Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 5 Mei 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 83 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,567 kes (­­­­­71.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 5 Mei-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 5 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 30 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,383 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,710 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 30 kes baharu yang dilaporkan hari ini, tiada kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 30 kes, di mana sebanyak 21 kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 24 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 8 kes memerlukan bantuan pernafasan.

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (11)

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 106 kes (1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-106 (kes ke-830) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun. Beliau telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta mulai 15 Mac 2020 dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada 16 Mac 2020 setelah disahkan positif COVID-19. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Mei 2020 jam 2.10 pagi.

SITUASI TERKINI KLUSTER PASAR BORONG KUALA LUMPUR

Seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) pada 4 Mei 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Pusat Bandar Utara dan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) telah ditamatkan mulai 4 Mei 2020. Namun begitu, Parcel C, D, E1, E2, E3 dan F di Pusat Bandar Utara telah dilanjutkan tempoh PKPD sehingga 12 Mei 2020.

Screen Shot 2020-05-05 at 5.31.02 PM

Sehingga 5 Mei 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 180 jumlah kes positif COVID-19 yang melibatkan kluster ini telah dilaporkan, di mana 100 kes adalah di dalam kawasan PKPD dan 80 kes telah dikesan di luar kawasan PKPD. Jumlah keseluruhan ini termasuk peniaga dan bukan peniaga seperti ahli keluarga peniaga, pengunjung dan yang orang yang mempunyai kontak rapat dengan kluster ini. Terdapat satu kes kematian dalam kluster ini, iaitu kes ke-5252.

Kluster Pasar Borong Kuala Lumpur ini didapati berkaitan dengan kluster Perhimpunan di Seri Petaling, di mana kes indeks (iaitu kes ke-3039) bagi kluster ini adalah salah seorang peserta perhimpunan tersebut.

Daripada 80 kes dikesan di luar kawasan PKPD Pasar Borong Kuala Lumpur, 29 kes telah dikesan melalui saringan yang telah dijalankan di 4 buah pasar awam iaitu di:

  1. Pasar Besar Seremban, Negeri Sembilan:
    • Bilangan yang disaring: 75 orang;
    • Kes positif COVID-19: tiga (3) kes;
    • Kes negatif COVID-19: 71 kes;
    • Masih menunggu keputusan: satu (1) kes.
  1. Pasar Besar Bahau, Negeri Sembilan:
    • Bilangan yang disaring: 182 orang;
    • Kes positif COVID-19: dua (2) kes;
    • Kes negatif COVID-19: 178 kes;
    • Masih menunggu keputusan: dua (2) kes.
  1. Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor:
    • Bilangan yang disaring: 545 orang;
    • Kes positif COVID-19: 23 kes;
    • Kes negatif COVID-19: 522 kes;
  1. Pasar Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor:
    • Bilangan yang disaring: 142 orang;
    • Kes positif COVID-19: 1 kes;
    • Kes negatif COVID-19: 141 kes.

Susulan penularan jangkitan COVID-19 ini, beberapa tindakan dan langkah-langkah pencegahan telah diambil, termasuk:

  • Peniaga atau pemborong yang yang ingin berniaga atau masuk ke premis Pasar Borong Kuala Lumpur dikehendaki menjalankan ujian dan mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19;
  • KKM dengan bantuan agensi-agensi berkaitan telah mengenalpasti beberapa pasar harian yang berkaitan atau mempunyai peniaga yang banyak berurusan dengan PBKL. Pejabat Kesihatan Daerah telah dimaklumkan untuk menjalankan penilaian risiko jangkitan COVID-19 ke atas para peniaga yang telah ke pasar-pasar tersebut;
  • Menjalankan saringan gejala ke atas para peniaga dan mengambil ujian pengesanan (RT-PCR) kepada mereka yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan;
  • Bagi mereka yang tidak bergejala dan tiada sampel diambil, mereka perlu memantau kesihatan diri dengan menggunakan Home Assessment Tool dan segera memaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran sekiranya mempunyai gejala.

Screen Shot 2020-05-05 at 5.30.48 PM

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Semua majikan dan warga pekerja adalah dinasihatkan untuk membiasakan dan mempraktikkan norma baharu dalam kehidupan dan cara kerja bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat terus dibendung. Ini adalah amat penting sekali, agar semua usaha yang telah dijalankan selama ini dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 adalah berterusan berkesan.

Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), para peniaga, pengusaha dan majikan perlu patuh kepada syarat-syarat dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berdasarkan sektor masing-masing.

KKM memohon kerjasama daripada rakyat Malaysia dalam memerangi wabak COVID-19. Orang ramai boleh menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan:

  1. Patuh kepada PKPB;
  2. Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun;
  3. Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain;
  4. Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

5 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 95
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 253
SELANGOR 5 1,555
NEGERI SEMBILAN 0 598
MELAKA 0 207
JOHOR 0 667
PAHANG 0 305
TERENGGANU 0 110
KELANTAN 0 155
SABAH 0 316
SARAWAK 2 525
W.P. KUALA LUMPUR 23 1,356
W.P. PUTRAJAYA 0 86
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 30 6,383

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

 

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

5 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 83 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 4,567 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (71.55% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

5 May 2020, 12 pm – A total of 30 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 6,383 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,710 active and infective COVID-19 cases. They have been isolated and provided treatment.

CONFIRM CASE BY STATE 5Mei-01

Of these 30 additional cases reported today, none are imported cases. All 30 cases are due to local transmission, of which 21 cases were detected in clusters and localities under the Enhanced Movement Control Order (EMCO).

Currently, 24 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 8 cases are on ventilation support.

Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 106 COVID-19 deaths in Malaysia (1.66% of total cumulative cases):

  1. Death #106: Case 830 is a 47 year-old Malaysian man. He was first admitted into a private hospital on 15 March 2020, and subsequently transferred to Sungai Buloh Hospital on 16 March 2020 when found to be positive for COVID-19. He was pronounced dead on 5 May 2020 at 2.10 am.

MOH conveys condolences to the family members.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (18)

 

Current Status of the Pasar Borong (Wholesale Market) Kuala Lumpur Cluster

As announced by the Senior Minister (Security Cluster) on 4 May 2020, the EMCO in several localities in Pusat Bandar Utara and around Pasar Borong Kuala Lumpur has expired on 4 May 2020. However, the EMCO was extended in Parcel C, D, E1, E2, E3 and F in the Pusat Bandar Utara until 12 May 2020.

As of 5 May 2020, 12 pm, a total of 180 confirmed COVID-19 cases was reported in this cluster, of which 100 cases were within the EMCO locality and 80 cases detected outside of the EMCO locality. This total includes traders and non-traders such as the traders’ family members, visitors and those who have close contact with this cluster. There was one death in this cluster, Case 5,252.

This Pasar Borong Kuala Lumpur cluster was found to be linked to the Seri Petaling gathering cluster, whereby the index case (Case 3,039) for this cluster was a participant the Seri Petaling gathering.

Of the 80 cases detected outside of the Pasar Borong Kuala Lumpur EMCO locality, 29 cases were detected through screening tests conducted at four public wet markets:

  1. Seremban Wet Market, Negeri Sembilan:
    • Numbers screened: 75 individuals
    • Tested positive for COVID-19: 3 cases
    • Tested negative for COVID-19: 71 individuals
    • Still pending results: 1 individual
  1. Bahau Wet Market, Negeri Sembilan:
    • Numbers screened: 182 individuals
    • Tested positive for COVID-19: 2 cases
    • Tested negative for COVID-19: 178 individuals
    • Still pending results: 2 individuals
  1. Jalan Othman Wet Market, Petaling Jaya, Selangor:
    • Numbers screened: 545 individuals
    • Tested positive for COVID-19: 23 cases
    • Tested negative for COVID-19: 522 individuals
  1. Taman Megah Wet Market, Petaling Jaya, Selangor:
    • Numbers screened: 142 individuals
    • Tested positive for COVID-19: 1 case
    • Tested negative for COVID-19: 141 individuals

Following this transmission of the COVID-19 infection, several actions and preventive measures have been taken, including:

  • Traders or wholesalers who wish to trade or enter the Pasar Borong Kuala Lumpur premises are required to undergo testing and submit their COVID-19 screening test results
  • MOH with the assistance of relevant agencies has identified a number of related daily markets and traders regularly dealing in Pasar Borong Kuala Lumpur. The District Health Offices have been notified to conduct risk assessment of COVID-19 infection amongst traders who have been to these markets
  • Perform symptom screening on traders and conduct rRT-PCR testing on those with respiratory tract infection symptoms
  • For those who do not have symptoms and do not have samples taken, they are required to monitor their health using the Home Assessment Tool and immediately notify the nearest District Health Office if they develop any symptoms.

Health Advisory on COVID-19

All employers and employees are advised to familiarise and practice the new norms in life and work practices to ensure that the transmission of the COVID-19 infection can be prevented. This is of utmost importance, so that all efforts that have been made thus far to break the transmission of COVID-19 infection can continue to be effective.

Following the enforcement of the Conditional Movement Control Order (CMCO), traders, business owners and employers must comply to the requirements and Standard Operating Procedures (SOPs) set by the authorities for their respective sectors.

MOH requests the cooperation from all Malaysians in the fight against COVID-19. The public can fulfil their responsibilities by:

  1. Comply with the CMCO
  2. Maintain a high level of personal hygiene at all times, such as regular hand washing with water and soap
  3. Practice safe social distancing of at least 1 metre away from others
  4. Adopt and practice the new norms in daily life

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

5 May 2020 @ 4.30 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 5 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 95
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 253
Selangor 5 1,555
Negeri Sembilan 0 598
Melaka 0 207
Johor 0 667
Pahang 0 305
Terengganu 0 110
Kelantan 0 155
Sabah 0 316
Sarawak 2 525
WP Kuala Lumpur 23 1,356
WP Putrajaya 0 86
WP Labuan 0 16
Total 30 6,383