Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 15 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,439 kes (79.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 15 mei-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 15 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 36 kes, baharu yang telah dilaporkan, di mana 28 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,855 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,304 kes.

Sehingga kini, seramai 14 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 112 kes (1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (3)

SISTEM INFORMASI DAN PANGKALAN DATA MAKMAL BAGI UJIAN COVID-19 DIPERTINGKATKAN UNTUK PELAPORAN KES COVID-19 YANG TEPAT

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan usaha pemurnian data-data berkaitan COVID-19. Hasil kerjasama KKM dengan beberapa agensi lain seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC satu sistem pangkalan data telah dibangunkan. Sistem ini dikenali sebagai e-COVID di mana ianya dapat memastikan pengumpulan data daripada lapangan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat.

Tambahan pula, penyeragaman sistem data makmal dari kesemua makmal COVID-19 (iaitu makmal-makmal KKM, universiti, MOSTi, hospital angkatan tentera dan juga makmal swasta) pula telah dipertingkatkan dengan menggunakan Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA). Sistem ini telah dibangunkan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan telah mula digunakan oleh kesemua makmal COVID-19 mulai pertengahan April 2020.

Ini adalah merupakan satu pencapaian yang baik berbanding dengan sebelum ini, di mana data dari lapangan dan makmal telah dilaporkan secara manual.

Pada 14 Mei 2020, KKM telah melaporkan sebanyak 297,342 individu telah menjalani ujian COVID-19, di mana 6,819 daripada jumlah tersebut disaring positif (iaitu kadar positif adalah sebanyak 2.29 peratus). Walaubagaimanapun dengan penggunaan sistem pengumpulan data yang lebih baik ini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 15 Mei 2020 jam 12 tengah hari, KKM telah menyaring sebanyak 424,306 individu, di mana seramai 6,855 orang positif COVID-19 dan 417,451 orang adalah negatif. Ini menjadikan kadar positif adalah sebanyak 1.62 peratus. Manakala, bilangan individu yang disaring adalah sebanyak 13 orang bagi 1,000 orang populasi.

Screen Shot 2020-05-15 at 5.30.51 PM

Ini menunjukkan Malaysia merupakan antara negara yang menjalankan ujian saringan COVID-19 yang paling banyak di kalangan negara ASEAN yang lain. Saringan COVID-19 ini dijalankan secara tertumpu (targeted screening) kepada kumpulan-kumpulan yang dikesan berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.

Pemurnian data ini tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk tujuh (7) makmal swasta. KKM amat mengharapkan agar kerjasama daripada makmal-makmal ini dapat diteruskan dan semua data yang berkenaan dapat diberikan atas kepentingan negara dalam menghadapi wabak COVID-19.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM mohon kerjasama orang ramai dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia dengan terus patuh kepada S.O.P iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

Orang ramai juga diingatkan supaya turut patuh kepada 3C dan 3W seperti disarankan oleh KKM:

  • Elakkan 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space), dan elak bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi;
    • Duduk di rumah dan hanya keluar sekiranya ada urusan penting sahaja;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

15 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI) 

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 95
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 255
SELANGOR 14 1,627
NEGERI SEMBILAN 1 776
MELAKA 1 (1) 215
JOHOR 0 668
PAHANG 5 328
TERENGGANU 0 110
KELANTAN 0 155
SABAH 0 330
SARAWAK 0 544
W.P. KUALA LUMPUR 15 1,508
W.P. PUTRAJAYA 0 89
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 36 (1) 6,855

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

15 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 88 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 5,439 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (79.3% of total cumulative cases).

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (4)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

15 May 2020, 12 pm – A total of 36 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today, of which 28 cases are amongst non-Malaysians.

Cumulatively there are now 6,855 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,304 active and infective COVID-19 cases.

Currently, 14 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, five (5) cases are on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are 112 COVID-19 deaths in Malaysia (1.63% of total cumulative cases).

Screen Shot 2020-05-15 at 5.30.51 PM

Strengthening the Laboratory Information and Database Management System for COVID-19 Tests for More Efficient and Accurate Reporting

MOH is currently undertaking consolidation of COVID-19 related data. In collaboration with other agencies such as the National Security Council (NSC) and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), a database system has been developed. Known as e-COVID, this system ensures more efficient, timely and accurate data collection from the field.

In addition, standardisation of the laboratory data management systems from all COVID-19 laboratories (i.e. from MOH, universities, MOSTI, military hospitals and private laboratories) has been strengthened using the Public Health Laboratory Information System (SIMKA). This system was developed by the National Public Health Laboratory (MKAK) and has been used by all COVID-19 laboratories since mid-April 2020.

This is a good achievement compared to previously, where field and laboratory data were collated and reported manually.

As of 14 May 2020, MOH has reported that a total of 297,342 individuals have undergone COVID-19 testing, of which 6,819 were found to be positively (a positive rate of 2.29%). However, with the use of this improved data collection system, MOH would like to inform that as of 15 May 2020, 12 pm, MOH has screened a total of 424,306 individuals, of which 6,855 were positive for COVID-19 and 417,451 were negative. This resulted in a positive rate of 1.62%. In addition, the number of individuals screened is 13 individuals per 1,000 population.

Screen Shot 2020-05-15 at 5.30.51 PM

This shows that Malaysia has one of the highest screening rates amongst the ASEAN countries. The COVID-19 screening was conducted as targeted screening amongst high-risk groups for COVID-19 infection.

This data consolidation work could not have been carried out without the cooperation of various parties, including the seven private laboratories. MOH looks forward to the continuous cooperation of all laboratories and that all relevant data can be provided in the interest of country in managing the COVID-19 pandemic.

Health Advisory on COVID-19

MOH seeks the cooperation of the public in combating the COVID-19 pandemic in Malaysia by adhering to THiS:

  • T: Terms and SOPs set under the Conditional Movement Control Order (CMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

The public is also advised to adhere to the 3Cs and 3Ws as recommended by MOH:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is advisable in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Disinfect frequently touched surfaces
    • Stay at home and go out only for important matters
    • Seek treatment if symptomatic

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

15 May 2020 @ 4.30 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 15 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 95
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 255
Selangor 14 1,627
Negeri Sembilan 1 776
Melaka 1 (1) 215
Johor 0 668
Pahang 5 328
Terengganu 0 110
Kelantan 0 155
Sabah 0 330
Sarawak 0 544
WP Kuala Lumpur 15 1,508
WP Putrajaya 0 89
WP Labuan 0 16
Total 36 (1) 6,855

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases