Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 13 Mei 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 58 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 5,281 kes (77.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI (3) 13Mei-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 13 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 37 kes, baharu yang telah dilaporkan, di mana 21 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Ingin dimaklumkan juga, bahawa daripada 37 kes baharu yang dilaporkan hari ini, terdapat empat (4) kes import dan 33 kes penularan tempatan.

Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,779 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,387 kes.

Sehingga kini, seramai 16 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 111 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-110 (kes ke-6743) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 30 tahun yang ditemui mati di Rompin, Pahang. Keputusan ujian sampel COVID-19 yang diambil semasa bedah siasat didapati positif pada 12 Mei 2020. Kes ini di bawah siasatan pihak Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Kesihatan Rompin. Punca jangkitan belum dikenalpasti dan masih di dalam siasatan.
  • Kes kematian ke-111 (kes ke-5195) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 90 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kronik pernafasan. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 16 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 13 Mei 2020 jam 10.36 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

PENCAPAIAN MALAYSIA MELANDAIKAN LENGKUNG (FLATTENED THE CURVE)

Sejak dari awal wabak COVID-19, KKM telah memaklumkan kepada umum mengenai jumlah kes harian, jumlah kes kumulatif dan juga kes aktif. Jika dilihat pada kes kumulatif (garisan hijau), sememangnya jumlah kes kumulatif semakin meningkat namun kadar kenaikan didapati semakin perlahan. Ini memandangkan jumlah kes harian (garisan biru) juga adalah semakin berkurangan. Ini menjadikan jumlah kes aktif semakin menurun (garisan jingga), sekaligus menunjukkan bahawa tindakan yang diambil setakat ini telah berhasil dalam melandaikan lengkung (flattened the curve).

Screen Shot 2020-05-13 at 6.03.53 PM

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah berkuatkuasa sejak 18 Mac 2020 dan dilanjutkan sebagai PKP 1, 2, 3, 4 dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah membantu memberi ruang bagi pihak Kerajaan dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti dan tindakan Kesihatan Awam untuk membendung penularan COVID-19. Antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah pengawalan pintu keluar masuk antarabangsa, penyaringan dan persampelan individu yang berkenaan, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan juga pendekatan tertumpu (targeted approach) bagi kumpulan yang dikenalpasti sebagai berisiko tinggi.

ka

PEMODELAN DAN RAMALAN OLEH INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH), KKM

Keberkesanan pendekatan oleh Kerajaan dapat dibuktikan apabila dikaji dengan menggunakan kaedah pemodelan dan ramalan yang telah dijalankan oleh Institut Kesihatan Negara (National Health Institute), Kementerian Kesihatan Malaysia, di mana PKP 1 sehingga PKP 4 telah berhasil dalam menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 di dalam negara.

Garisan hitam pada graf ini menunjukkan kes harian sebenar yang telah dilaporkan KKM, dan ianya didapati bertepatan dengan unjuran seperti di palang biru yang merupakan jangkaan kes harian oleh NIH KKM.

Screen Shot 2020-05-13 at 6.03.34 PM

R0 (R naught) adalah merujuk kepada kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat, iaitu secara puratanya berapa ramai orang yang boleh dijangkiti oleh kes tersebut. Misalnya, jika nilai R adalah 4, ini bermakna bahawa setiap seorang kes positif boleh menyebarkan penyakit ini kepada 4 orang yang lain.

Nilai R boleh menurun sekiranya langkah-langkah pencegahan yang tepat dijalankan secara berterusan di dalam masyarakat. Begitu juga, nilai ini boleh meningkat semula sekiranya masyarakat leka dan langkah pencegahan tidak diendahkan. Menurunkan nilai R ke kurang daripada 1 secara berterusan, akan membantu mengakhiri sesuatu wabak.

Jika dilihat semula pada graf pemodelan dan ramalan KKM ini, nilai R0 (R naught) pada permulaan PKP (18 Mac 2020) adalah 3.5. Nilai R ini telah berjaya diturunkan sehingga 0.3, iaitu susulan impak positif tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan serta dibantu juga dengan pematuhan oleh Rakyat. Sekiranya semua pihak termasuk peniaga, majikan, pekerja dan juga masyarakat umum kekal patuh kepada PKPB dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan Kerajaan. Nilai R ini akan terus menurun dan hasilnya wabak COVID-19 akan dapat ditamatkan.

Namun begitu, sekiranya masyarakat leka, tidak patuh dan engkar kepada SOP yang ditetapkan, nilai R akan meningkat semula, iaitu seperti yang dapat dilihat di garisan terputus berwarna merah. Ini akan mengakibatkan jumlah kes harian naik semula di dalam Negara (seperti di palang merah).

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Susulan itu, bagi memastikan nilai R kekal kurang daripada satu (1), pemerkasaan sosial (social empowerment) adalah amat penting di kalangan masyarakat. Semua peringkat dan lapisan masyarakat perlu mengambil tanggungjawab sosial (social responsibility) dan memainkan peranan masing-masing dalam membendung wabak COVID-19. Ianya boleh dilaksanakan dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh KKM terutamanya, patuh kepada S.O.P iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

Peniaga, pengusaha dan majikan juga perlu patuh kepada syarat-syarat dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Perhimpunan ramai dan segala aktiviti yang mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan COVID-19 adalah masih tidak dibenarkan.

KKM juga ingin menasihatkan orang ramai supaya ingat kepada 3C dan 3W iaitu:

  • Elakkan 3C: iaitu kawasan yang sesak (Crowded place), kawasan yang sempit (Confined space), bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalam / bersentuhan
    • Amalkan etika batuk dan bersin
    • Lakukan disinfeksi
    • Duduk di rumah
    • Dapatkan rawatan jika bergejala

3W-01

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

13 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 13 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 95
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 255
SELANGOR 2 1,612
NEGERI SEMBILAN 22 764
MELAKA 2 213
JOHOR 0 667
PAHANG 3 315
TERENGGANU 0 110
KELANTAN 0 155
SABAH 2 330
SARAWAK 1 (1) 544
W.P. KUALA LUMPUR 5 (3) 1,475
W.P. PUTRAJAYA 0 89
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 37 (4) 6,779

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

13 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 58 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 5,281 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (77.9% of total cumulative cases).

CONFIRM CASE BY STATE baru 13mei-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

13 May 2020, 12 pm – A total of 37 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today, of which 21 cases are amongst non-Malaysians. Of these 37 additional cases, 4 are imported cases and 33 cases are due to local transmission.

Cumulatively there are now 6,779 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,387 active and infective COVID-19 cases.

Currently, 16 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, four (4) cases are on ventilation support.

Regretfully, two (2) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 111 COVID-19 deaths in Malaysia (1.64% of total cumulative cases):

  1. Death #110: Case 6,743 is a 30 year-old Malaysian man who was found dead in Rompin, Pahang. The result of the COVID-19 sample test taken during the autopsy was positive on 12 May 2020. The case is under investigation by the Royal Malaysian Police and the Rompin District Health Office. The cause of the infection has not been identified and is still under investigation.
  2. Death #111: Case 5,195 is a 90 year-old Malaysian man who has a history of hypertension and chronic respiratory disease. He was admitted into Enche’ Besar Hajjah Khalsom Hospital, Johor on 16 April 2020 and was pronounced dead on 13 May 2020 at 10.36 am.

MOH conveys condolences to all the family members.

Malaysia’s Achievement in Flattening the Curve

Since the beginning of the COVID-19 pandemic, MOH has been informing the public on the number of daily additional cases, cumulative cases and active cases. Looking at the cumulative cases (green line), the number of cumulative cases is increasing but the rate of increase is slowly decreasing. This is because the number of daily additional cases (blue line) is also decreasing. This causes the number of active cases to decrease (orange line), thus indicating that the actions taken so far have been successful in flattening the curve.

Screen Shot 2020-05-13 at 6.03.53 PM

The Movement Control Order (MCO), effective from 18 March 2020 and extended as MCO 2, 3, 4 and later the Conditional Movement Control Order (CMCO), have helped to provide the Government with a range of public health measures and activities to curb the transmission of the COVID-19 infection. Among the measures taken are international borders control, screening and sampling of identified at-risk individuals, active case detection as well as targeted approaches for high-risk populations.

ka

Modelling and Forecasting by the National Institute of Health, MOH

The effectiveness of the Government’s approach can be proven by examining the modeling and forecasting results developed by the National Health Institute (NIH) MOH, whereby MCO 1 through MCO 4 have been successful in reducing the infectivity of COVID-19 in the country.

The black lines in this graph represent the actual daily additional cases that have been reported by MOH, and they are in-line with the projection by NIH MOH as in the blue bars, which are the daily expected additional cases.

Screen Shot 2020-05-13 at 6.03.34 PM

R0 (R naught) refers to the infectivity of a virus at the beginning of an outbreak in the community, that is the average of how many people can be infected by the positive case. For example, if the value of R is 4, this means that each positive case can spread the disease to 4 others.

The value of R can be decreased if proper precautionary and preventive measures are taken continuously in the community. Likewise, this value can rise again if the public becomes complacent and non-compliant to preventive measures. Lowering the value of R to less than 1 continuously will help to end an outbreak.

Looking back at the modeling and forecasting by NIH MOH, the value of R0 (R naught) at the beginning of the MCO (18 March 2020) was 3.5. This R value has been reduced to 0.3 following the positive impact of the actions taken by the Government and assisted by the public’s compliance. If all parties, including traders, employers, employees and the general public remain in compliance with the CMCO and Standard Operating Procedures (SOPs) set by the Government, this R value will continue to decline, and the COVID-19 outbreak can be terminated.

However, if the public becomes complacent and do not comply to the SOPs, the R value will rise again, as can be seen in the dashed red line. This will result in the increase of daily additional cases in the country (shown as red bars).

Health Advisory on COVID-19

Therefore, to ensure that the value of R remains less than one, social empowerment is very important amongst the general public. All levels of the society must take social responsibility and play their part in curbing the COVID-19 infection. This can be done by adopting precautionary and preventive measures recommended by the MOH, particularly comply with THiS:

  • T: Terms and SOPs set under the CMCO
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

Business owners, traders and employers must comply with all terms and SOPs set by the authorities. Public gatherings and all activities that expose the public to the risk of COVID-19 infection are still not allowed.

MOH also advises the public to remember the 3Cs and 3Ws:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is advisable in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Disinfect frequently touched surfaces
    • Stay at home
    • Seek treatment if symptomatic

3W-01

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

 

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

13 May 2020 @ 4.30 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 13 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 95
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 255
Selangor 2 1,612
Negeri Sembilan 22 764
Melaka 2 213
Johor 0 667
Pahang 3 315
Terengganu 0 110
Kelantan 0 155
Sabah 2 330
Sarawak 1 (1) 544
WP Kuala Lumpur 5 (3) 1,475
WP Putrajaya 0 89
WP Labuan 0 16
Total 37 (4) 6,779

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases