap PKP akan seterusnya memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan agar terus mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun serta mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

21 April 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 APRIL 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 94
PULAU PINANG 0 119
PERAK 0 252
SELANGOR 11 1,356
NEGERI SEMBILAN 1 409
MELAKA 1 188
JOHOR 1 645
PAHANG 8 279
TERENGGANU 0 109
KELANTAN 0 155
SABAH 0 308
SARAWAK 22 436
W.P. KUALA LUMPUR 13 1,021
W.P. PUTRAJAYA 0 77
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 57 5,482

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

21 April 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 54 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 3,349 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (61.1% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

21 April 2020, 12 pm – A total of 57 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 5,482 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 2,041 active and infective COVID-19 cases. They have been isolated and provided treatment. Of these 57 cases, 18 are imported cases amongst Malaysians returning from abroad, with the remaining 39 cases are from local infections.

CONFIRM CASE BY STATE baru 21 April-01

Currently, 43 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 27 cases are on ventilation support.

Regretfully, three (3) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH. Cumulatively, there are now 92 COVID-19 deaths in Malaysia (1.68% of total cumulative cases):

  1. Death #90: Case 2,050 is a 72 year-old Malaysian woman with a history of diabetes and hypertension. She is the mother of Case 2,053, who developed symptoms on the same day. She was admitted into Sungai Buloh Hospital on 27 March 2020 and was pronounced dead on 20 April 2020 at 1.47 pm.
  2. Death #91: Case 4,090 is a 69 year-old Malaysian man with a history of diabetes, hypertension and kidney disease. He was admitted into Sarawak General Hospital on 6 April 2020 and was pronounced dead on 21 April 2020 at 2.28 am.
  3. Death #92: Case 5,332 is a 92 year-old Malaysian man with a history of diabetes, hypertension and dementia. He was a close contact to a confirmed COVID-19 case (Case 4,711). He was admitted into Kuala Lumpur Hospital on 8 April 2020 and was pronounced dead on 21 April 2020 at 1.30 am.

MOH conveys condolences to all the family members.

Confirmed COVID-19 Cases Amongst Malaysians Returning from Overseas since 3 April 2020

As previously mentioned, the number of additional cases reported daily in the past few days have shown a decreasing trend.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (7)

However, MOH has detected a number of confirmed COVID-19 cases amongst Malaysians who have just returned from abroad. This is expected as more than 180 countries around the world have been affected by the COVID-19 pandemic. Therefore, the Government had taken the right action in instituting compulsory quarantine of all Malaysians returning from abroad under the Movement Control Order (MCO).

Over the two-week period since 3 April 2020 until 20 April 2020, a total of 12,160 Malaysians returning from abroad have been quarantined. Of these, 7,910 individuals have been sampled so far, with 95 positive COVID-19 cases detected (1.2%). This proactive measure has resulted in an increase of the number of confirmed cases reported in states where these individuals are quarantined. For example, the additional 37 cases in Melaka, 32 cases in WP Kuala Lumpur and Putrajaya, 3 cases in Sarawak, 3 cases in Johor and 2 cases in Selangor (additional 18 cases identified today across few states, making the total as 95 cases thus far). These confirmed cases have been isolated and given treatment in hospitals.

Surveillance, Active Case Detection and Targeted Approach for COVID-19 in the Community

To identify COVID-19 infection transmission in the community in Malaysia, MOH has earlier since 2 February 2020 started sampling from patients with Influenza Like Illness (ILI) and Severe Acute Respiratory Infection (SARI) in MOH hospitals and health clinics, as one of the COVID-19 infection surveillance activities.

Samples for COVID-19 testing are taken from all patients with pneumonia. To date, there were 56 positive cases out of 2,669 samples taken (i.e. 2.1% of total SARI cases sampled).

ILI sampling began in the 9th epidemiological week (23 February 2020), starting with eight selected MOH health clinics (as the sentinel sites). This is to determine if there is community spread of the infection.

A total of eight (8) confirmed COVID-19 cases were identified from 1,280 samples taken (representing 0.6% of total ILI cases sampled). This surveillance activity serves as an early detection and early warning systems for COVID-19 infection in Malaysia. MOH will continue to expand and strengthen COVID-19 surveillance activities in Malaysia.

In addition, MOH has also used the targeted approach in containing the spread of COVID-19 infection. Amongst the activities carried out are detection among high-risk groups (e.g. in tahfiz schools and amongst foreign workers), and implementation of the Enhanced MCO (EMCO) where house-to-house population census and active case detection are conducted.

Health Advisory on COVID-19

The compliance of the community towards the MCO is important in helping the Government to reduce the infectivity of COVID-19 in the community. This is to ensure that cross-border infections across states, districts and sub-districts (mukim) do not occur. In addition to border control activities, the community’s compliance towards the MCO will further ensure that the transmission of the COVID-19 infection can be fully controlled.

Malaysians are advised to continue to maintain a high level of personal hygiene at all times, such as regular hand washing with water and soap; as well as practice social distancing of at least 1 metre from others.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

21 April 2020 @ 5.00 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 21 April 2020, 12 pm)

State No. of New Cases Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 94
Pulau Pinang 0 119
Perak 0 252
Selangor 11 1,356
Negeri Sembilan 1 409
Melaka 1 188
Johor 1 645
Pahang 8 279
Terengganu 0 109
Kelantan 0 155
Sabah 0 308
Sarawak 22 436
WP Kuala Lumpur 13 1,021
WP Putrajaya 0 77
WP Labuan 0 16
Total 57 5,482