Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 4 Jun 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 28 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,559 kes (79.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 4Jun-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 4 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 277 kes baharu yang telah dilaporkan. Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah hanya empat (4) kes. Kes penularan di kalangan bukan warganegara adalah 271 kes, manakala terdapat dua (2) kes import warganegara Malaysia yang mendapat jangkitan di luar negara.

Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 8,247 kes, dan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 1,573 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

270 kes di kalangan bukan warganegara adalah daripada Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, di mana ini merupakan sampel ulangan bagi Orang Kena Tahan (OKT) yang dikuarantin di depot tahanan ini. Mereka telah terdedah kepada kes positif sebelum ini. Manakala satu (1) kes bukan warganegara adalah saringan tapak pembinaan di Pudu.

Sehingga kini, sebanyak enam (6) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19

PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) ADALAH PASUKAN TINDAKAN UTAMA DALAM USAHA MEMBENDUNG DAN MENCEGAH COVID-19 DI MALAYSIA

Penularan wabak COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia kini telah mencapai satu angka dan setakat ini tiada peningkatan mendadak. Hospital-hospital KKM juga kini melihat pengurangan kes-kes COVID-19 yang memerlukan rawatan di wad COVID-19 biasa mahupun di Unit Rawatan Rapi (ICU). Ini adalah hasil tindakan Kesihatan Awam yang dijalankan secara agresif dan tertumpu di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dengan kerjasama pelbagai pihak. Kini pendekatan yang sama digunakan bagi terus mengawal penularan di kalangan kes warganegara dan bukan warganegara.

Sejak sebelum ini lagi, PKD telah memainkan peranan yang amat penting dalam pelaksanaan pelbagai tindakan mencegah dan membendung jangkitan yang dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan. Salah satu tindakan penting yang telah mula dilaksanakan sejak permulaan gelombang COVID-19 adalah aktiviti siasatan dan pengesanan secara aktif bagi kes COVID-19.

b

Siasatan dan pengesanan kes COVID-19 merangkumi:

  • Siasatan kes COVID-19 di lapangan termasuk kontak rapat mereka;
  • Pengesanan kes secara aktif atau Active Case Detection (ACD) dijalankan dari rumah ke rumah;
  • Aktiviti saringan secara bersasar (targeted mass screening);
  • Persampelan secara Pandu Lalu (drive through);
  • Aktiviti nyah kuman di rumah pesakit, lokasi di mana ACD telah dijalankan dan juga tempat-tempat yang dikenalpasti sebagai berisiko tinggi.

Peranan penyelarasan bagi semua aktiviti ini adalah dimainkan oleh Bilik Gerakan COVID-19 di setiap daerah dan negeri. Ini merupakan satu faktor utama yang telah menjayakan koordinasi pelbagai aktiviti yang berjalan serentak di seluruh negara.

a

Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah juga memastikan Klinik Kesihatan perlu terus bersiapsiaga untuk menjalankan saringan COVID-19 di kaunter yang telah dikenal pasti. Klinik Kesihatan tertentu di daerah masing-masing dipilih sebagai pusat pengambilan sampel dan juga sebagai Klinik Sentinel.

Aktiviti survelan kes COVID-19 pula dijalankan melalui aktiviti pengambilan sampel dengan kerjasama pelbagai pihak. Langkah ini memberi petunjuk kepada pihak kesihatan mengenai penduduk yang terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19. Menerusi aktiviti survelan juga, arahan pengasingan dan pembebasan, pemantauan kesihatan bagi kes-kes kuarantin di rumah dan di pusat kuarantin turut dikeluarkan. Ini adalah tertakluk kepada Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Kes-kes yang telah dikuarantin ini diuruskan oleh Pasukan Kesihatan yang bertugas di stesen-stesan kuarantin yang diwartakan. Ia merupakan satu operasi interagensi yang memantau kesihatan Person Under Surveillance (PUS) yang ditempatkan di sana.

c

Seperti makluman umum, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) merupakan satu tindakan Kerajaan yang membolehkan aktiviti kesihatan awam dijalankan. Terutamanya pengesanan kes baharu di sesebuah lokasi berisiko tinggi yang dikesan mempunyai penularan jangkitan COVID-19. Sepanjang tempoh PKPD tersebut, bancian penduduk dari rumah ke rumah oleh anggota pasukan kesihatan dan aktiviti persampelan oleh petugas-petugas Klinik Kesihatan bagi mengesan kes-kes berisiko dijalankan.

Aktiviti sebegini agak mencabar kerana anggota perlu memakai peralatan kelengkapan diri (PPE) berjam lamanya dalam keadaan cuaca panas dan berdepan dengan pelbagai cabaran lain.

Antara tugasan lain oleh pihak PKD termasuk:

  • menjalankan aktiviti promosi kesihatan dan sokongan psikososial bagi memastikan masyarakat setempat di kawasan PKPD menerima maklumat yang tepat dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan;
  • pengurusan jenazah bagi kes kematian COVID-19 melalui penyeliaan dan pengebumian mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP)

d

Walaupun jumlah kes hari ini, terutama di kalangan bukan warganegara telah mencatat satu angka yang agak tinggi, namun peningkatan kes ini adalah juga kesan daripada tindakan cemerlang oleh Pejabat Kesihatan Daerah di lapangan. Terima kasih diucapkan kepada semua petugas pelbagai agensi yang telah bekerjasama sebagai satu pasukan di lapangan dan di Bilik Gerakan bagi terus menangani wabak COVID-19.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Masyarakat dinasihatkan untuk terus mempraktikkan norma dan kebiasaan baharu sebagai satu amalan dan budaya dalam kehidupan seharian. Kerjasama daripada setiap individu boleh menjamin rantaian jangkitan COVID-19 diputuskan di negara kita dengan amalan berikut, misalnya:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-05-17 at 16.45.25

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan amalan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

3W-01

Orang ramai diseru agar sentiasa patuh kepada S.O.P:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

4 Jun 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 256
SELANGOR 2 (1) 1,930
NEGERI SEMBILAN 3 (1) 905
MELAKA 0 233
JOHOR 0 676
PAHANG 1 362
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 156
SABAH 0 348
SARAWAK 0 552
W.P. KUALA LUMPUR 271 2,370
W.P. PUTRAJAYA 0 97
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 277 (2) 8,247

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

4 June 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 28 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 6,559 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (79.5% of total cumulative cases).

CONFIRM CASE BY STATE baru 4JUn-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

4 June 2020, 12 pm – A total of 277 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. There are only four (4) locally transmitted cases among Malaysians. There are 271 cases among non-Malaysians, and only two (2) imported cases among Malaysians who were infected overseas.

Cumulatively there are now 8,247 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,573 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

A total of 270 cases among non-Malaysians are from the Bukit Jalil Immigration Detention Centre, and these are from repeated testing of detainees under quarantine in this detention centre. They were exposed to the positive cases detected earlier. The remaining one (1) case is a non-Malaysian detected from screening at a construction site in Pudu.

Currently, six (6) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, two (2) cases are on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are 115 COVID-19 deaths in Malaysia (1.39% of total cumulative cases).

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19

The District Health Office is the Key Action Team in the Control and Prevention of COVID-19 in Malaysia

The transmission of the COVID-19 infection among Malaysians has reached single digits and so far, there has been no sharp increase. MOH hospitals are also seeing a reduction in cases of COVID-19 requiring treatment in the normal COVID-19 wards and in the ICUs. This is the result of aggressive public health action carried out in the field by the District Health Offices (DHOs) in collaboration with various parties. The same approach is now being used to further control the transmission of cases among Malaysians and non-Malaysians.

The DHOs have always played a very important role in the implementation of various measures to prevent and control the infection, measures that are being implemented gradually and continuously. One of the key actions implemented since the beginning of the COVID-19 outbreak are the investigation and active case detection of COVID-19 cases.

COVID-19 investigation and case detection include:

  • Investigation of COVID-19 cases in the field, including their close contacts
  • Active Case Detection (ACD) carried out from house to house
  • Targeted mass screening
  • Drive-through sampling
  • Disinfection of the patients’ houses and locations where ACD is carried out, and other areas identified as high-risk

All these activities are coordinated by the COVID-19 Operational Room in each district and state. This is one of the key factors that enabled the coordination of various activities implemented simultaneously throughout the whole country.

In addition, the DHOs also ensured the continued preparedness of identified health clinics for COVID-19 screening. Selected health clinics in the respective districts served as the sampling centres as well as the Sentinel Clinics.

COVID-19 surveillance is conducted through sampling with the cooperation of various parties. Surveillance provides information on the risk of infection for the population. Through surveillance, the orders for isolation and release, health monitoring for cases quarantined at home and at quarantine centres are also issued. This is done under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988. The quarantined cases are managed by the Health Team assigned to the gazetted quarantine stations. This is an inter-agency operation that monitors the health status of Person Under Surveillance (PUS) placed here.

As previously mentioned, the Enhanced Movement Control Order (EMCO) is a Government action that enables public health activities to be carried out more effectively; especially the detection of new cases in a high-risk locality with COVID-19 infection. During the EMCO enforcement, population census is conducted from house to house by the health team, and sampling done by the health clinic personnel to detect new cases.

These activities are challenging as healthcare workers have to wear personal protective equipment (PPE) for an extended period of time in hot and humid weather, and face many other challenges.

Other duties of the DHOs include:

  • Conducting health promotion and psychosocial support to ensure that local communities in the EMCO area receive accurate information and practice preventive measures
  • Management of the remains of COVID-19 deaths through supervision of the burial according to the guideline, by the Assistant Environmental Health Officer

Although the number of additional cases reported today among non-Malaysians has risen to a high number, this increase is also a result of the excellent action by the DHOs in the field. Thank you to all of the various agencies that have worked together as a team in the field and in the Operational Room to manage the COVID-19 outbreak.

Health Advisory on COVID-19

The public is advised to continue to adopt new norms and normal in daily life. The cooperation from each individual can ensure that the COVID-19 infection chain in our country can be broken, with the following actions:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations

WhatsApp Image 2020-05-16 at 15.16.20

  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition, the public is advised to continue to adhere to THiS:

  • T: Terms and SOPs set under the Conditional Movement Control Order (CMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

4 June 2020 @ 5.00 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 4 June 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 96
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 256
Selangor 2 (1) 1,930
Negeri Sembilan 3 (1) 905
Melaka 0 233
Johor 0 676
Pahang 1 362
Terengganu 0 111
Kelantan 0 156
Sabah 0 348
Sarawak 0 552
WP Kuala Lumpur 271 2,370
WP Putrajaya 0 97
WP Labuan 0 16
Total 277 (2) 8,247

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case