Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 30 Mei 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 95 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,330 kes (­­­­­81.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 30Mei [Recovered]-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 30 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 30 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,762 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,317 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 30 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 27 kes penularan tempatan, 17 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia manakala kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah 10 kes sahaja.

Sehingga kini, seramai sembilan (9) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.48 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

SAMBUTAN PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI MENGIKUT PROSEDUR STANDARD OPERASI (SOP)

KKM ingin menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua yang menyambutnya, terutama kepada rakyat di Sabah dan Sarawak. Pihak KKM juga ingin mengambil kesempatan untuk melahirkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan termasuk petugas kesihatan KKM dan sukarelawan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Malaysia (JPAM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan pelbagai agensi lain yang terus komited memberikan perkhidmatan mereka semasa musim perayaan ini.

KKM ingin mengingatkan masyarakat bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Perayaan telah menyatakan bahawa jumlah ahli keluarga tidak boleh melebihi 20 orang pada satu hari di dalam rumah yang sama, namun tertakluk kepada keluasan ruang rumah dan amalan penjarakan sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

Semoga dengan norma dan kelaziman baharu ini, kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 semasa dan selepas musim perayaan ini. Pastikan terdapat kebersihan diri sentiasa diamalkan. Sesungguhnya sambutan kali ini disambut dalam suasana yang berbeza namun penuh bermakna.

Selain itu, KKM juga ingin mengingatkan masyarakat bahawa walaupun Syawal dan sambutan Hari Raya Aidilfitri secara lazimnya disambut selama sebulan dan sering diadakan rumah terbuka dan perhimpunan secara beramai-ramai, masyarakat masih tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana ianya adalah dilarang sama sekali.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Orang ramai dinasihatkan untuk terus mempraktikkan norma dan kebiasaan baharu semasa sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai mahupun selepas musim perayaan, termasuk Hari Raya Aidilfitri. Pastikan anda terus mematuhi segala nasihat dan saranan KKM, antaranya:

  • Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-05-17 at 16.45.25

  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Sambutlah perayaan secara tertutup bersama ahli keluarga di rumah sahaja;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

3W-01

Selain itu, sentiasa ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau kejadian jangkitan COVID-19 di Malaysia. Penduduk Malaysia dinasihatkan untuk kekal duduk di rumah dan hanya keluar rumah untuk urusan-urusan yang perlu sahaja. Teruskan amalkan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan air dan sabun, dan amalkan jaraksosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter (social distancing). Ini penting dalam memutuskan rantaian penularan COVID-19 di dalam masyarakat.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

30 Mei 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 1 256
SELANGOR 5 (2) 1,878
NEGERI SEMBILAN 4 (1) 856
MELAKA 2 218
JOHOR 1 675
PAHANG 0 346
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 156
SABAH 0 346
SARAWAK 0 552
W.P. KUALA LUMPUR 13 2020
W.P. PUTRAJAYA 4 97
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 30 (3) 7,762

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

30 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 95 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 6,330 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (81.6% of total cumulative cases).

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (1)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

30 May 2020, 12 pm – A total of 30 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 7,762 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,317 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 30 additional cases reported today, three (3) are imported cases who were infected overseas. Of the 27 locally transmitted cases, 17 cases are non-Malaysians, while the remaining 10 locally transmitted cases are Malaysians.

Currently, nine (9) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, two (2) cases are on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are 115 COVID-19 deaths in Malaysia (1.48% of total cumulative cases).

CONFIRM CASE BY STATE baru 30MEi-01

Celebrating Kaamatan Festival and Gawai Day Following the Standard Operating Procedures

MOH would like to wish Happy Kaamatan Festival and Gawai Day to all who celebrate them, especially to the people of Sabah and Sarawak. MOH would also like to take the opportunity to express appreciation to all frontline personnel including MOH healthcare workers and volunteers, the Royal Malaysian Police, the Malaysian Armed Forces, the Volunteers Department of Malaysia (RELA), the Malaysia Civil Defence Force (JPAM), the Department of Immigration Malaysia and various other agencies that remain committed to providing their services during this festive season.

MOH would like to remind the public that the National Security Council (NSC) in the Celebrations’ Standard Operating Procedure (SOP) has stated that the number of family members cannot exceed 20 people in one day in the same house, but this is subject to size of the house and safe social distancing practices of at least 1 metre away from others.

Hopefully with these new norms and normal, we will be able to jointly break the COVID-19 infection transmission chain during and after this festive season. Please ensure that good personal hygiene is always practiced. Although the festive season is celebrated differently, it can still be celebrated meaningfully.

In addition, MOH also reminds the public that although the month of Syawal and Hari Raya Aidilfitri celebrations are usually month-long, often with open houses and mass gatherings, the public is still subject to the Conditional Movement Control Order (CMCO) whereby these activities are still prohibited. 

Health Advisory on COVID-19

The public are advised to continue to practice the new norms and normal during and after the Kaamatan Festival and Gawai Day celebrations, including the Hari Raya Aidilfitri celebration. The public must continue to adhere to all the advice and recommendations by MOH, including:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Celebrate the festivities exclusively with family members at home only
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition, the public is advised to continue to adhere to ThIS:

  • T: Terms and SOPs set under the CMCO
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation in Malaysia. Malaysians are advised to stay at home and only leave the house for important matters. Continue to practice good personal hygiene such as washing hands frequently with water and soap, and maintaining safe social distancing of at least 1 metre away from others. These are important in breaking the COVID-19 infection transmission chain in the community.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

30 May 2020 @ 5.00 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 30 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 96
Pulau Pinang 0 121
Perak 1 256
Selangor 5 (2) 1,878
Negeri Sembilan 4 (1) 856
Melaka 2 218
Johor 1 675
Pahang 0 346
Terengganu 0 111
Kelantan 0 156
Sabah 0 346
Sarawak 0 552
WP Kuala Lumpur 13 2020
WP Putrajaya 4 97
WP Labuan 0 16
Total 30 (3) 7,762

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases