Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 25 Mei 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 34 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 5,979 kes (­­­­­80.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 25 Mei-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA 

Sehingga 25 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 172 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,417 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,323 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai lapan (8) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ingin dimaklumkan daripada 172 kes baru yang dilaporkan, 5 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 167 kes penularan tempatan, 159 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 112 kes telah dikesan di tiga Depot Tahanan Imigresen (DTI). Orang ramai tidak perlu bimbang kerana depot-depot Imigresen ini merupakan tempat yang terasing daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (10)

KLUSTER DEPOT TAHANAN IMIGRESEN (DTI) DI SEPANG, BUKIT JALIL DAN SEMENYIH

Ingin dimaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen di Sepang. Sehingga 25 Mei 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 1,449 sampel telah diambil di mana:

  • 36 kes positif COVID-19 dikesan (29 kes dilaporkan hari ini);
  • 540 kes negatif COVID-19; dan
  • 873 sampel masih menunggu keputusan

Bagi kluster DTI Bukit Jalil, sebanyak 1,536 sampel telah diambil yang terdiri daripada 1,422 Orang Kena Tahan (OKT) dan 114 kakitangan. Daripada jumlah tersebut, 126 kes adalah positif, 514 kes adalah negatif dan 896 sampel masih menunggu keputusan.

Bagi kluster DTI Semenyih, sebanyak 1,757 sampel telah diambil yang terdiri daripada 1,630 OKT dan 127 kakitangan. Daripada jumlah tersebut, 66 kes adalah positif, 753 kes adalah negatif dan 938 sampel masih menunggu keputusan.

Secara keseluruhan setakat ini, didapati 227 kes positif daripada ketiga-tiga kluster DTI ini adalah melibatkan bukan warganegara Malaysia, iaitu:

  • 53 kes warganegara Bangladesh;
  • 41 kes warganegara India;
  • 38 kes warganegara Indonesia;
  • 37 kes warganegara Myanmar;
  • 28 kes warganegara Pakistan;
  • 17 kes warganegara China;
  • Empat (4) kes warganegara Kemboja;
  • Tiga (3) kes warganegara Nepal;
  • Dua (2) kes warganegara Sri Lanka;
  • Satu (1) kes warganegara Filipina;
  • Satu (1) kes warganegara Libya;
  • Satu (1) kes warganegara Mesir;
  • Satu (1) kes warganegara Syria;

Pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan telahpun dijalankan misalnya, aktiviti nyah kuman, pendidikan kesihatan seperti penjagaan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta penekanan mengenai penjarakan sosial.

Bagi memastikan kes-kes jangkitan COVID-19 dapat dikesan sepenuhnya, KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah akan meneruskan tindakan seterusnya iaitu menggunakan pendekatan tertumpu (targeted approach), misalnya:

  • Siasatan, pengesanan kontak rapat, penilaian risiko oleh pihak yang berkaitan;
  • Saringan gejala dan persampelan untuk mengesan kes secara aktif;
  • Kes positif akan diisolasi dan dirawat di hospital, manakala kontak rapat akan diletakkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak COVID-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta 342.

KKM akan terus bekerjasama dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain agensi Kerajaan bagi pengurusan kes COVID-19 yang melibatkan Depot Tahanan Imigresen.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mempraktikkan norma dan kebiasaan baharu semasa sambutan Hari Raya mahupun selepas musim perayaan. Pastikan anda terus mematuhi segala nasihat dan saranan KKM, antaranya:

  • Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-05-17 at 16.45.25

  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Sambutlah perayaan secara tertutup bersama ahli keluarga di rumah sahaja;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

3W-01

Selain itu, sentiasa ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

25 Mei 2020 @ 4.30 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 255
SELANGOR 53 (3) 1,829
NEGERI SEMBILAN 0 792
MELAKA 0 216
JOHOR 0 671
PAHANG 0 344
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 156
SABAH 0 343
SARAWAK 4 549
W.P. KUALA LUMPUR 115 (2) 1,807
W.P. PUTRAJAYA 0 93
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 172 (5) 7,417

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

25 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 34 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 5,979 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (80.6% of total cumulative cases).

CONFIRM CASE BY STATE baru 25 Mei-01-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

25 May 2020, 12 pm – A total of 172 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 7,417 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,323 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Currently, eight (8) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, four (4) cases are on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are 115 COVID-19 deaths in Malaysia (1.55% of total cumulative cases).

Of the 172 additional cases reported today, five (5) are imported cases who were infected overseas. Out of the 167 local transmission cases, 159 cases were amongst non-Malaysians, of which 112 cases were detected at three Immigration Detention Centres. The public should not be concerned as these Immigration Detention Centres are isolated from the general public and are controlled by the authorities.

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (9)

Sepang, Bukit Jalil and Semenyih Immigration Detention Centres Clusters

MOH would like to inform that a new cluster have been detected in the Sepang Immigration Detention Centre. As of 25 May 2020, 12 pm, a total of 1,449 samples were taken, whereby:

  • 36 confirmed COVID-19 cases were detected (of which, 29 cases reported today)
  • 540 with negative COVID-19 results
  • 873 samples are still awaiting results

For the Bukit Jalil Immigration Detention Centre cluster, a total of 1,536 samples were taken from 1,422 detainees and 114 staff. Of these, 126 confirmed COVID-19 cases were detected, 514 tested negative and 896 samples are still awaiting results.

For the Semenyih Immigration Detention Centre cluster, a total of 1,757 samples were taken from 1,630 detainees and 127 staff. Of these, 66 confirmed COVID-19 cases were detected, 753 tested negative and 938 samples are still awaiting results.

To date, cumulatively there are 227 confirmed COVID-19 cases from the three Immigration Detention Centres clusters, involving non-Malaysians:

  • 53 Bangladeshi nationals
  • 41 Indian nationals
  • 38 Indonesian nationals
  • 37 Myanmar nationals
  • 28 Pakistani nationals
  • 17 Chinese nationals
  • 4 Cambodian nationals
  • 3 Nepalese nationals
  • 2 Sri Lankan nationals
  • 1 Filipino national
  • 1 Libyan national
  • 1 Egyptian national
  • 1 Syrian national

Various prevention and control activities have been carried out, for example, disinfection, health education on good personal hygiene, frequent hand washing with water and soap, and emphasis on social distancing.

To ensure that all possible cases of COVID-19 infection can be fully detected, MOH through the District Health Office will continue to take action using the targeted approach, that includes:

  • Investigation, close contact tracing, and risk assessment by relevant parties
  • Screening of symptoms and sampling through active case detection
  • Confirmed COVID-19 cases will be isolated and hospitalised, while close contacts will be placed under the COVID-19 Contact Monitoring and Observation Order under Section 15(1) of Act 342.

MOH will continue to work with the Malaysian Immigration Department, the Royal Malaysian Police and other relevant Government agencies for the management of confirmed COVID-19 cases involving the Immigration Detention Centres.

Health Advisory on COVID-19

The public is advised to continue to adopt new norms and practices during and after the Hari Raya Aidilfitri celebrations. The public must continue to comply to all MOH’s recommendations and advisories, including:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Make the celebrations exclusively for family members at home only
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition, continue to adhere to ThIS:

  • T: Terms and SOPs set under the Conditional Movement Control Order (CMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the WHO. The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

25 May 2020 @ 4.30 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 25 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 96
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 255
Selangor 53 (3) 1,829
Negeri Sembilan 0 792
Melaka 0 216
Johor 0 671
Pahang 0 344
Terengganu 0 111
Kelantan 0 156
Sabah 0 343
Sarawak 4 549
WP Kuala Lumpur 115 (2) 1,807
WP Putrajaya 0 93
WP Labuan 0 16
Total 172 (5) 7,417

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases