Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 2 Jun 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 66 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,470 kes (82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baharu yang dilaporkan.

BM DATA KES SETIAP NEGERI 2Jun-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 2 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 20 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,877 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,292 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 20 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 5 kes penularan di dalam negara, tiga (3) kes adalah bukan warganegara dan dua (2) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, seramai enam (6) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19

KLUSTER PANGSAPURI DI CHERAS

Seperti yang KKM maklumkan sebelum ini, terdapat satu kluster baharu di sebuah pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur. Kes pertama kluster ini telah dikenalpasti daripada saringan pelajar pusat tahfiz yang telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan KKM. Walau bagaimanapun, melalui penyiasatan yang telah dijalankan, tiada pelajar, guru atau kakitangan dari pusat tahfiz tersebut yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Sehingga kini, terdapat enam (6) kes di dalam kluster ini iaitu tiga (3) kes yang merupakan penghuni pangsapuri tersebut, dan tiga (3) kes lain di luar kawasan pangsapuri. Mereka telah dikesan melalui tindakan pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection). Kes-kes positif kluster ini adalah merupakan ahli keluarga dan rakan kepada kes pertama yang dikesan. Punca jangkitan kluster ini masih dalam siasatan, namun besar kemungkinan penularan COVID-19 adalah berkaitan dengan aktiviti kunjung mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri.

Susulan itu, siasatan dan saringan kontak rapat bagi keenam-enam kes tersebut telah dijalankan. Setakat ini seramai 120 orang telah dikenalpasti dan disaring, di mana:

  • Enam (6) kes positif COVID-19;
  • 76 kes adalah negatif COVID-19; dan
  • 38 masih menunggu keputusan.

Selain tindakan Active Case Detection yang telah mula dilaksana di pangsapuri tersebut, beberapa langkah kawalan penularan jangkitan COVID-19 turut giat dijalankan, misalnya:

  • Pengasingan kontak dan aktiviti persampelan;
  • Aktiviti nyah kuman dan nyah cemar;
  • Hebahan pendidikan kesihatan berkaitan pencegahan jangkitan COVID-19 seperti amalan 3W dan elakkan 3S.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin mengingatkan masyarakat bahawa meskipun Syawal dan sambutan Hari Raya Aidilfitri secara lazimnya disambut selama sebulan, diadakan rumah terbuka dan perhimpunan secara beramai-ramai, masyarakat masih tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana ianya adalah dilarang sama sekali. Oleh itu, orang ramai digesa supaya elakkan aktiviti kunjung-mengunjung.

Kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 sekiranya norma dan kelaziman baharu ini dijadikan satu amalan dalam kehidupan seharian, antaranya:

  • Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-05-16 at 15.16.20

  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan amalan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

3W-01

Orang ramai diseru agar sentiasa amalkan S.O.P:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

2 Jun 2020 @ 5.00 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 2 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 256
SELANGOR 6 (4) 1,926
NEGERI SEMBILAN 6 (5) 866
MELAKA 1 (1) 233
JOHOR 1 (1) 676
PAHANG 0 361
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 156
SABAH 1 348
SARAWAK 0 552
W.P. KUALA LUMPUR 5 (4) 2,044
W.P. PUTRAJAYA 0 97
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 20 (15) 7,877

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

2 June 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 66 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 6,470 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (82.1% of total cumulative cases). The number of cases discharged today is more than three times the number of additional cases reported.

CONFIRM CASE BY STATE baru 2Jun-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

2 June 2020, 12 pm – A total of 20 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 7,877 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,292 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 20 additional cases reported today, 15 are imported cases who were infected overseas. Of the 5 locally transmitted cases, 3 cases are non-Malaysians and the remaining 2 cases amongst Malaysians.

Currently, six (6) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, two (2) cases are on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are 115 COVID-19 deaths in Malaysia (1.46% of total cumulative cases).

Apartment Block Cluster in Cheras

As informed by MOH earlier, there is a new cluster in an apartment block in Cheras, Kuala Lumpur. The first case of this cluster was identified through screening of students from a tahfiz centre conducted by MOH in collaboration with the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM). However, investigation of the students, teachers and staff of this tahfiz centre did not reveal any history of attending the Seri Petaling gathering.

To date, there are six (6) cases in this cluster, of which three (3) are occupants of the apartment block, and the other three (3) cases lived outside of the apartment block. They were detected through active case detection. The positive cases in this cluster are family members and friends of the first case detected. The source of infection for this cluster is still under investigation; however it is highly probable that this COVID-19 cluster is related to visiting activities prior to and during the Hari Raya Aidilfitri celebration.

Subsequently, investigation and close contact screening for all six cases have been carried out. To date, a total of 120 individuals have been identified and screened:

  • Six (6) confirmed COVID-19 cases
  • 76 individuals tested negative
  • 38 still awaiting results

In addition to the Active Case Detection at the apartment block, preventive and precautionary measures for COVID-19 infection are also being implemented, including:

  • Isolation of contacts and sampling activities
  • Cleaning and disinfection activities
  • Health education on COVID-19 prevention e.g. practice the 3Ws and avoid the 3Cs

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19

Health Advisory on COVID-19

MOH would like to remind the public that although the Syawal and Hari Raya Aidilfitri celebrations are usually held month-long with open houses and mass gatherings, the public must still comply to the Conditional Movement Control Order (CMCO), whereby these activities are strictly prohibited. Therefore, the public is urged to avoid visiting others.

Together we can break the chain of transmission of COVID-19 infection if the new norms and normal are practiced in everyday life, including:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition, the public is advised to continue to adhere to THiS:

  • T: Terms and SOPs set under the CMCO
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the WHO. The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

2 June 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 2 June 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 96
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 256
Selangor 6 (4) 1,926
Negeri Sembilan 6 (5) 866
Melaka 1 (1) 233
Johor 1 (1) 676
Pahang 0 361
Terengganu 0 111
Kelantan 0 156
Sabah 1 348
Sarawak 0 552
WP Kuala Lumpur 5 (4) 2,044
WP Putrajaya 0 97
WP Labuan 0 16
Total 20 (15) 7,877

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case