Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 5 Jun 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 51 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,610 kes (80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 5Jun-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 5 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 19 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,266 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,540 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 19 kes baharu yang dilaporkan, 7 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 12 kes penularan di dalam negara, tiga (3) kes adalah bukan warganegara dan sembilan (9) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, sebanyak enam (6) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (1)

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 116 kes (1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-116 (kes ke-7733) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit barah buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 29 Mei 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 4 Jun 2020 jam 10.20 malam.

IMPAK POSITIF PENJARAKAN SOSIAL DALAM MENGURANGKAN PENYEBARAN BEBERAPA PENYAKIT BERJANGKIT

Sudah hampir tiga (3) bulan Negara kita telah menguatkuasakan kawalan pergerakan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1, 2, 3, 4 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak COVID-19. Sepanjang tempoh ini, Kerajaan telah menekankan pelbagai langkah pencegahan misalnya amalan penjarakan sosial yang selamat (iaitu sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain) dan mengelakkan berada dalam ruang yang sempit dan sesak.

WhatsApp Image 2020-05-17 at 16.45.25

Kaedah ini bertujuan untuk mengurangkan dan seterusnya memutuskan rantaian penularan COVID-19 di dalam masyarakat dengan meminimumkan kontak antara individu yang berpotensi dijangkiti dan individu yang sihat. Keberkesanan kaedah ini bukan sahaja terbukti menurunkan kes COVID-19, malah turut menyebabkan penurunan penyebaran penyakit berjangkit yang lain terutamanya penyakit berjangkit yang disebar melalui sentuhan.

Perbandingan analisa wabak daripada minggu epid pertama sehingga minggu epid ke-22 tahun 2019 dan 2020 mendapati terdapat penurunan kes yang ketara bagi beberapa penyakit berjangkit, misalnya:

  • penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) terdapat penurunan kes sebanyak 44.6 peratus;
  • demam campak (measles) terdapat penurunan kes sebanyak 58.3 peratus;
  • cacar air (chickenpox) terdapat penurunan kes sebanyak 44.4 peratus;

Penurunan kes-kes ini adalah merupakan satu implikasi positif hasil pelaksanaan PKP dan PKPB yang turut dibantu oleh amalan kebersihan kendiri yang tinggi. Namun demikian, dalam keadaan situasi wabak COVID-19 ini, dikhuatiri terdapat juga penurunan dalam kadar imunisasi bayi dan kanak-kanak. Ini mungkin kesan ibu bapa yang risau untuk membawa anak kecil keluar daripada rumah untuk ke klinik.

Susulan itu, KKM ingin mengingatkan tentang kepentingan imunisasi kanak-kanak bagi mencegah terjadinya kejadian wabak penyakit cegahan vaksin (vaccine preventable diseases). Perkhidmatan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak adalah masih diteruskan seperti biasa di Klinik Kesihatan. Oleh itu, ibubapa atau penjaga dinasihatkan untuk mematuhi jadual imunisasi dan tarikh temujanji yang telah ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Klinik Kesihatan yang berdekatan.

KKM juga ingin menyarankan orang ramai agar terus mengamalkan penjarakan sosial dan amalan kebersihan kendiri yang tinggi untuk memastikan kes-kes berjangkit ini terus berkurangan. Dengan pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi dan sosial secara terkawal, amalan ini sewajarnya dipraktikkan dengan lebih kerap dan diterapkan kepada semua kumpulan umur. Majlis Keselamatan Negara (MKN), KKM dan pelbagai agensi berkaitan telah membangunkan pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi tujuan ini.

Peralihan ke arah budaya hidup, kelaziman dan norma baharu ini adalah sesuatu yang positif demi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Pihak KKM menyeru kerjasama daripada setiap individu agar kita dapat sama-sama membendung wabak COVID-19 dan memastikan rantaian jangkitan COVID-19 diputuskan di Negara. Antara amalan-amalan yang disarankan adalah:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

3W-01

  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan amalan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain Prosedur Operasi Standard, sentiasa patuhi S.O.P iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

5 Jun 2020 @ 5.00 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 256
SELANGOR 9 (5) 1,939
NEGERI SEMBILAN 0 905
MELAKA 1 234
JOHOR 0 676
PAHANG 1 363
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 156
SABAH 3 351
SARAWAK 1 553
W.P. KUALA LUMPUR 4 (2) 2,374
W.P. PUTRAJAYA 0 97
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 19 (7) 8,266

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

5 June 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 51 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 6,610 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (80% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

5 June 2020, 12 pm – A total of 19 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,266 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,540 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 19 additional cases reported today, seven (7) are imported cases who were infected overseas. Of the 12 locally transmitted cases, three (3) cases are non-Malaysians and nine (9) cases are amongst Malaysians.

Currently, six (6) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, one (1) case is on ventilation support.

Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 116 COVID-19 deaths in Malaysia (1.4% of total cumulative cases):

  1. Death #116: Case 7,733 is a 61 year-old Malaysian man who has a history of diabetes, hypertension and kidney cancer. He was admitted into Enche’ Besar Hajjah Khalsom Hospital, Johor on 29 May 2020 and was pronounced dead on 4 June 2020, 10.20 pm.

The Positive Impact of Social Distancing in Lowering the Transmission of Other Infectious Diseases

For almost three months Malaysia had enforced movement restrictions, called the Movement Control Order (MCO) 1, 2, 3, 4 and the Conditional Movement Control Order (CMCO) in response to the COVID-19 pandemic. During this period, the Government has emphasised various preventive measures, such as the practice of safe social distancing (of at least 1 metre away from others) and to avoid confined and crowded spaces.

These measures aim to reduce and break the transmission of COVID-19 infection in the community by minimising physical contact between potentially infected individuals and healthy individuals. The effectiveness of these measures has not only proven to reduce COVID-19 cases but has also led to a decrease in the spread of other infectious diseases, particularly infections spread through direct contact.

Comparative analysis of disease outbreaks from the first epidemiologic week to the 22nd epidemiologic week of year 2019 and 2020 found a significant drop in cases of infectious diseases, for example:

  • Hand, foot and mouth disease (HFMD): a 44.6% decrease in cases
  • Measles: a 58.3% decrease in cases
  • Chicken pox: a 44.4% decrease in cases

The decline in these cases is a positive co-benefit consequence of the implementation of the MCO and CMCO, as well as contributed by good personal hygiene practices. However, in the context of the COVID-19 pandemic, there is concern of a decline in the immunisation rates of infants and children, due to concerns of parents of taking their children out of their houses to go to the clinics for the immunisation.

Therefore, MOH would like to remind parents on the importance of immunisation to prevent vaccine-preventable diseases. Immunisation services for infants and children are still ongoing as usual at all health clinics. As such, parents or guardians are advised to adhere to the immunisation schedule and the clinic appointment dates. For any queries, please contact the nearest health clinic.

MOH also encourages the public to continue practicing safe social distancing and maintain a high level of personal hygiene to ensure the number of infectious diseases continue to decline. With the gradual re-opening of various economic and social sectors in a controlled manner, these practices must be continued and inculcated in all age groups. The National Security Council, MOH and other related agencies have developed various Standard Operating Procedures (SOPs) for this purpose.

The shift towards a new culture of living, new norms and the new normal should be seen as a positive development, for the safety, health and well-being of the community.

Health Advisory on COVID-19

MOH urges the cooperation of every individual so that together we can prevent further COVID-19 outbreaks and ensure that the transmission of COVID-19 infection can be broken in the country. The recommended actions are:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, the public is advised to continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the CMCO
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

5 June 2020 @ 5.00 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 5 June 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 96
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 256
Selangor 9 (5) 1,939
Negeri Sembilan 0 905
Melaka 1 234
Johor 0 676
Pahang 1 363
Terengganu 0 111
Kelantan 0 156
Sabah 3 351
Sarawak 1 553
WP Kuala Lumpur 4 (2) 2,374
WP Putrajaya 0 97
WP Labuan 0 16
Total 19 (7) 8,266

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case