Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 20 Mei 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 60 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,706 kes (81.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Justeru, bilangan kes pulih adalah hampir dua kali ganda kes baharu yang dilaporkan.

BM DATA KES SETIAP NEGERI 20 mei-01-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 20 Mei 2020 jam 12:00 tengah hari, terdapat 31 kes, baharu yang telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,009 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,189 kes. Ingin dimaklumkan daripada 31 kes baru yang dilaporkan, sepuluh (10) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 21 kes adalah penularan tempatan di mana sepuluh (10) kes adalah bukan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, terdapat 11 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 114 kes (1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19

PENDERMAAN DARAH SEMASA BULAN RAMADAN DAN MUSIM PERAYAAN

Transfusi darah merupakan komponen penting dalam perawatan pesakit di fasiliti kesihatan seperti hospital terutamanya untuk mangsa kemalangan, ibu-ibu mengandung yang mengalami komplikasi pendarahan, bayi pra-matang, pesakit kanser dan Thalassemia, serta pesakit yang menjalani pembedahan major. Bekalan darah adalah diperlukan sepanjang masa, oleh itu bekalannya haruslah sentiasa mencukupi.

Kadar penggunaan darah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 sehingga 3 Mei 2020 didapati telah menurun. Ini mungkin disebabkan oleh kadar kemalangan jalan raya yang memerlukan rawatan di hospital yang telah berkurang sebanyak 60 hingga 70 peratus sepanjang penguatkuasaan PKP mulai 18 Mac 2020 sehingga 3 Mei 2020.

Derma darah

Semasa penguatkuasaan PKP, stok bekalan darah di Pusat Darah Negara dan Tabung-Tabung Darah di seluruh negara telah mengalami penurunan 40 peratus berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Misalnya kutipan darah semasa bulan Mac 2018 sehingga Mei 2018 adalah sebanyak 111,328 beg, namun kutipan dari bulan Mac 2020 sehingga Mei 2020 adalah hanya 67,135 beg.

Didapati jumlah kutipan darah sepanjang pelaksanaan PKP adalah hanya 60 peratus daripada jumlah sasaran. Meskipun pelbagai aktiviti promosi yang dijalankan oleh KKM dan rakan media, pencapaian kutipan darah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga kini didapati masih belum memuaskan, iaitu hanya 57 peratus daripada jumlah sasaran.

Penurunan kutipan darah ini adalah amat membimbangkan memandangkan kini lebih banyak perkhidmatan elektif di hospital–hospital KKM telah mula beroperasi termasuk prosedur pembedahan (iaitu penggunaan meningkat daripada purata 9,000 beg darah seminggu kepada 13,076 beg pada minggu PKPB). Terdapat juga peningkatan kes-kes kemalangan sebanyak lima (5) hingga 10 peratus yang memerlukan rawatan di hospital. Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan cuti perayaan lain yang bakal tiba, kebiasaannya didapati pola pendermaan darah adalah rendah.

WhatsApp Image 2020-05-20 at 8.50.58 AM

Susulan itu, KKM menyeru orang ramai untuk datang menderma darah di Pusat Darah Negara dan Tabung-tabung Darah seluruh negara agar bekalan darah adalah berterusan dan mencukupi. Operasi perkhidmatan Pusat Darah Negara dan juga Tabung Darah yang lain telahpun dilanjutkan sehingga jam 9 malam sepanjang bulan Ramadan bagi memudahkan orang ramai untuk menderma selepas waktu berbuka puasa.

Orang awam boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendermaan darah di laman sesawang Pusat Darah Negara; www.pdn.gov.my, laman Facebook Pusat Darah Negara, laman KKM atau rujuk Tabung Darah yang disediakan di setiap negeri.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggungjawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia dengan kekal patuh kepada S.O.P iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

WhatsApp Image 2020-05-17 at 16.45.25

Orang ramai turut diingatkan supaya patuh kepada 3S / 3C dan 3W seperti disarankan oleh KKM:

  • Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place),elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi;
    • Duduk di rumah dan hanya keluar sekiranya ada urusan penting sahaja;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

3W-01

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

20 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 20 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 1 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 255
SELANGOR 15 (5) 1,665
NEGERI SEMBILAN 0 776
MELAKA 0 215
JOHOR 0 669
PAHANG 0 338
TERENGGANU 1 111
KELANTAN 1 156
SABAH 1 338
SARAWAK 0 544
W.P. KUALA LUMPUR 10 (3) 1,598
W.P. PUTRAJAYA 2 (2) 93
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 31 (10) 7,009

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

20 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 60 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 5,706 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (81.4% of total cumulative cases). The number of cases recovered is almost twice the number of additional cases reported today.

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

20 May 2020, 12 pm – A total of 31 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 7,009 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,189 active and infective COVID-19 cases. Of the 31 additional cases reported today, ten (10) are imported cases who were infected overseas, while 21 cases are local transmission involving ten (10) non-Malaysians.

Currently, 11 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, seven (7) cases are on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 114 COVID-19 deaths in Malaysia (1.63% of total cumulative cases).

Blood Donation During Month of Ramadan and Festivities Season

Blood transfusion is an important component of the management of patients in healthcare facilities such as hospitals, especially for accident victims, pregnant mothers with bleeding complications, premature infants, cancer patients and thalassemia patients, as well as patients undergoing major surgery. Blood supply is needed constantly, and therefore it should always be sufficient.

Blood use rates during the period of the Movement Control Order (MCO) from 18 March 2020 to 3 May 2020 were found to have decreased. This may be due to the decreased rate of road traffic accidents requiring hospitalisation i.e. a reduction of 60 to 70% during the MCO enforcement in same time period.

During the MCO enforcement, blood supply at the National Blood Centre and other Blood Centres throughout the country has decreased by 40% compared to previous years. For example, blood collection during March 2018 to May 2018 was 111,328 bags, however from March 2020 to May 2020 there were only 67,135 bags.

It was found that the total blood collection during the MCO enforcement period was only 60% of the target. Despite various promotional activities carried out by MOH and media partners, the status of blood collection throughout the Conditional MCO (CMCO) to date has not been satisfactory, reaching only 57% of the target.

The decline in blood collection is very alarming as more elective services in MOH hospitals have resumed, including surgical procedures (which increased usage from an average of 9,000 bags of blood a week to 13,076 bags during CMCO weeks). There were also a 5 to 10% increase in accident cases requiring hospitalisation. Ahead of the Hari Raya Aidilfitri celebrations and other upcoming festive celebrations, it is common to see low blood donation rates.

Therefore, MOH urges the public to donate blood at the National Blood Centres and other Blood Centres throughout the country so that the blood supply would be continuous and adequate. Operations of the National Blood Centres and other Blood Centres have been extended until 9 pm throughout the month of Ramadan to enable individuals to donate after breaking fast.

The public can find more information on blood donation on the National Blood Centre website www.pdn.gov.my, National Blood Centre Facebook page, MOH website or refer to the Blood Centres in each state.

Health Advisory on COVID-19

MOH advises the public to take social responsibility in the fight against COVID-19 pandemic in Malaysia, by continuing to adhere to THiS:

  • T: Terms and SOPs set under the CMCO
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

The public is also advised to adhere to the 3Cs and 3Ws as recommended by MOH:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Disinfect frequently touched surfaces
    • Stay at home and go out only for important matters
    • Seek treatment if symptomatic

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the WHO. The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

20 May 2020 @ 4.30 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 20 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 1 96
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 255
Selangor 15 (5) 1,665
Negeri Sembilan 0 776
Melaka 0 215
Johor 0 669
Pahang 0 338
Terengganu 1 111
Kelantan 1 156
Sabah 1 338
Sarawak 0 544
WP Kuala Lumpur 10 (3) 1,598
WP Putrajaya 2 (2) 93
WP Labuan 0 16
Total 31 (10) 7,009

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases