Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 3 Jun 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 61 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,531 kes (81.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 2juni [Recovered]-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 3 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 93 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,970 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,324 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan

Ingin dimaklumkan daripada 93 kes baharu yang dilaporkan, semua kes adalah penularan di dalam negara, di mana 91 kes melibatkan bukan warganegara. 55 kes adalah dari Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dan 36 kes dari Kluster Pedas. Hanya dua (2) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia. Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Sehingga kini, sebanyak enam (6) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (1)

SITUASI TERKINI KLUSTER DEPOT TAHANAN IMIGRESEN (DTI) DI BUKIT JALIL, SEPANG, SEMENYIH DAN PUTRAJAYA

KKM ingin memaklumkan status terkini kempat-empat kluster Depot Tahanan Imigresen di Sepang, Bukit Jalil, Semenyih, dan Putrajaya adalah seperti berikut:

Depot Tahanan Jumlah Sampel Diambil Jumlah Kes Positif Jumlah Kes Negatif Menunggu Keputusan **BWN
DTI Bukit Jalil 1,545 338 32 1,175 338
DTI Semenyih 1,785 66 1,719 0 65
DTI Sepang 1,477 60 1,417 0 60
DTI

Putrajaya

101 2 99 0 2
Jumlah 4,908 466 3,267 1,175 465

Kes-kes positif COVID-19 di kalangan bukan warganegara di DTI adalah dari negara-negara berikut:

  • 123 kes warga India;
  • 108 kes warga Bangladesh;
  • 76 kes warga Indonesia;
  • 66 kes warga Myanmar;
  • 45 kes warga Pakistan;
  • 18 kes warga China;
  • Tujuh (7) kes warga Sri Lanka;
  • Lima (5) kes warga Nepal;
  • Empat (4) kes warga Kemboja;
  • Tiga (3) kes warga Filipina;
  • Dua (2) kes warga Mesir;
  • Satu (1) kes masing-masing daripada negara Laos, Nigeria, Libya, Syria;
  • Empat (4) kes masih dalam tindakan kemas kini data.

STATUS TERKINI KLUSTER PEDAS

Sehingga 3 Jun 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 36 kes positif baharu telah dilaporkan di kluster ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 256 kes.

Kes-kes positif kluster ini melibatkan 14 kes di kalangan warga Malaysia dan 242 kes bukan warganegara iaitu:

  • 136 kes warga Nepal;
  • 55 kes warga Bangladesh;
  • 26 kes warga Myanmar;
  • 21 kes warga Indonesia;
  • 3 kes warga India; dan
  • 1 kes warga Vietnam.

Ingin dimaklumkan bahawa kes-kes positif baharu ini telah dikesan hasil daripada saringan ulangan dalam tempoh mereka di pusat kuarantin. Mereka masih diasingkan di pusat kuarantin, justeru tidak membawa risiko penularan kepada masyarakat.

TINDAKAN OLEH MAJIKAN BAGI MEMBANTU MENANGANI PENULARAN COVID-19

Tenaga kerja adalah merupakan aset berharga bagi sesebuah syarikat mahupun organisasi. Ini termasuklah pekerja dari kalangan warganegara dan juga bukan warganegara. Majikan yang baik adalah majikan yang sentiasa memastikan kebajikan dan kemaslahatan pekerja mereka terjamin.

Seperti yang KKM sering tekankan, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penularan penyakit berjangkit di kalangan pekerja misalnya isu tempat penginapan, kebersihan kendiri dan juga persekitaran di tempat tinggal serta tempat kerja. Memandangkan isu penularan COVID-19 di kalangan pekerja bukan warganegara adalah merupakan isu penting yang perlu ditangani, KKM menyeru pihak majikan untuk memainkan peranan lebih besar dalam sama-sama menanganinya.

Antara tindakan yang boleh diambil adalah:

  • Memberi pendidikan kepada para pekerja tentang amalan kebersihan kendiri, persekitaran di tempat kerja dan tempat tinggal, serta langkah pencegahan;
  • Menyediakan penginapan yang kondusif untuk memastikan penjarakan sosial (social distancing) yang selamat dapat diamalkan;
  • Memantau dan memastikan amalan pencegahan jangkitan dipraktikkan oleh pekerja di tempat kerja dan tempat penginapan mereka;
  • Menyaring pekerja bukan warganegara untuk COVID-19 (terutama dalam sektor pembinaan dan keselamatan) di semua Zon Merah seperti yang diarahkan Kerajaan. Selain itu, pekerja bukan warganegara dari Zon Kuning dan Zon Hijau pula digalakkan disaring dengan inisiatif majikan masing-masing.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Masyarakat dinasihatkan untuk terus mempraktikkan norma dan kebiasaan baharu sebagai satu amalan dan budaya dalam kehidupan seharian. Kerjasama daripada setiap individu boleh menjamin rantaian jangkitan COVID-19 diputuskan di negara kita dengan amalan berikut, misalnya:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-05-17 at 16.45.25

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan amalan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

3W-01

Orang ramai diseru agar sentiasa patuh kepada S.O.P:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

3 Jun 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 256
SELANGOR 2 1,928
NEGERI SEMBILAN 36 902
MELAKA 0 233
JOHOR 0 676
PAHANG 0 361
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 156
SABAH 0 348
SARAWAK 0 552
W.P. KUALA LUMPUR 55 2,099
W.P. PUTRAJAYA 0 97
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 93 (0) 7,970

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

3 June 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 61 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 6,531 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (81.9% of total cumulative cases).

CONFIRM CASE BY STATE baru 3 JUn-01

 

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

3 June 2020, 12 pm – A total of 93 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 7,970 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,324 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

All of the 93 additional cases reported today were local transmission, of which 91 cases are non-Malaysians; 55 cases are from the Bukit Jalil Immigration Detention Centre and 36 cases from the Pedas Cluster. Only two (2) cases involved Malaysians. No imported cases are reported today.

Currently, six (6) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, two (2) cases are on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are 115 COVID-19 deaths in Malaysia (1.44% of total cumulative cases).

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (1)

Current Status of the Bukit Jalil, Sepang, Semenyih and Putrajaya Immigration Detention Centres

MOH would like to inform the current status of the four Immigration Detention Centres’ clusters in Sepang, Bukit Jalil, Semenyih and Putrajaya, as follows:

No. of samples taken No. of positive cases No. of negative results Awaiting results Non-M’sians
Bukit Jalil 1,545 338 32 1,175 338
Semenyih 1,785 66 1,719 0 65
Sepang 1,477 60 1,417 0 60
Putrajaya 101 2 99 0 2
Total 4,908 466 3,267 1,175 465

The confirmed COVID-19 cases among the non-Malaysians in the Immigration Detention Centres are from the following nationalities:

  • 123 Indian nationals
  • 108 Bangladeshi nationals
  • 76 Indonesian nationals
  • 66 Myanmar nationals
  • 45 Pakistani nationals
  • 18 Chinese nationals
  • 7 Sri Lankan nationals
  • 5 Nepalese nationals
  • 4 Cambodian nationals
  • 3 Philippine nationals
  • 2 Egyptian nationals
  • 1 case each from Laos, Nigeria, Libya and Syria
  • 4 cases awaiting updated information.

Current Status of the Pedas Cluster

As of 3 June 2020, 12 pm, a total of 36 additional confirmed COVID-19 cases have been reported in this cluster, bringing the cumulative number to 256 confirmed COVID-19 cases.

The cases in this cluster consisted of 14 cases among Malaysians and 242 cases among non-Malaysians, as follows:

  • 136 Nepalese nationals
  • 55 Bangladeshi nationals
  • 26 Myanmar nationals
  • 21 Indonesian nationals
  • 3 Indian nationals
  • 1 Vietnamese national

The additional cases were detected from repeated screening of individuals within the quarantine period at the quarantine centre. They are still isolated in the quarantine center and therefore do not pose any risk of transmission to the community.

Actions by Employers To Assist in Controlling the Transmission of COVID-19 Infection

Workers are valuable assets to any company or organization. This includes both Malaysian and non-Malaysian workers. A good employer is an employer who always ensures the welfare and well-being of their workers.

As MOH has often emphasised, there are several factors that contribute to the spread of communicable diseases among workers, such as issues of living quarters, personal hygiene as well as the environmental hygiene at home and at work. As COVID-19 transmission among non-Malaysian workers is an important issue that needs to be addressed, MOH urges all employers to play a bigger role in addressing this.

Some of the actions that can be taken, include:

  • Educate workers on good personal hygiene practices, work and home environmental hygiene, and other preventive measures.
  • Provide conducive living quarters to ensure safe social distancing can be practiced.
  • Monitor and ensure that infection prevention measures are practiced by the workers at their workplaces and living quarters.
  • Screen non-Malaysian workers for COVID-19 (especially in the construction and safety sector) in all Red Zones, as directed by the Government. In addition, non-Malaysian workers from the Yellow and Green Zones are encouraged to be screened on the initiative of their respective employers.

Health Advisory on COVID-19

The public is advised to continue to adopt new norms and normal in daily life. The cooperation from each individual can ensure that the COVID-19 infection chain in our country can be broken, with the following actions:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations

WhatsApp Image 2020-05-16 at 15.16.20

  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

3W-01

In addition, the public is advised to continue to adhere to THiS:

  • T: Terms and SOPs set under the Conditional Movement Control Order (CMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the WHO. The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

3 June 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 3 June 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 96
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 256
Selangor 2 1,928
Negeri Sembilan 36 902
Melaka 0 233
Johor 0 676
Pahang 0 361
Terengganu 0 111
Kelantan 0 156
Sabah 0 348
Sarawak 0 552
WP Kuala Lumpur 55 2,099
WP Putrajaya 0 97
WP Labuan 0 16
Total 93 (0) 7,970

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case