Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 16 Mei 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 73 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,512 kes (80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Permainan slot disyorkan semasa COVID-19 di Malaysia kerana mereka menyediakan hiburan dari rumah melalui 새로운 슬롯 사이트. Dengan pelbagai pilihan permainan yang menarik, pemain dapat menikmati masa luang tanpa menghadapi risiko sosial. Ini memberikan alternatif selamat dan selesa untuk menghibur diri semasa tempoh kawalan jarak sosial.

BM DATA KES SETIAP NEGERI 16mei-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 16 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 17 kes, baharu yang telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,872 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,247 kes. Ingin dimaklumkan daripada 17 kes baru yang dilaporkan, enam (6) adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala sebelas (11) kes adalah penularan tempatan yang melibatkan lima (5) bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, terdapat 13 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 113 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-113 (kes ke-6856) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi. Beliau adalah merupakan seorang kakitangan perubatan KKM di Sabah (namun telah bercuti sakit disebabkan barah). Beliau telah dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas pada 5 Mei 2020 disebabkan kesihatan beliau yang semakin merosot. Beliau didapati positif COVID-19 dan disahkan meninggal dunia pada 7 Mei 2020 jam 1.30 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (4)

KES POSITIF COVID-19 DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN BAYI DI MALAYSIA

KKM ingin memaklumkan bahawa selain daripada warga emas, kumpulan kanak-kanak dan bayi adalah juga merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19. Kanak-kanak dan bayi perlu dilindungi agar mereka tidak mudah terdedah dan dijangkiti COVID-19.

Sehingga 16 Mei 2020, terdapat 317 kes positif COVID-19 di kalangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Daripada jumlah tersebut, 112 kes (35 peratus) adalah di kalangan kanak-kanak berumur (4) tahun dan ke bawah, dan 22 kes (7 peratus) di kalangan bayi kurang daripada 1 tahun. Setakat ini. Tiada kes kematian positif COVID-19 telah dicatatkan di kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun.

Negeri Selangor telah mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 yang tertinggi di kalangan kanak-kanak bawah 12 tahun iaitu 77 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan (48 kes), Johor (46 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (28 kes), dan Sabah (26 kes).

Screen Shot 2020-05-16 at 4.10.06 PM

Kanak-kanak dan bayi memerlukan ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga yang lebih tua untuk melindungi kanak-kanak dan bayi daripada bahaya jangkitan COVID-19. Ibu bapa dan penjaga perlu memberi didikan kepada kanak-kanak agar mereka dapat mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun, dan sangat digalakkan memakai penutup mulut dan hidung (face mask) di kawasan umum (terutamanya kawasan yang sesak).

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM menyeru ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga yang lebih tua untuk menjalankan tanggungjawab untuk melindungi mereka setiap masa agar tidak terdedah kepada virus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini.

Masyarakat umum juga disarankan untuk sama-sama membantu dalam melindungi kanak-kanak dan bayi, dengan mengelak daripada berada dalam jarak kurang daripada 1 meter dari mereka (iaitu dengan mengamalkan jarak sosial yang selamat).

WhatsApp Image 2020-05-16 at 15.16.20

Orang ramai juga diingatkan supaya turut patuh kepada 3C dan 3W seperti disarankan oleh KKM:

  • Elakkan 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space), dan elak bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi;
    • Duduk di rumah dan hanya keluar sekiranya ada urusan penting sahaja;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

3W-01

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

16 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI) 

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 95
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 255
SELANGOR 1 (1) 1,628
NEGERI SEMBILAN 0 776
MELAKA 0 215
JOHOR 0 668
PAHANG 7 (4) 335
TERENGGANU 0 110
KELANTAN 0 155
SABAH 1 331
SARAWAK 0 544
W.P. KUALA LUMPUR 7 1,515
W.P. PUTRAJAYA 1 (1) 90
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 17 (6) 6,872

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

16 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 73 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 5,512 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (80.2% of total cumulative cases).

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (5)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

16 May 2020, 12 pm – A total of 17 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 6,872 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,247 active and infective COVID-19 cases. Of the 17 additional cases reported today, six (6) are imported cases who were infected overseas, while eleven (11) cases are local transmission involving five (5) non-Malaysians.

Currently, 13 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, five (5) cases are on ventilation support.

Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 113 COVID-19 deaths in Malaysia (1.64% of total cumulative cases):

  1. Death #113: Case 6,856 is a 53 year-old Malaysian woman who has a history of cancer and hypertension. She was an MOH healthcare worker in Sabah, however on extended sick-leave due to cancer. She was admitted into the Women and Children’s Hospital, Likas, Sabah on 5 May 2020 because of worsening health condition. She was pronounced dead on 7 May 2020, 1.30 pm.

MOH conveys condolences to the family members.

CONFIRM CASE BY STATE baru 16mei-01

Confirmed COVID-19 Cases Amongst Children and Infants in Malaysia

MOH would like to inform that in addition to older adults, children and infants are also at high-risk for COVID-19 infection. Children and infants need to be protected so that they are less exposed to and infected with COVID-19.

As of 16 May 2020, there are 317 confirmed COVID-19 cases among children age 12 years and under. Of these, 112 cases (35%) were in children age 4 year and under, and 22 cases (7%) in infants less than 1 year. So far, no COVID-19 deaths have been reported in children under 12 years.

Selangor has recorded the highest number of confirmed COVID-19 cases amongst children under 12 years old with 77 cases, followed by Negeri Sembilan (48 cases), Johor (46 cases), the Federal Territory of Kuala Lumpur and Putrajaya (28 cases), and Sabah (26 cases). A summary is shown in Table 1.

Screen Shot 2020-05-16 at 5.31.04 PM

Parents, guardians and older family members need to protect children and infants from the dangers of COVID-19 infection. Parents and guardians must educate their children so that they can maintain a high level of personal hygiene, regular handwashing with water and soap, and it is strongly recommended to wear face masks in public areas, especially in crowded areas.

Health Advisory on COVID-19

MOH calls on parents, guardians and older family members to take responsibility to protect children and infants at all times from being exposed to this invisible virus.

The general public is also encouraged to cooperate in protecting children and infants, by avoiding being within one metre from them (i.e. by practicing safe social distancing).

WhatsApp Image 2020-05-16 at 15.16.20

The public is also advised to adhere to the 3Cs and 3Ws as recommended by MOH:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Disinfect frequently touched surfaces
    • Stay at home and go out only for important matters
    • Seek treatment if symptomatic

3W-01

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

16 May 2020 @ 4.30 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 16 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 95
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 255
Selangor 1 (1) 1,628
Negeri Sembilan 0 776
Melaka 0 215
Johor 0 668
Pahang 7 (4) 335
Terengganu 0 110
Kelantan 0 155
Sabah 1 331
Sarawak 0 544
WP Kuala Lumpur 7 1,515
WP Putrajaya 1 (1) 90
WP Labuan 0 16
Total 17 (6) 6,872

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases