Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 11 Mei 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 5,113 kes (76 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 11 mei-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 11 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 70 kes, baharu yang telah dilaporkan, di mana 31 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Ingin dimaklumkan juga, bahawa daripada 70 kes baharu yang dilaporkan hari ini, terdapat 13 kes import dan 57 kes penularan tempatan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,726 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,504 kes.

Sehingga kini, seramai 20 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 109 kes (1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-109 (kes ke-6657) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit barah hati. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 8 Mei 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 10 Mei 2020 jam 5.15 pagi.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (3)

PENGGUNAAN RAPID TEST KIT (RTK) ANTIBODI TIDAK DISARANKAN SEBAGAI UJIAN PENGESAHAN COVID-19

KKM mengambil maklum mengenai isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak, iaitu berkenaan penggunaan Rapid Test Kit (RTK) antibody di klinik swasta bagi saringan pekerja untuk kembali bertugas. Sepertimana yang sering KKM tekankan, ujian bagi mengesan virus COVID-19 adalah ujian berasaskan antigen iaitu melalui ujian Real time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) ataupun ujian RTK Antigen.

Kedua-dua ujian tersebut memerlukan pengambilan Nasopharyngeal (NPS) Swab oleh anggota yang terlatih dengan menggunakan alat pelindung diri (PPE) yang bersesuaian serta kelengkapan makmal seperti Biological Safety Cabinet (BSC) ketika memproses sampel yang telah diambil.

Manakala, ujian serologi RTK Antibodi yang menggunakan sampel darah dari hujung jari (finger prick) tidak boleh digunakan sebagai ujian pengesahan. Ini kerana kehadiran antibodi tidak dapat mengesahkan jangkitan semasa (active infection). Keputusan antibodi negatif pula tidak menjamin individu yang diuji tersebut tidak dijangkiti COVID-19.

Walaubagaimanapun, ujian RTK Antibodi boleh digunakan bagi tujuan pelaksanaan kajian prevalen jangkitan COVID-19 di dalam masyarakat atau di kalangan kumpulan sasar (seperti kumpulan pekerja). Ini selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di mana, RTK antibodi boleh digunakan dalam aktiviti survelan dan kajian epidemiologi.

Untuk makluman, buat masa ini tiada bukti kukuh dari kajian saintifik yang menunjukkan bahawa orang yang telah pulih daripada COVID-19 dan mempunyai antibodi adalah terlindung daripada jangkitan kedua (second infection).

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan orang ramai untuk terus mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 serta mempraktikkan norma-norma baharu iaitu:

  • Elakkan keluar dari rumah, kecuali untuk urusan-urusan yang penting sahaja;
  • Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain;
  • Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau handsanitizer;
  • Digalakkan memakai pelitup muka (face mask) di tempat awam atau tempat orang ramai berkumpul.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

11 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 95
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 255
SELANGOR 3 1,607
NEGERI SEMBILAN 16 (8) 742
MELAKA 1 211
JOHOR 0 667
PAHANG 4 312
TERENGGANU 0 110
KELANTAN 0 155
SABAH 10 327
SARAWAK 0 543
W.P. KUALA LUMPUR 35 (4) 1,458
W.P. PUTRAJAYA 1 (1) 89
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 70 (13) 6,726

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

11 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 88 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 5,113 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (76% of total cumulative cases).

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (2)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

11 May 2020, 12 pm – A total of 70 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today, of which 31 cases are amongst non-Malaysians. In addition, of these 70 cases, 13 are imported cases.

Cumulatively there are now 6,726 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,504 active and infective COVID-19 cases.

Currently, 20 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, seven (7) cases are on ventilation support.

Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 109 COVID-19 deaths in Malaysia (1.62% of total cumulative cases):

  1. Death #109: Case 6,657 is a 63 year-old Malaysian man who has a history of diabetes and liver cancer. He was admitted into Kuala Lumpur Hospital on 8 May 2020 and was pronounced dead on 10 May 2020 at 5.15 am.

MOH conveys condolences to the family members.


CONFIRM CASE BY STATE baru 11 mei-01Use of Antibody Rapid Test Kits (RTKs) Not Recommended as COVID-19 Confirmatory Tests

MOH is aware of issues raised by several parties on the use of Antibody Rapid Test Kits (RTKs) in private clinics for screening of workers returning to work. As MOH has repeatedly stated, COVID-19 virus detection test is either an antigen-based Real-time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) test or an Antigen RTK.

Both tests require obtaining Nasopharyngeal Swab (NPS) samples by trained healthcare workers (HCWs) using appropriate personal protective equipment (PPE) and laboratory equipment such as the Biological Safety Cabinet (BSC) when processing the samples taken.

By comparison, serological Antibody RTKs using finger-prick blood samples cannot be used as a confirmatory test. This is because the presence of antibodies cannot confirm active infection. In addition, negative antibody results do not guarantee that the individual is not infected with COVID-19.

However, the Antibody RTK can be used for the purpose of conducting a prevalence study of COVID-19 infection in the community or among target populations (such as amongst workers). This is in line with the World Health Organization’s (WHO) recommendation that Antibody RTKs can be used in surveillance activities and epidemiological studies.

There are currently no solid scientific studies that have shown that people who have recovered from COVID-19 and have antibodies are protected from a second infection.

Health Advisory on COVID-19

MOH advises the public to continue to take COVID-19 infection prevention measures and to adopt the new norms:

  1. Avoid leaving the house, except for important matters
  2. Practice safe social distancing of at least 1 metre away from others
  3. Maintain optimal levels of hygiene at all times, such as frequent hand washing with water and soap or with hand sanitisers
  4. It is recommended to wear face masks in public areas or crowded places

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

11 May 2020 @ 4.30 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 11 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 95
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 255
Selangor 3 1,607
Negeri Sembilan 16 (8) 742
Melaka 1 211
Johor 0 667
Pahang 4 312
Terengganu 0 110
Kelantan 0 155
Sabah 10 327
Sarawak 0 543
WP Kuala Lumpur 35 (4) 1,458
WP Putrajaya 1 (1) 89
WP Labuan 0 16
Total 70 (13) 6,726

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases