Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 6 Jun 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 25 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,635 kes (­­­­­79.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 6Jun [Recovered]-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 6 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 37 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,303 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,551 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 37 kes baharu yang dilaporkan, 8 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 29 kes penularan di dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan 10 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Sehingga kini, seramai lima (5) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 117 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-117 (kes ke-2296) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 79 tahun. Beliau merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 ke-1508. Beliau mempunyai gejala bermula pada 18 Mac 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Mac 2020 setelah disahkan positif COVID-19. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Jun 2020 jam 2.05 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

GRAPH CASE POSITIVE COVID-19-01

PENGGUNAAN ALAT PENUTUP HIDUNG DAN MULUT (FACE MASK)

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, KKM sangat menggalakkan pemakaian pelitup muka (face mask) atau penutup hidung dan mulut di kawasan umum, terutama sekali di kawasan yang sempit dan sesak.

Pada 5 Jun 2020, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memaklumkan mengenai penggunaan penutup hidung dan mulut. Pihak WHO menasihatkan agar individu yang bergejala dinasihat untuk elak daripada keluar rumah, kecuali untuk urusan-urusan yang penting dan bagi mendapatkan rawatan. Sekiranya mereka perlu keluar daripada rumah, mereka perlu menggunakan penutup hidung dan mulut.

Seterusnya, pihak WHO juga menasihatkan pemakaian penutup hidung dan mulut oleh:

  1. Anggota kesihatan di fasiliti kesihatan. KKM juga menasihatkan anggota kesihatan untuk turut memakai peralatan kelengkapan diri (PPE) yang bersesuaian apabila bertugas di fasiliti Kesihatan terutama apabila menjalankan prosedur;
  2. Warga emas di tempat yang mempunyai penularan jangkitan komuniti; dan
  3. Orang awam di tempat yang mempunyai penularan jangkitan komuniti.

Secara prinsip, pemakaian penutup hidung dan mulut perlu diutamakan bagi petugas kesihatan dan juga masyarakat umum yang bergejala. Ini adalah kerana penularan penyakit COVID-19 disebabkan oleh titisan cecair pernafasan (respiratory droplet) dalam kalangan komuniti. Orang awam pula digalakkan memakai penutup hidung apabila berada di kawasan yang sesak dan sempit. Ini memandangkan di tempat yang sesak, adalah sukar bagi individu untuk mengamalkan penjarakan sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Walau bagaimanapun, pihak WHO juga menekankan bahawa pemakaian penutup hidung dan mulut sahaja tidak mencukupi untuk membendung penularan jangkitan COVID-19. Diingatkan bahawa penjarakan sosial, amalan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta lain-lain langkah kesihatan awam patut diterapkan dalam kehidupan seharian. Ini merupakan amalan paling utama yang perlu dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dalam memerangi COVID-19.

Pihak WHO juga akan terus menjalankan kajian dan akan memberi maklumat terkini kepada semua dari semasa ke semasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Pihak KKM menyeru kerjasama daripada setiap individu agar kita dapat sama-sama membendung wabak COVID-19 dan memastikan rantaian jangkitan COVID-19 diputuskan di Negara. Antara amalan-amalan yang disarankan adalah:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-06 at 11.32.00

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat penutup hidung dan mulut (face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Sambutlah perayaan secara tertutup bersama ahli keluarga di rumah sahaja;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, sentiasa ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

6 Jun 2020 @ 5.00 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI) 

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 256
SELANGOR 14 (1) 1,953
NEGERI SEMBILAN 5 910
MELAKA 0 234
JOHOR 0 676
PAHANG 0 363
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 156
SABAH 0 351
SARAWAK 2 555
W.P. KUALA LUMPUR 15 (7) 2,389
W.P. PUTRAJAYA 0 97
W.P. LABUAN 1 17
JUMLAH KESELURUHAN 37 (8) 8,303

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

6 June 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 25 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 6,635 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (79.9% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

6 June 2020, 12 pm – A total of 37 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,303 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,551 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 37 additional cases reported today, eight (8) are imported cases who were infected overseas. Of the 29 locally transmitted cases, 19 cases are non-Malaysians and 10 cases are amongst Malaysians.

Currently, five (5) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and no cases are on ventilation support.

Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 117 COVID-19 deaths in Malaysia (1.41% of total cumulative cases):

  1. Death #117: Case 2,296 is a 79 year-old Malaysian woman. She was a close contact to a confirmed COVID-19 case (Case 1,508). She developed symptoms on 18 March 2020 and was admitted into Sungai Buloh Hospital on 26 March 2020. She was pronounced dead on 5 June 2020, 2.05 pm.

MOH conveys condolences to the family members.

The Use of Face Masks

As previously mentioned, MOH strongly encourages the use of face masks in public, especially in confined and crowded areas or spaces.

On 5 June 2020, the World Health Organization (WHO) announced an advisory on the use of face masks. WHO recommends that individuals with symptoms are advised to avoid going out, except for important matters and to seek treatment. If they need to get out of the house, they need to use face masks.

In addition, WHO also recommends the use of face masks by:

  1. Healthcare workers (HCWs) in healthcare facilities. MOH also advises HCWs to also use appropriate personal protective equipment (PPE) when working in healthcare facilities, especially when performing procedures;
  2. Older adults in areas where there are local community infection transmission; and
  3. The public in areas where there are local community infection transmission.

In principle, the use of face masks should be a priority for HCWs as well as the general public with symptoms. This is because COVID-19 infection spreads through respiratory droplets in the community. The public is encouraged to wear face masks when in confined and crowded areas. This is because in such areas, it is difficult for individuals to practice safe social distancing of at least 1 metre away from others.

However, WHO also emphasised that the use of face masks alone is not enough to prevent the spread of COVID-19 infection. Keep in mind that safe social distancing, the practice of regular hand washing with water and soap, and other public health measures should be applied in everyday life. These are the most important practices that the public must take in the fight against COVID-19.

WHO will also continue to conduct research and will update the public on the latest development from time to time.

Health Advisory on COVID-19

MOH urges the cooperation of every individual so that together we can prevent further COVID-19 outbreaks and ensure that the transmission of COVID-19 infection can be broken in the country. The recommended actions are:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, the public is advised to continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the CMCO
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

6 June 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 6 June 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 96
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 256
Selangor 14 (1) 1,953
Negeri Sembilan 5 910
Melaka 0 234
Johor 0 676
Pahang 0 363
Terengganu 0 111
Kelantan 0 156
Sabah 0 351
Sarawak 2 555
WP Kuala Lumpur 15 (7) 2,389
WP Putrajaya 0 97
WP Labuan 1 17
Total 37 (8) 8,303

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case