Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 21 Mei 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,796 kes (82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Justeru, bilangan kes pulih adalah hampir dua kali ganda kes baharu yang dilaporkan.

BM DATA KES SETIAP NEGERI 21Mei-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 21 Mei 2020 jam 12:00 tengah hari, terdapat 50 kes, baharu yang telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,059 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,149 kes. Ingin dimaklumkan daripada 50 kes baru yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 47 kes penularan tempatan, 41 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 34 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil. Mereka ini telah berada di dalam tahanan sejak sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020.

Sehingga kini, terdapat 10 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 114 kes (1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (7)

KLUSTER DEPOT TAHANAN IMIGRESEN DI BUKIT JALIL

Ingin dimaklumkan bahawa terdapat satu kluster baru yang telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen di Bukit Jalil. Sehingga 21 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 645 orang telah disampel secara keseluruhan di mana:

  • 35 kes positif COVID-19 dikesan;
  • 400 kes negatif COVID-19; dan
  • 210 orang masih menunggu keputusan

Kesemua 35 kes positif tersebut adalah melibatkan bukan warganegara Malaysia, iaitu:

  • 17 warga Myanmar;
  • 15 warga India;
  • Satu (1) warga Sri Lanka;
  • Satu (1) warga Bangladesh; dan
  • Satu (1) warga Mesir.

Pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan telahpun dijalankan misalnya, aktiviti nyah kuman, pendidikan kesihatan seperti penjagaan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta penekanan mengenai penjarakan sosial. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

KKM telah menyediakan perkhidmatan kesihatan ke semua pusat depot tahanan secara berjadual. Perkhidmatan ini diberikan oleh pasukan kesihatan dari Klinik Kesihatan yang terdekat. Anggota pasukan kesihatan ini adalah terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan Jururawat Masyarakat.

Pelbagai perkhidmatan yang telah diberi seperti:

  • rawatan penyakit ringan,
  • rawatan awal kecemasan,
  • pemeriksaan kesihatan ibu hamil, kesihatan bayi dan kanak-kanak termasuk suntikan imunisasi berdasarkan jadual imunisasi kebangsaan.

Kes-kes yang memerlukan rawatan pesakit dalam dan kes kecemasan seperti ibu yang bakal bersalin akan dirujuk ke hospital KKM yang berdekatan. Kesemua perkhidmatan yang diberikan ini tidak dikenakan sebarang Caj Fi.

Bagi memastikan kes-kes jangkitan COVID-19 dapat dikesan sepenuhnya, KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah akan meneruskan tindakan seterusnya iaitu menggunakan pendekatan tertumpu (targeted approach), misalnya:

  • Siasatan, pengesanan kontak rapat, penilaian risiko oleh pihak yang berkaitan;
  • Saringan gejala dan persampelan untuk mengesan kes secara aktif;
  • Kes positif akan diisolasi dan dirawat di hospital, manakala kontak rapat akan diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta 342.

KKM akan terus bekerjasama dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain agensi Kerajaan bagi pengurusan kes COVID-19 yang melibatkan Depot Tahanan Imigresen.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar mengambil tanggungjawab sosial (social responsibility) dalam memerangi wabak COVID-19 di Malaysia dengan kekal patuh kepada S.O.P iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

WhatsApp Image 2020-05-17 at 16.45.25

Orang ramai turut diingatkan supaya patuh kepada 3S / 3C dan 3W seperti disarankan oleh KKM:

  • Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi;
    • Duduk di rumah dan hanya keluar sekiranya ada urusan penting sahaja;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

3W-01

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

21 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 255
SELANGOR 8 1,673
NEGERI SEMBILAN 2 (1) 778
MELAKA 0 215
JOHOR 0 669
PAHANG 1 339
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 156
SABAH 0 338
SARAWAK 0 544
W.P. KUALA LUMPUR 39 (2) 1,637
W.P. PUTRAJAYA 0 93
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 50 (3) 7,059

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

21 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 90 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 5,796 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (82.1% of total cumulative cases). The number of cases recovered is almost twice the number of additional cases reported today.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (7)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

21 May 2020, 12 pm – A total of 50 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 7,059 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,149 active and infective COVID-19 cases. Of the 50 additional cases reported today, three (3) are imported cases who were infected overseas, while 47 cases are local transmission involving 41 non-Malaysians, of which 34 cases were detected at the Bukit Jalil Immigration Detention Centre. They have been in detention prior to the Movement Control Order (MCO) enforcement on 18 March 2020

Currently, 10 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, seven (7) cases are on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 114 COVID-19 deaths in Malaysia (1.61% of total cumulative cases).

CONFIRM CASE BY STATE baru 21Mei-01

Bukit Jalil Immigration Detention Centre Cluster

MOH would like to inform that a new cluster has been detected at the Bukit Jalil Immigration Detention Centre. As of 21 May 2020, 12 pm, a total of 645 individuals have been sampled, of which:

  • 35 confirmed COVID-19 cases detected
  • 400 negative cases
  • 210 still awaiting results

All 35 confirmed COVID-19 cases were amongst non-Malaysians, of which:

  • 17 Myanmar nationals
  • 15 Indian nationals
  • 1 Sri Lankan national
  • 1 Bangladeshi national
  • 1 Egyptian national

Various prevention and control activities have been carried out, for example, disinfection, health education such as on personal hygiene, frequent hand washing with water and soap, as well as advice on social distancing. The cause of the infection is still under investigation.

MOH has provided healthcare services to all detention centres on a regular basis. The service is provided by a health team from the nearest Health Clinic. The health team consists of Medical Officers, Assistant Medical Officers, Nurses and Community Nurses (Jururawat Masyarakat).

The healthcare services provided include:

  • Treatment of mild diseases or conditions
  • Emergency first aid
  • Pregnancy, infant and child health checks including immunisation services based on national immunisation schedule

Cases that require hospitalisation and emergency care, such as deliveries, will be referred to the nearest MOH hospital. All of these services are provided free of charge.

To ensure that COVID-19 cases in this cluster can be fully detected, MOH through the District Health Office, will proceed with the next steps, using a targeted approach, that include:

  • Investigation, close contact tracing, and risk assessment by relevant parties
  • Active case detection – screening for symptoms and sampling to detect positive cases
  • Positive cases will be isolated and hospitalised, while close contacts will be placed under the COVID-19 Contact Monitoring and Observation Order under Section 15(1) of Act 342.

MOH will continue to work with the Malaysian Immigration Department, the Royal Malaysian Police and other related Government agencies for the management of COVID-19 cases related to the Immigration Detention Depot.

Health Advisory on COVID-19

MOH advises the public to take social responsibility in the fight against COVID-19 pandemic in Malaysia, by continuing to adhere to THiS:

  • T: Terms and SOPs set under the Conditional MCO (CMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

The public is also advised to adhere to the 3Cs and 3Ws as recommended by MOH:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Disinfect frequently touched surfaces
    • Stay at home and go out only for important matters
    • Seek treatment if symptomatic

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the WHO. The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

21 May 2020 @ 4.30 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 21 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 96
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 255
Selangor 8 1,673
Negeri Sembilan 2 (1) 778
Melaka 0 215
Johor 0 669
Pahang 1 339
Terengganu 0 111
Kelantan 0 156
Sabah 0 338
Sarawak 0 544
WP Kuala Lumpur 39 (2) 1,637
WP Putrajaya 0 93
WP Labuan 0 16
Total 50 (3) 7,059

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases