Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 23 Mei 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 53 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,912 kes (82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 23Mei-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 23 Mei 2020 jam 12:00 tengah hari, terdapat 48 kes baharu yang telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,185 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,158 kes. Ingin dimaklumkan daripada 48 kes baru yang dilaporkan, 4 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 44 kes penularan tempatan, 25 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 21 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih.

Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.60 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (8)

RAIKAN HARI RAYA AIDILFITRI DENGAN SELAMAT

Pada tahun ini, seluruh dunia akan sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan cara yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini. Khuatir dengan risiko penularan jangkitan COVID-19 di kalangan masyarakat pada Hari Raya Aidilfitri, kerajaan-kerajaan di pelbagai negara yang terkesan dengan pandemik COVID-19 telah mengambil pelbagai pendekatan berbeza dalam membenarkan umat Islam meraikan perayaan Aidilfitri dengan cara yang selamat.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, raikanlah Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan keluarga di rumah masing-masing. Jika sebelum ini masyarakat telah biasa dengan perayaan secara terbuka, tahun ini kita raikanlah Aidilfitri dengan cara yang tertutup di rumah masing-masing dengan ahli keluarga di dalam rumah yang sama sahaja.

Screen Shot 2020-05-23 at 5.46.17 PM

KKM ingin mengingatkan masyarakat bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Perayaan telah menyatakan bahawa jumlah ahli keluarga tidak boleh melebihi 20 orang pada satu hari, namun tertakluk kepada keluasan ruang rumah. Pastikan terdapat penjarakan sosial dan kebersihan diri sentiasa diamalkan.

KKM juga ingin menasihatkan masyarakat untuk menangguhkan ziarah menziarahi keluarga lain dan rakan-rakan, serta mengelak untuk menziarahi kubur. Ini termasuk perjalanan merentas negeri yang mungkin boleh mengakibatkan penularan ke kawasan yang lain terutama ke Zon Hijau. Kita perlu mengambil iktibar daripada Kluster Pengerang (di mana penyebaran COVID-19 berlaku akibat aktiviti merentas negeri) dan juga Sub-kluster Rembau (di mana penyebaran jangkitan COVID-19 didapati turut berlaku akibat aktiviti kunjung mengunjung sanak saudara).

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Susulan itu, masyarakat dinasihatkan untuk terus mempraktikkan norma dan kebiasaan baharu. Ini bertujuan untuk memastikan jangkitan COVID-19 dapat terus dibendung. Masyarakat hendaklah mempunyai sikap dan rasa bertanggungjawab semasa perayaan ini, termasuk:

  • Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-05-17 at 16.45.25

  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Jadikanlah perayaan yang bakal tiba sebagai perayaan tertutup antara ahli keluarga di rumah sahaja;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

3W-01

Patuhlah kepada S.O.P dan nasihat-nasihat yang disarankan oleh pihak KKM iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Akhir kata, KKM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh Negara. Kepada yang bukan Islam, selamat bercuti. Bagi mereka yang bertugas sepanjang tempoh perayaan ini, terima kasih diucapkan kepada anda semua yang berdedikasi berkhidmat untuk Negara.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

23 Mei 2020 @ 4.30 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 23 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 255
SELANGOR 37 (4) 1,730
NEGERI SEMBILAN 1 792
MELAKA 0 216
JOHOR 1 670
PAHANG 3 344
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 156
SABAH 1 341
SARAWAK 0 545
W.P. KUALA LUMPUR 5 1,681
W.P. PUTRAJAYA 0 93
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 48 (4) 7,185

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

23 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 53 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 5,912 confirmed COVID-19 cases have fully (82.1% of total cumulative cases).

CONFIRM CASE BY STATE baru 23 Mei-01-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

23 May 2020, 12 pm – A total of 48 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 7,185 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,158 active and infective COVID-19 cases. Of the 48 additional cases reported today, four (4) are imported cases who were infected overseas. Out of the 44 local transmission cases, 25 were non-Malaysians, of which 21 cases were detected at the Semenyih Immigration Detention Centre.

Currently, nine (9) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, five (5) cases are on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are 115 COVID-19 deaths in Malaysia (1.60% of total cumulative cases).

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (9)

Celebrate Hari Raya Aidilfitri Safely

This year, the whole world will celebrate Hari Raya Aidilfitri differently compared to previous years. Concerned about the risk of transmission of COVID-19 infection to the public on Hari Raya Aidilfitri, governments in various countries affected by the COVID-19 pandemic have taken different approaches in allowing Muslims to celebrate Hari Raya Aidilfitri in a safe manner.

As previously advised, MOH urges the public to celebrate this year’s Hari Raya Aidilfitri with families at home. If previously the public is accustomed to public celebrations, this year we will be celebrating Hari Raya Aidilfitri privately in our own homes with family members of the same household.

Screen Shot 2020-05-23 at 5.46.17 PM

MOH would like to remind the public that the Standard Operating Procedure (SOP) published by the National Security Council (NSC) clearly stated that the number of family members cannot exceed 20 individuals in one day but is subject to the size of the house. Social distancing and good personal hygiene must always be maintained and practiced.

MOH also advises the public to postpone visiting relatives and friends, as well as avoid visiting cemeteries. This includes inter-state travel that may result in transmission of infection to other localities and areas, especially to the Green Zones. We need to learn from the experience of the Pengerang Cluster, where COVID-19 infection transmission occurred due to inter-state travel; and the Rembau Sub-cluster, where COVID-19 infection transmission occurred as a result of visiting relatives.

Health Advisory on COVID-19

Subsequently, the public is advised to continue to adopt new norms and practices. This is to ensure that the COVID-19 infection can be kept under control. The public should be conscientious and take on responsibility for all activities during this festive season, including:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Make the coming celebrations exclusively for family members at home only
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

Continue to adhere to all the SOPs and MOH advisories, including:

  • T: Terms and SOPs set under the Conditional Movement Control Order (CMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the WHO. The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Finally, MOH would like to wish Selamat Hari Raya Aidilfitri to all Muslims throughout the country. For non-Muslims, enjoy the holidays. To those who are working and on duty during this festive season, thank you to all those who are dedicated to serving the country.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

23 May 2020 @ 4.30 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 23 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 96
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 255
Selangor 37 (4) 1,730
Negeri Sembilan 1 792
Melaka 0 216
Johor 1 670
Pahang 3 344
Terengganu 0 111
Kelantan 0 156
Sabah 1 341
Sarawak 0 545
WP Kuala Lumpur 5 1,681
WP Putrajaya 0 93
WP Labuan 0 16
Total 48 (4) 7,185

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases