Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 27 Mei 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 42 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,083 kes (79.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 27Mei-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 27 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 15 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,619 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,421 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai lapan (8) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ingin dimaklumkan daripada 15 kes baru yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada sembilan (9) kes penularan tempatan pula, empat (4) kes adalah bukan warganegara Malaysia.

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19

MASYARAKAT HARUS WASPADA TERHADAP PENURUNAN KES TEMPATAN COVID-19

Berdasarkan laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 5,559,130 kes COVID-19 telah dicatatkan di seluruh dunia sehingga 26 Mei 2020. Daripada jumlah ini sebanyak 348,610 kes kematian telah dilaporkan setakat ini. Pandemik ini dilihat semakin serius dan masih jauh dari berakhir. Setakat ini, negara Malaysia telah menyumbang kepada 0.14 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dari seluruh dunia.

Setelah peningkatan jumlah kes COVID-19 yang dilihat beberapa hari lalu di Malaysia, hari ini didapati kes baharu telah berkurang kembali kepada dua angka. Daripada jumlah kes baharu hari ini iaitu 15 kes, sebanyak lima (5) kes adalah penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia. Peningkatan kes positif COVID-19 yang dilaporkan sejak beberapa hari lepas adalah disebabkan oleh pengesananan kes-kes COVID-19 di beberapa Depot Tahanan Imigresen (DTI) dan lain-lain kluster aktif yang melibatkan bukan warganegara Malaysia. Ini adalah susulan tindakan pendekatan tertumpu (targeted approach) Kerajaan dalam membendung penularan kes COVID-19.

Penurunan kes COVID-19 penularan tempatan ini adalah selaras dengan unjuran sebelum ini oleh KKM, dan adalah hasil tindakan-tindakan kesihatan awam yang telah dilaksanakan sejak satu bulan lepas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Penurunan ini turut dibantu dengan pematuhan orang ramai terhadap norma dan kelaziman baharu, serta Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan bagi pelbagai sektor dan industri.

Namun begitu, KKM khuatir mungkin akan berlakunya peningkatan kes COVID-19 susulan pergerakan orang ramai melalui aktiviti kunjung-mengunjung, merentas negeri dan pergaulan di kalangan masyarakat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Daripada maklumat yang diperolehi semasa Sidang Akhbar YB Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), didapati sebanyak 2,449,556 kenderaan telah diperiksa oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 16 Mei 2020 sehingga kini. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 18,303 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung dan telah diarah berpatah balik oleh PDRM. Syabas diucapkan kepada pihak PDRM atas usaha ini.

WhatsApp Image 2020-05-27 at 16.10.48

Jadual 1: Jumlah kenderaan diperiksa merentas negeri (16-27 Mei 2020)

WhatsApp Image 2020-05-27 at 15.50.35

Jadual 2: Jumlah kenderaan cuba merentas negeri (16-27 Mei 2020)

Sewajarnya, ia adalah tanggungjawab kita bersama untuk melakukan segala usaha yang diperlukan dalam menangani dan membendung penularan jangkitan COVID-19 di negara kita. Sekiranya masyarakat leka, tidak patuh dan engkar kepada SOP yang ditetapkan, KKM menjangkakan akan berlakunya peningkatan kes COVID-19 yang mendadak yang seterusnya boleh mengakibatkan gelombang yang baharu bagi wabak COVID-19 di Negara kita.

Oleh itu, masyarakat harus berwaspada dan tidak mengambil mudah situasi penurunan kes ini. Seperti yang KKM maklumkan sebelum ini, peperangan menghadapi virus COVID-19 ini masih belum tamat.

WhatsApp Image 2020-05-27 at 16.08.31

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Justeru, KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya patuh kepada segala nasihat dan saranan yang sering ditekankan Kerajaan. Jadikanlah amalan-amalan berikut sebagai norma dan kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian, antaranya:

  • Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan amalan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

27 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 255
SELANGOR 5 (3) 1,843
NEGERI SEMBILAN 0 793
MELAKA 0 216
JOHOR 0 671
PAHANG 0 344
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 156
SABAH 1 344
SARAWAK 3 552
W.P. KUALA LUMPUR 6 (3) 1,990
W.P. PUTRAJAYA 0 93
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 15 (6) 7,619

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

27 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 42 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 6,083 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (79.8% of total cumulative cases).

CONFIRM CASE BY STATE baru 27mei-01-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

27 May 2020, 12 pm – A total of 15 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 7,619 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,421 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Currently, eight (8) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, four (4) cases are on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are 115 COVID-19 deaths in Malaysia (1.51% of total cumulative cases).

Of the 15 additional cases reported today, 6 are imported cases who were infected overseas. Out of the 9 local transmission cases, 4 cases were amongst non-Malaysians.

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19

The Public Must Remain Cautious Despite the Decrease in Local Transmission of COVID-19

According to the report from the World Health Organization (WHO), a total of 5,559,130 COVID-19 cases have been recorded worldwide as of 26 May 2020. Of these, 348,610 deaths have been reported so far. This pandemic is becoming more serious and far from over. To date, Malaysia has contributed to 0.14% of the total confirmed COVID-19 cases worldwide.

Following the increase in the number of COVID-19 cases reported in recent days in Malaysia, today the additional cases have dropped to two digits. Of the 15 additional cases today, 5 are local transmission among Malaysians. The increase in confirmed COVID-19 cases reported over the past few days was due to the detection of COVID-19 cases in several Immigration Detention Centres and other active clusters involving non-Malaysians. This is the result of the actions under the targeted approach adopted by the Government to curb the transmission of COVID-19 infection.

The decline in local transmission of COVID-19 infection is in line with the previous MOH projections, and is the result of the public health measures implemented in the past one month under the Movement Control Order (MCO) and subsequently the Conditional Movement Control Order (CMCO). This decline was also contributed by public’s compliance to new norms and normal, as well as compliance to the Standard Operating Procedures (SOPs) established for various sectors and industries.

However, MOH remains concerned that there may be an increase in COVID-19 cases following the movement of people through visiting others, inter-state travel and communal activities during the Hari Raya Aidilfitri celebration.

From the information obtained during the Press Conference of the Senior Minister (Security Cluster), a total of 2,449,556 vehicles were inspected by the Royal Malaysian Police (PDRM) from 16 May 2020 to date. During the same period, a total of 18,303 vehicles attempted inter-state travel to return back to their hometowns, and were ordered to return back by the PDRM. Well done to the PDRM for this effort.

WhatsApp Image 2020-05-27 at 16.10.48

Figure 1: Number of vehicles inspected for inter-state travel (16 to 27 May 2020)

WhatsApp Image 2020-05-27 at 15.50.35

Figure 2: Number of vehicles attempting inter-state travel (16 to 27 May 2020)

It is our collective responsibility to make every effort necessary to address and control the transmission of COVID-19 infection in our country. If the public becomes complacent and do not comply to the SOPs set by the Government, MOH expects a sudden increase in COVID-19 cases that could lead to a new wave of COVID-19 outbreaks in our country.

Therefore, the public must remain cautious and not take lightly of the reduction of cases. As MOH had previously announced, the war against the COVID-19 virus is still far from over.

WhatsApp Image 2020-05-27 at 16.08.31

Health Advisory on COVID-19

In this regard, the MOH advises the public to adhere to the advice and recommendations emphasised regularly by the Government. The public must continue to practice the new norms and normal in everyday life, including:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition, the public is advised to continue to adhere to ThIS:

  • T: Terms and SOPs set under the CMCO
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the WHO. The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

27 May 2020 @ 4.30 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 27 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 96
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 255
Selangor 5 (3) 1,843
Negeri Sembilan 0 793
Melaka 0 216
Johor 0 671
Pahang 0 344
Terengganu 0 111
Kelantan 0 156
Sabah 1 344
Sarawak 3 552
WP Kuala Lumpur 6 (3) 1,990
WP Putrajaya 0 93
WP Labuan 0 16
Total 15 (6) 7,619

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases