Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 8 Mei 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,864 kes (74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 8 mei-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 8 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 68 kes, baharu yang telah dilaporkan, di mana 57 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,535 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,564 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 68 kes baharu yang dilaporkan hari ini, empat (4) kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 64 kes, di mana sebanyak tiga (3) kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 18 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 107 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (1)

KLUSTER PEDAS

Seperti yang dimaklumkan pada 2 Mei 2020, KKM telah mengenal pasti satu kluster yang melibatkan warga pekerja di sebuah kilang di Pedas, Negeri Sembilan.

Kluster ini mula dikesan apabila seorang kakitangan kilang tersebut didapati tidak sihat dan mula mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April 2020. Beliau telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan ujian COVID-19 telah dijalankan pada 10 April 2020. Pada 12 April 2020, keputusan ujian pengesanan COVID-19 disahkan positif.

Susulan itu, siasatan dan saringan bagi kontak rapat kakitangan tersebut telah dijalankan. Sehingga 8 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 786 orang telah disaring untuk COVID-19. Mereka terdiri daripada pekerja kilang dan ahli keluarga mereka. Daripada jumlah keseluruhan ini, 60 kes didapati positif, 286 kes negatif dan 440 orang masih menunggu keputusan. Kes-kes positif kluster ini melibatkan tujuh (7) warganegara Malaysia dan 53 bukan warganegara iaitu:

  • 25 kes warga Nepal;
  • 18 kes warga Bangladesh;
  • Lapan (8) kes warga Indonesia; dan
  • Dua (2) kes warga Myanmar.

Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Warga pekerja yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas perlu segera mendapatkan rawatan kesihatan di klinik kesihatan berdekatan dan digesa supaya tidak pergi bertugas. Mereka yang bergejala juga perlu memakai pelitup muka (face mask). Selain itu, warga pekerja juga dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi terutamanya kebersihan tangan seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.

Bagi memelihara kebajikan pekerja dan persekitaran tempat kerja yang selamat, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah menyediakan Panduan Mengendalikan Isu-Isu Berhubung Wabak Berjangkit Termasuk Novel Coronavirus Di Tempat Kerja yang telah dimasukkan ke dalam Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.5/2020.

Para majikan perkhidmatan perlu (essential services) dan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi hendaklah melaksanakan langkah-langkah seperti yang berikut:

  • Mengarahkan dan membenarkan pekerja untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan berdaftar atas biaya majikan, seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 60F Akta Kerja 1955;
  • Membenarkan cuti sakit bergaji atau kelayakan menerima rawatan bagi pekerja yang mempunyai gejala jangkitan.

Pastikan langkah-langkah pencegahan berikut adalah dilaksanakan di tempat kerja:

  • Pemeriksaan suhu badan dan gejala sebelum memasuki premis kerja;
  • Penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer;
  • Kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman terutamanya ruang guna sama;
  • Amalan jarak sosial selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan seperti:-
    • Elakkan berada di kawasan yang sesak (crowded space);
    • Elakkan pekerja berkumpul di kawasan yang tertutup (confined space) secara beramai-ramai pada masa yang sama, seperti di ruang makan (pantry);
    • Kekalkan jarak 1 meter ketika cakap bersemuka dengan orang lain (close conversation).

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

8 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 8 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 95
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 253
SELANGOR 6 (1) 1,586
NEGERI SEMBILAN 53 653
MELAKA 0 209
JOHOR 0 667
PAHANG 1 306
TERENGGANU 0 110
KELANTAN 0 155
SABAH 0 317
SARAWAK 1 538
W.P. KUALA LUMPUR 6 (2) 1,404
W.P. PUTRAJAYA 1 (1) 87
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 68 (4) 6,535

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

8 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 88 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 4,864 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (74.43% of total cumulative cases).

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (2)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

8 May 2020, 12 pm – A total of 68 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today, of which 57 cases are amongst non-Malaysians. Cumulatively there are now 6,535 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,564 active and infective COVID-19 cases. They have been isolated and provided treatment.

Of these 68 additional cases reported today, four (4) are imported cases. The remaining 64 cases are due to local transmission, of which three (3) cases were detected in clusters and localities under the Enhanced Movement Control Order (EMCO).

Currently, 18 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, seven (7) cases are on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 107 COVID-19 deaths in Malaysia (1.64% of total cumulative cases).

CONFIRM CASE BY STATE baru 8mei-01-01

Pedas Cluster

As announced on 2 May 2020, MOH has identified a cluster involving workers at a factory in Pedas, Negeri Sembilan.

The cluster was first detected when a worker in the factory was found to be unwell and began to experience symptoms of fever, cough, cold, shortness of breath and headache on 5 April 2020. She received treatment at a health clinic and the COVID-19 test was conducted on 10 April 2020. On 12 April 12, 2020, the result of the COVID-19 test came back positive.

Subsequently, investigations and screening of close contacts of this confirmed case were carried out. As of 8 May 2020, 12 pm, a total 786 individuals have been screened for COVID-19. They consist of the factory workers and their family members. Of these, 60 cases were positive, 286 negative and 440 still pending results. The cluster’s positive cases involved 7 Malaysians and 53 non-Malaysians i.e.:

  • 25 Nepalese nationals
  • 18 Bangladeshi nationals
  • 8 Indonesian nationals
  • 2 Myanmar nationals

The source of infection for this cluster is still under investigation.

Health Advisory on COVID-19

Employees and workers experiencing symptoms of respiratory tract infection such as fever, cough or difficulty breathing should immediately seek medical attention at the nearest health clinic and not to go to work. Those with symptoms should also wear face masks. In addition, employees and workers are also advised to maintain a high level of personal hygiene, especially hand hygiene such as regular hand washing with water and soap or using hand sanitiser.

To safeguard the welfare of workers and a safe work environment, the Department of Labour Peninsular Malaysia has produced the “Panduan Mengendalikan Isu-Isu Berhubung Wabak Berjangkit Termasuk Novel Coronavirus Di Tempat Kerja” (Guideline on Managing Infectious Diseases-Related Issues, including the Novel Coronavirus Infection, in the Workplace), that has been included in the “Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.5/2020” (Guideline on the Management of COVID-19 in Malaysia No.5/2020).

Employers of essential services and the economy sectors allowed to operate must implement the following measures:

  • Directs and authorises employees to undergo health examination by registered medical practitioners at their employer’s expense, as specified under Section 60F of the Employment Act 1955
  • Allows paid sick leave or eligibility to receive treatment for employees with symptoms of infection

Employers must also ensure that the following preventive and precautionary measures are taken in the workplaces:

  • Body temperature and symptoms screening before entering the work premises
  • Provision of hand washing facilities or hand sanitisers
  • Regular cleaning and disinfection of commonly touched surfaces and common spaces
  • Practice safe social distancing of at least 1 metre away from others, including in workspaces and dining areas such as:
    • Avoid crowded spaces
    • Avoid workers gathering in confined spaces at the same time, such as in the pantry
    • Maintain a distance of 1 metre away during close conversations with others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

8 May 2020 @ 4.30 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 8 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 95
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 253
Selangor 6 (1) 1,586
Negeri Sembilan 53 653
Melaka 0 209
Johor 0 667
Pahang 1 306
Terengganu 0 110
Kelantan 0 155
Sabah 0 317
Sarawak 1 538
WP Kuala Lumpur 6 (2) 1,404
WP Putrajaya 1 (1) 87
WP Labuan 0 16
Total 68 (4) 6,535

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases