Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 1 Mei 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 39 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,210 kes (­­­­­69.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (7)

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 1 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 69 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,071 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,758 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 69 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 12 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 57 kes.

Sehingga kini, seramai 37 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 14 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 103 kes (1.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-103 (kes ke-5441) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-4818). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 14 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 April 2020 jam 4.00 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

BM DATA KES SETIAP NEGERI 1 mei-01

HARI PEKERJA 1 MEI 2020

Sempena Hari Pekerja pada hari ini iaitu 1 Mei 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia, khususnya semua petugas-petugas perubatan dan kesihatan terutamanya mereka daripada barisan hadapan (frontliners), sama ada sektor Kerajaan, swasta, sukarelawan dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO). Begitu juga petugas-petugas di belakang tabir yang sememangnya memainkan peranan yang sangat penting sebagai tulang belakang dalam memastikan kesiapsiagaan dan kelancaran respons di lapangan.

KKM turut mengambil kesempatan ini untuk menghargai semua petugas daripada pelbagai agensi yang telah bertungkus lumus, terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu KKM menangani penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Sesungguhnya kesihatan adalah tanggungjawab kita bersama. Pandemik COVID-19 ini telah menyaksikan kesatuan semua rakyat Malaysia, pelbagai sektor dan juga agensi dalam memainkan peranan masing-masing untuk sama-sama membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

PEMATUHAN KEPADA STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) DALAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Pada hari ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa mulai 4 Mei 2020, Malaysia akan membuka semula beberapa sektor ekonomi secara berhati-hati dan terkawal, tertakluk kepada syarat-syarat dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

KKM menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menekankan mengenai pematuhan kepada SOP yang ditetapkan, iaitu antara lain termasuklah:

  • amalan jarak sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter;
  • kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitiser;
  • penggunaan topeng muka dan hidung (facemask);
  • saringan kesihatan di pintu masuk premis;
  • keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU;
  • individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial;
  • menggalakkan transaksi secara atas talian (online), dan
  • melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19.

YAB Perdana Menteri juga menekankan bahawa perhimpunan ramai dan aktiviti yang mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 adalah masih tidak dibenarkan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Semua majikan dan warga pekerja adalah dinasihatkan untuk membiasakan dan mempraktikkan norma baharu dalam kehidupan dan cara kerja bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat terus dibendung. Ini adalah amat penting sekali, agar semua usaha yang telah dijalankan selama ini dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 adalah berterus berkesan.

KKM akan terus memantau kejadian jangkitan COVID-19 di Malaysia. Penduduk Malaysia dinasihatkan untuk kekal duduk di rumah dan hanya keluar rumah untuk urusan-urusan yang perlu sahaja. Teruskan amalan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan air dan sabun, dan amalkan jarak sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter (social distancing). Ini penting dalam memutuskan rantaian penularan COVID-19 di dalam masyarakat.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

1 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI) 

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 95
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 253
SELANGOR 24 (4) 1,455
NEGERI SEMBILAN 0 513
MELAKA 1 (1) 199
JOHOR 3 (3) 666
PAHANG 3 297
TERENGGANU 0 110
KELANTAN 0 155
SABAH 0 315
SARAWAK 2 509
W.P. KUALA LUMPUR 32 1,264
W.P. PUTRAJAYA 4 (4) 85
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 69 (12) 6,071

 *(  ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

1 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 39 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 4,210 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (69.3% of total cumulative cases).

CONFIRM CASE BY STATE baru 1 mei-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

1 May 2020, 12 pm – A total of 69 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 6,071 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,758 active and infective COVID-19 cases. They have been isolated and provided treatment.

Of these 69 additional cases reported today, 12 are imported cases. The remaining 57 cases are due to local transmission.

Currently, 37 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 14 cases are on ventilation support.

Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 103 COVID-19 deaths in Malaysia (1.69% of total cumulative cases):

  1. Death #103: Case 5,441 is a 66 year-old Malaysian man with a history of cancer. He was a close contact to a confirmed COVID-19 case (Case 4,818). He was admitted into Kuala Lumpur Hospital on 14 April 2020 and was pronounced dead on 30 April 2020 at 4.00 pm.

MOH conveys condolences to the family members.

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (7)

Labour Day, 1 May 2020

In conjunction with today’s Labour Day, 1 May 2020, MOH would like to take the opportunity to wish Happy Labour Day to all workers in Malaysia, especially healthcare workers (HCWs) and frontliners from the public sector, private sector, volunteers and non-governmental organisations (NGO). Likewise, workers behind the scenes also have important roles in ensuring preparedness and smooth response in the field.

MOH also takes this opportunity to thank all staff from various agencies who have been directly and indirectly involved in assisting MOH to reduce the spread of COVID-19 infection in Malaysia. Indeed, health is our collective responsibility. The COVID-19 pandemic has seen all Malaysians coming together, including various sectors and agencies, in playing their part to contain the COVID-19 infection in Malaysia together.

Compliance to the Standard Operating Procedures under the Conditional Movement Control Order

Earlier today, the Prime Minister has announced that on 4th May 2020, Malaysia will be opening several economy sectors with caution and under a controlled manner, subject to the conditions and Standard Operating Procedures (SOPs) set by the authorities under the Conditional Movement Control Order (CMCO).

MOH welcomes the announcement by the Prime Minister, who emphasised the importance of compliance with all SOPs, that included:

  • Practice safe social distancing of at least 1 metre from others
  • Regular hand washing with water and soap, or use hand sanitisers
  • Use of facemasks
  • Health screening at the entrance of premises
  • Prioritising protecting at-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled
  • Unwell and symptomatic individuals are required to seek early treatment
  • The number of passengers in public transportations must take into account safe social distancing
  • Encourage online transactions
  • Report to the State Department of Health immediately if there is any information on COVID-19 infection

The Prime Minister also stressed that public gatherings and activities that expose the public to the risk of COVID-19 infection are still prohibited.

Health Advisory on COVID-19

All employers and employees are advised to familiarise and practice the new normal in life and work practices to ensure that the transmission of COVID-19 infection can be prevented. This is of utmost importance, so that all measures that have been implemented all this while to break the transmission chain of COVID-19 infection can continue to be effective.

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation in Malaysia. The public are advised to continue to stay at home and leave the house only for essential matters and business. The public must also maintain high levels of personal hygiene at all times, such as regular hand washing with water and soap, and practice safe social distancing of at least 1 metre away from others. These measures are important to break the transmission chain of COVID-19 infection in the community.

MOH will continue to monitor the latest development of this infection through information obtained from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest available information. In addition, MOH will continue to ensure that all prevention and control activities will continue to be implemented effectively and continuously.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

1 May 2020 @ 4.30 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 1 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 95
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 253
Selangor 24 (4) 1,455
Negeri Sembilan 0 513
Melaka 1 (1) 199
Johor 3 (3) 666
Pahang 3 297
Terengganu 0 110
Kelantan 0 155
Sabah 0 315
Sarawak 2 509
WP Kuala Lumpur 32 1,264
WP Putrajaya 4 (4) 85
WP Labuan 0 16
Total 69 (12) 6,071

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases