Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 9 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 65 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,929 kes (74.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 9mei-01 (1)

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 9 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 54 kes, baharu yang telah dilaporkan, di mana 45 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,589 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,552 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 54 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu (1) kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 53 kes, di mana sebanyak tiga (3) kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 18 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, enam (6) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 108 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-108 (kes ke-2499) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun, darah tinggi dan penyakit tiroid. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif COVID-19, iaitu kes ke-1276 yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 8 Mei 2020 jam 11.23 malam.

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19

STATUS TERKINI KLUSTER PEDAS

Sehingga 9 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 28 kes baharu didapati positif COVID-19, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 88 kes. Kes-kes positif kluster ini melibatkan 81 kes bukan warganegara iaitu:

  • 33 kes warga Nepal;
  • 26 kes warga Bangladesh;
  • 11 kes warga Indonesia; dan
  • 11 kes warga Myanmar.

Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan.

KLUSTER TAPAK PEMBINAAN, SETIA ALAM

KKM ingin memaklumkan satu kluster baharu yang melibatkan warga pekerja bukan warganegara Malaysia di Setia Alam.

Kluster ini telah dikesan pada 6 Mei 2020, apabila menerima notifikasi dari sebuah hospital swasta. Hospital tersebut telah menjalankan saringan COVID-19 ke atas pekerja-pekerja yang bakal kembali bertugas dan mendapati tiga (3) kes disahkan positif COVID-19 daripada 5 orang pekerja yang telah disaring. Ketiga-tiga kes positif tersebut merupakan warga Bangladesh yang berkongsi tempat kediaman yang sama dengan 18 orang lain.

Susulan itu, siasatan dan saringan bagi kontak rapat ketiga-tiga kes tersebut telah dijalankan. Sehingga 9 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 28 orang telah disaring untuk COVID-19. Daripada jumlah keseluruhan ini, 12 kes didapati positif di mana kesemua kes-kes ini adalah merupakan warganegara Bangladesh. Sembilan (9) kes pula didapati negatif dan tujuh (7) kes masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan masih kluster ini juga masih di dalam siasatan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM mohon kerjasama semua peringkat dan lapisan masyarakat dalam memerangi wabak COVID-19. Masyarakat perlu mengambil tanggungjawab sosial (social responsibility) dan mempunyai kawalan kendiri (self-regulation). KKM ingin menasihatkan orang ramai untuk terus mempraktikkan norma baharu dalam kehidupan:

  • Patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),
  • Elakkan keluar dari rumah, kecuali untuk urusan-urusan yang penting sahaja.
  • Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain
  • Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun;

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

9 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 95
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 253
SELANGOR 10 1,596
NEGERI SEMBILAN 28 681
MELAKA 1 210
JOHOR 0 667
PAHANG 0 306
TERENGGANU 0 110
KELANTAN 0 155
SABAH 0 317
SARAWAK 4 542
W.P. KUALA LUMPUR 10 1,414
W.P. PUTRAJAYA 1 (1) 88
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 54 (1) 6,589

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

9 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 65 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 4,929 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (74.8% of total cumulative cases).

CONFIRM CASE BY STATE 9mei-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

9 May 2020, 12 pm – A total of 54 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today, of which 45 cases are amongst non-Malaysians. Cumulatively there are now 6,589 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,552 active and infective COVID-19 cases. They have been isolated and provided treatment.

Of the 54 additional cases reported today, one (1) is an imported case. The remaining 53 cases are due to local transmission, of which three (3) cases were detected in clusters and localities under the Enhanced Movement Control Order (EMCO).

Currently, 18 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, six (6) cases are on ventilation support.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19

Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 108 COVID-19 deaths in Malaysia (1.64% of total cumulative cases):

  1. Death #108: Case 2499 is a 74 year-old Malaysian woman who has a history of autoimmune disease, hypertension and thyroid disease. She was a close contact to a confirmed COVID-19 case (Case 1276) related to the Seri Petaling gathering. She was admitted into Melaka Hospital on 29 March 2020 and was pronounced dead on 8 May 2020 at 11.23 pm.

MOH conveys condolences to the family members.

Current Status of the Pedas Cluster

As of 9 May 2020, 12 pm, an additional 28 confirmed COVID-19 cases were reported, bringing the cumulative to 88 confirmed COVID-19 cases. Of these total, 81 cases were amongst non-Malaysians:

  • 33 Nepalese nationals
  • 26 Bangladeshi nationals
  • 11 Indonesian nationals
  • 11 Myanmar nationals

The source of infection for this cluster is still under investigation.

Building Site Cluster in Setia Alam

MOH wishes to inform of a new cluster involving non-Malaysian workers in a building site in Setia Alam, Selangor.

This cluster was detected on 6 May 2020, through a notification from a private hospital. The hospital was conducting COVID-19 screening tests on workers returning back to work and detected three (3) confirmed COVID-19 cases amongst 5 individuals screened. These three positive cases were Bangladeshi nationals who were sharing the same residence with 18 other individuals.

Subsequently, investigations and screening for the close contacts of these three cases were carried out. As of 9 May 2020, 12 pm, a total of 28 individuals have been screened for COVID-19. Of these, 12 confirmed COVID-19 cases were detected, whereby all were Bangladeshi nationals. Nine (9) individuals tested negative and seven (7) are still pending results.

The source of infection for this cluster is also still under investigation.

Health Advisory on COVID-19

MoH seeks the cooperation of all levels of the community in the fight against COVID-19. The public needs to take social responsibility and adopt self-regulation. MOH advises the public to continue practicing the new norms in daily life:

  • Comply with the Conditional Movement Control Order (CMCO)
  • Avoid leaving the house, except for important matters
  • Practice safe social distancing of at least 1 metre away from others
  • Maintain optimal levels of hygiene at all times, such as frequent hand washing with water and soap

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

9 May 2020 @ 4.30 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 9 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases *(  ) Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 95
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 253
Selangor 10 1,596
Negeri Sembilan 28 681
Melaka 1 210
Johor 0 667
Pahang 0 306
Terengganu 0 110
Kelantan 0 155
Sabah 0 317
Sarawak 4 542
WP Kuala Lumpur 10 1,414
WP Putrajaya 1 (1) 88
WP Labuan 0 16
Total 54 (1) 6,589

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases