Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 6 Mei 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 135 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,702 kes (73.15 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Ini bermakna, jumlah kes yang didiscaj pada hari ini adalah tiga kali ganda kes baharu disahkan COVID-19.

BM DATA KES SETIAP NEGERI 6mei-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 6 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 45 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,428 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,619 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 45 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu (1) kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 44 kes, di mana sebanyak satu (1) kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 22 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 9 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 107 kes (1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-107 (kes ke-2380) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 51 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 5 Mei 2020 jam 2.53 petang.

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (12)

MAKLUMAT TERKINI FASILITI DI PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH, TAMAN EKSPO PERTANIAN MALAYSIA SERDANG (MAEPS)

KKM ingin memaklumkan status terkini Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Pusat ini telah dibangunkan sebagai salah satu usaha persediaan dan langkah kesiapsagaan untuk mempertingkatkan kapasiti fasiliti KKM bagi menampung pesakit COVID-19.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, pusat ini telah mula beroperasi sejak 21 April 2020 dan telah menerima pesakit positif COVID-19 yang berisiko rendah atau tidak bergejala.

Perkhidmatan yang telah disediakan adalah:

  • perkhidmatan klinikal seperti wad pesakit dalam untuk pesakit COVID-19,
  • ruang resusitasi untuk menstabilkan pesakit dalam keadaan kecemasan (sekiranya diperlukan),
  • perkhidmatan ambulans,
  • perkhidmatan farmasi,
  • perkhidmatan x-ray,
  • perkhidmatan makmal patologi.

Terdapat dua (2) dewan dengan jumlah kapasiti sebanyak 604 buah katil. Pusat ini turut dilengkapi dengan ruang istirehat, bilik persalinan, surau, televisyen, komputer beserta talian jalur lebar (WiFi) untuk keselesaan pesakit. Bagi petugas kesihatan pula, pusat ini mempunyai ruang kerja khusus dan tempat istirehat. Pusat ini dilengkapi kawalan kamera litar tertutup dan di bawah kawalan keselamatan pihak polis sepanjang masa.

Sehingga kini, pesakit stabil telah diterima daripada Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh dan beberapa Pejabat Kesihatan Daerah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.

Dengan beroperasinya Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAPES ini, Hospital Kuala Lumpur telah boleh meneruskan semula kebanyakkan perkhidmatannya misalnya kes-kes pembedahan elektif.

Sehingga 5 Mei 2020, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 yang telah dirawat di pusat ini adalah seramai 217 kes, di mana 65 kes telah didiscaj dan 152 kes masih dirawat. Terdapat 7 orang pesakit yang telah dirujuk semula ke hospital untuk rawatan lanjut.

Setakat ini, terdapat seramai 212 orang anggota kesihatan yang bertugas di pusat ini dari pelbagai kategori yang merangkumi:

  • Tiga (3) pakar perubatan;
  • 34 pegawai perubatan;
  • 90 jururawat terlatih;
  • 21 pegawai farmasi;
  • Lapan (8) juru x-ray;
  • Sembilan (9) juruteknologi makmal perubatan;
  • Sembilan (9) pegawai dietetik dan sajian;
  • Dua (2) kaunselor;
  • 36 daripada lain-lain kategori pelbagai pangkat

Kesemua anggota kesihatan ini telah dimobilisasikan dari Ibu Pejabat KKM, Jabatan Kesihatan Negeri, hospital KKM, hospital angkatan tentera, hospital universiti awam dan anggota sukarelawan.

Pusat ini juga mempunyai satu pasukan yang dikenali sebagai pasukan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (MHPSS) yang memberikan perkhidmatan sokongan emosi, psikologi dan spiritual kepada pesakit dan petugas.

Pusat ini menggunakan sistem teknologi maklumat iaitu HIS@KKM yang telah dibangunkan oleh KKM, bagi pengurusan rekod perubatan pesakit. Ia merangkumi rekod perubatan elektronik pesakit yang digunakan dalam pengendalian maklumat pesakit termasuk preskripsi ubat, pemesanan diet, x-ray dan sampel perubatan. Di samping itu, pusat ini juga menggunakan sistem CPRC Hospital bagi tujuan pengumpulan data untuk penyelarasan dan pelaporan yang lebih tepat dan terkini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama berkolaborasi untuk menjayakan cetusan idea Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, iaitu termasuklah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), KKM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga pihak MAEPS.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Susulan tindakan agresif Kerajaan dengan menggunakan pendekatan tertumpu (targeted approach), lebih banyak kes telah dapat dikenal pasti, dan kini jumlah kes didapati sedikit menurun. Namun situasi ini masih berubah mengikut hari dan masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahaya COVID-19 sebagai rendah.

KKM ingin mengingatkan bahawa penurunan jumlah kes tidak seharusnya membuatkan masyarakat alpa dan terlalu mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Malahan masyarakat diseru untuk terus mengekalkan segala usaha selama ini dalam memerangi virus ini bersama Kerajaan. Justeru, KKM memohon kerjasama daripada rakyat Malaysia untuk saling menjaga dan melindungi diri dari virus COVID-19. Ini boleh dicapai dengan:

  1. Mematuhi PKPB;
  2. Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun;
  3. Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain;
  4. Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

6 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 95
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 253
SELANGOR 9 1,564
NEGERI SEMBILAN 2 600
MELAKA 1 208
JOHOR 0 667
PAHANG 0 305
TERENGGANU 0 110
KELANTAN 0 155
SABAH 0 316
SARAWAK 11 536
W.P. KUALA LUMPUR 22 (1) 1,378
W.P. PUTRAJAYA 0 86
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 45 (1) 6,428

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

6 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 135 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 4,702 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (73.15% of total cumulative cases). The number of cases discharged is three times higher than the additional confirmed COVID-19 cases reported today.

CONFIRM CASE BY STATE baru 6mei-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

6 May 2020, 12 pm – A total of 45 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 6,428 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,619 active and infective COVID-19 cases. They have been isolated and provided treatment.

Of these 45 additional cases reported today, one (1) is an imported case. The remaining 44 cases are due to local transmission, of which one (1) case was detected in a locality under the Enhanced Movement Control Order (EMCO).

Currently, 22 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 9 cases are on ventilation support.

Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 107 COVID-19 deaths in Malaysia (1.66% of total cumulative cases):

  1. Death #107: Case 2,380 is a 51 year-old Malaysian man who has a history of diabetes, hypertension and kidney disease. He was admitted into Sungai Buloh Hospital on 22 April 2020 and was pronounced dead on 5 May 2020 at 2.53 pm.

MOH conveys condolences to the family members.

Current Status of the Quarantine and Low-Risk COVID-19 Treatment Centre at the Malaysia Agro Exposition Park Serdang

MOH would like to update on the current status of the Quarantine and Low-Risk COVID-19 Treatment Centre at the Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). This centre was set up as a preparedness measure to increase the capacity of MOH healthcare facilities to accommodate COVID-19 patients.

As previously mentioned, this centre has been operational since 21 April 2020 and has received low-risk or symptom-free COVID-19 patients.

The services provided include:

  • clinical services, such as inpatient wards for COVID-19 patients
  • resuscitation space to stabilise patients in an emergency (if needed)
  • ambulance service
  • pharmaceutical service
  • x-ray service
  • pathology laboratory service

There are two halls with a total capacity of 604 beds. The centre also features lounges, changing rooms, prayer rooms, television, computer and broadband (WiFi) for the patients’ convenience. For healthcare workers (HCWs), the centre has dedicated work areas and lounges. The centre is equipped with closed-circuit security cameras and is under constant police supervision.

To date, stable patients have been received from Kuala Lumpur Hospital, Sungai Buloh Hospital, MOH Training Institute in Sungai Buloh, and several District Health Offices from the Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya, Selangor and Negeri Sembilan.

With the operation of the Quarantine and Low-Risk COVID-19 Treatment Centre at MAEPS, Kuala Lumpur Hospital has been able to resume many of its services, such as elective surgery cases.

As of 5 May 2020, the cumulative number of confirmed COVID-19 cases treated at this centre was 217 patients, of which 65 patients have been discharged and 152 patients still receiving treatment. Seven patients have been referred back to the hospital for further treatment.

To date, there are a total of 212 HCWs working at the centre, consisting of various categories including:

  • 3 medical specialists
  • 34 medical officers
  • 90 nurses
  • 21 pharmacists
  • 8 x-ray technicians
  • 9 medical laboratory technicians
  • 9 dieticians
  • 2 counsellors
  • 36 of other categories

All of these HCWs were mobilised from MOH Headquarters, State Health Departments, MOH hospitals, army hospitals, public university hospitals and volunteers.

The centre also has a team known as Mental Health and Psychosocial Support Services (MHPSS) team that provides emotional, psychological and spiritual support to patients and HCWs.

The centre utilises the information technology system called HIS@MOH, developed by MOH, for the management of medical records. It includes electronic medical records of patients used in handling patient information including medication prescriptions, diet orders, x-rays and medical samples. In addition, the centre also uses the Hospital CPRC system for accurate and up-to-date data collection and reporting.

Thank you to all those who have collaborated for this successful launch of the Prime Minister’s brainchild, including the National Disaster Management Agency (NADMA), MOH, Malaysian Armed Forces, Royal Malaysian Police, Fire and Rescue Department of Malaysia, Malaysia Civil Defence Force, Department of Social Welfare, Department of Public Works and also MAEPS.

Health Advisory on COVID-19

Following the Government’s aggressive actions using the targeted approach, additional cases have been identified, and now the number of cases reported daily has decreased slightly. However, the situation can still change day by day and it is still too early to declare that the danger of COVID-19 infection at a low level.

MOH would like to remind that the reduction in the number of cases should not make the public complacent and make light of the Conditional Movement Control Order (CMCO). In fact, the public is urged to continue its efforts in the fight against this virus, together with the Government. MOH therefore seeks the cooperation from all Malaysians to defend and protect themselves against the COVID-19 infection. This can be achieved by:

  1. Comply with the CMCO
  2. Maintain a high level of personal hygiene at all times, such as regular hand washing with water and soap
  3. Practice safe social distancing of at least 1 metre away from others
  4. Adopt and practice the new norms in daily life

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation based on all available information, and the public will be continuously updated on the latest information.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

6 May 2020 @ 4.30 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 6 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 95
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 253
Selangor 9 1,564
Negeri Sembilan 2 600
Melaka 1 208
Johor 0 667
Pahang 0 305
Terengganu 0 110
Kelantan 0 155
Sabah 0 316
Sarawak 11 536
WP Kuala Lumpur 22 (1) 1,378
WP Putrajaya 0 86
WP Labuan 0 16
Total 45 (1) 6,428

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases