STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 143 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,311 kes (86.57 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 13 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 43 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,445 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,014 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 43 kes baharu yang dilaporkan, 5 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap. Daripada 38 kes penularan di dalam negara, 23 kes adalah bukan warganegara manakala 15 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.
Bagi kes jangkitan dalam negara (23 kes) di kalangan bukan warganegara adalah seperti berikut:
- Sebanyak 21 kes telah dikesan dalam kalangan penghuni Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil yang telah dipindahkan ke Akademi Imigresen Malaysia (AIM) di Port Dickson, Negeri Sembilan;
- Satu (1) kes saringan di Pasar Pemborong Sayur, oleh Pejabat Kesihatan Penampang, Sabah;
- Satu (1) kes saringan pekerja ladang warga asing di Temerloh, Pahang.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (15 kes) pula adalah seperti berikut:
- Satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu survelan kes Influenza Like Illness (ILI) di sebuah Klinik Kesihatan sentinel;
- Selangor – empat (4) kes:
- Dua (2) kes saringan di dua (2) buah pusat tahfiz;
- Dua (2) kes saringan pasukan barisan hadapan (bukan petugas kesihatan) di Sabak Bernam;
- Negeri Sembilan – lima (5) kes:
- Tiga (3) kes saringan pusat tahfiz di tiga (3) buah pusat tahfiz;
- Satu (1) kes saringan penjawat awam di Seremban yang bercadang untuk pulang ke Sabah;
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-7756) di Negeri Sembilan. Kontak berlaku semasa aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya pertama yang lalu;
- Sabah – satu (1) kes:
- Satu (1) kes kematian di dalam komuniti yang dibawa ke hospital (kes kematian ke-120 seperti yang akan diperincikan di bawah);
- Pahang – satu (1 kes):
- Satu (1) kes saringan dalam komuniti di Temerloh;
- Perak – satu (1) kes:
- Satu (1) kes saringan pusat tahfiz;
- Melaka – dua (2) kes:
- Satu (1) kes saringan pusat jagaan warga emas di Melaka Tengah;
- Satu (1) kes saringan pusat tahfiz.
Sehingga kini, sebanyak empat (4) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 120 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
- Kes kematian ke-120 (kes ke-8403) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 96 tahun. Beliau telah meninggal dunia pada 12 Jun 2020 di rumah beliau dan jenazah beliau dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Saringan ujian COVID-19 didapati positif. Punca jangkitan bagi kes ini masih dalam siasatan.
KKM mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.
SARINGAN COVID-19 DI KALANGAN PENGEMBARA PULANG KE MALAYSIA
Bagi pengembara pulang dari luar negara, saringan gejala dan pengambilan sampel bagi COVID-19 akan dijalankan di pintu masuk antarabangsa. Pengembara-pengembara ini akan diberikan beberapa arahan seperti berikut :
- Surat arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah;
- Pemakaian gelang tangan (wristband) selama tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah;
- Borang Home Assessment Tool;
- Memastikan pengembara memuat turun aplikasi MySejahtera.
Arahan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah ini adalah arahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) di mana sekiranya individu berkenaan didapati melanggar arahan, mereka boleh disabit dengan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta 342.
Gelang tangan (wristband) akan dipakaikan kepada pengembara ini sebelum mereka pulang ke rumah masing-masing. Gelang tangan ini perlu dipakai sepanjang tempoh pengawasan dan pemerhatian di rumah. Sekiranya gelang tangan tersebut ditanggalkan sebelum tamat pemerhatian tamat, individu tersebut akan dikenakan tindakan. Gelang ini akan ditanggalkan oleh pegawai yang diberi kuasa selepas tempoh pengawasan dan pemerhatian.
Pihak KKM juga ingin mengingatkan orang awam yang telah diletakkan di bawah arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah untuk sentiasa mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh KKM iaitu:
- Kekal berada di dalam rumah sepanjang tempoh yang ditetapkan
- Mengasingkan diri daripada ahli keluarga yang lain bagi mengelakkan ahli keluarga terdedah kepada risiko jangkitan COVID-19;
- Sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik seperti membasuh tangan dengan air atau sabun, atau menggunakan hand sanitizer;
- Pastikan anda tidak berkongsi peralatan peribadi dengan ahli keluarga yang lain.
Ahli keluarga bagi individu yang menjalankan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah ini juga memainkan peranan yang penting dengan sentiasa mengingatkan individu berkenaan mematuhi arahan yang telah ditetapkan. Tanggunggjawab individu dan ahli keluarga berkenaan adalah sangat penting kepada masyarakat bagi mengelakkan penularan COVID-19 ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Orang awam secara amnya juga sentiasa diingatkan untuk sentiasa mengamalkan nasihat kesihatan yang kerap kali diingatkan oleh KKM iaitu:
- Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elak bersalaman / bersentuhan;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Selain itu, sentiasa ingatlah kepada S.O.P, iaitu:
- S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
- O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 Jun 2020 @ 5.00 petang
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 13 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
PERLIS | 0 | 18 |
KEDAH | 0 | 96 |
PULAU PINANG | 0 | 121 |
PERAK | 1 | 257 |
SELANGOR | 7 (3) | 1,994 |
NEGERI SEMBILAN | 26 | 957 |
MELAKA | 2 | 252 |
JOHOR | 2 (2) | 680 |
PAHANG | 2 | 365 |
TERENGGANU | 0 | 111 |
KELANTAN | 0 | 156 |
SABAH | 2 | 358 |
SARAWAK | 0 | 556 |
W.P. KUALA LUMPUR | 1 | 2,410 |
W.P. PUTRAJAYA | 0 | 97 |
W.P. LABUAN | 0 | 17 |
JUMLAH KESELURUHAN | 43 (5) | 8,445 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
13 June 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 143 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 7,311 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (86.57% of total cumulative cases).
Current Situation of COVID-19 in Malaysia
13 June 2020, 12 pm – A total of 43 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,445 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,014 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.
Of the 43 additional cases reported today, five (5) are imported cases who were infected overseas; involving four (4) Malaysians and one (1) non-Malaysian permanent resident. Of the 38 local transmission cases, 23 cases are non-Malaysians, and 15 cases are among Malaysians.
For the 23 local transmission cases among non-Malaysians, the details are as follows:
- 21 cases: Detected among detainees of the Bukit Jalil Immigration Detention Centre who were transferred to the Malaysian Immigration Academy in Port Dickson, Negeri Sembilan.
- 1 case: Screening at the Vegetable Wholesaler Market, conducted by the Penampang District Health Office, Sabah.
- 1 case: Screening of non-Malaysian farm workers in Temerloh, Pahang.
The details of the COVID-19 local transmission case among Malaysians (15 cases) are as follows:
- Kuala Lumpur – 1 case: From the Influenza Like Illness (ILI) surveillance in a sentinel health clinic
- Selangor – 4 cases:
- 2 cases: Screening in two religious schools
- 2 cases: Screening of frontliners (non-health) in Sabak Bernam
- Negeri Sembilan – 5 cases:
- 3 cases: Screening in three religious schools
- 1 case: Screening of a civil servant in Seremban, who intended to return to Sabah
- 1 case: Screening of close contacts of a confirmed COVID-19 case (Case 7,756) in Negeri Sembilan
- Sabah – 1 case: Death in the community who was brought to the hospital (Death #120, reported below)
- Pahang – 1 case: Community-based screening in Temerloh
- Perak – 1 case: Screening in a religious school
- Melaka – 2 cases:
- 1 case: Screening in a senior care centre, Melaka Tengah
- 1 case: Screening of a religious school
Currently, four (4) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICUs), and no patient is on ventilation support.
Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 120 COVID-19 deaths in Malaysia (1.42% of total cumulative cases):
- Death #120: Case 8,403 is a 96 year-old Malaysian woman. She passed away at home on 12 June 2020, and the deceased was brought to Queen Elizabeth Hospital, Sabah. She was found positive for COVID-19 upon testing and the source of infection is under investigation.
MOH conveys condolences to the family members.
Screening of COVID-19 Among Travellers Returning to Malaysia
For travellers returning from overseas, screening for symptoms and sampling for COVID-19 will be conducted at the international ports of entry. These travellers will be advised on the following procedures:
- Issuance of the Home Surveillance and Monitoring Order
- Wristband wear during the period of surveillance and monitoring at home
- Use of the Home Assessment Tool form
- Downloading and installation of the MySejahtera app
The Home Surveillance and Monitoring Order is an order under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act [Act 342], whereby if the individual is found to be in violation of the Order, they may be subject to punishment under Section 24 of Act 342.
The wristband will be placed on all travellers before they return home. This wristband must be worn throughout the home surveillance and monitoring order period. If the wristband is removed before this time period, the individual will be subjected to legal action. The wristband will be removed by the authorised officer after the period of home surveillance and monitoring ends.
MOH would also like to remind the individuals placed under the Home Surveillance and Monitoring Order to always comply with all directives issued by MOH that includes:
- To remain at home for the full time period as specified
- To keep away (self-isolate) from other family members in the same household to avoid the risk of infecting the family members
- Always practice good personal hygiene such as hand washing with water or soap, or using hand sanitiser
- Do not share any personal items with other family members
The family members of individuals undergoing the Home Surveillance and Monitoring Order also play an important role by constantly reminding the individuals to always comply to all instructions. The responsibility of the individual and family members is very important to the community to prevent the spread of COVID-19.
Health Advisory on COVID-19
The general public is also reminded to always follow the health advisories repeatedly mentioned by the MOH, that includes:
- Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
- Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
- Avoid shaking hands or touching others
- Practice good coughing and sneezing etiquette
- Seek early treatment if symptomatic
- Stay at home and avoid from visiting others
- Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas
In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:
- T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
- Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
- S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.
Thank you.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
13 June 2020 @ 5.00 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 13 June 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases * | Cumulative |
Perlis | 0 | 18 |
Kedah | 0 | 96 |
Pulau Pinang | 0 | 121 |
Perak | 1 | 257 |
Selangor | 7 (3) | 1,994 |
Negeri Sembilan | 26 | 957 |
Melaka | 2 | 252 |
Johor | 2 (2) | 680 |
Pahang | 2 | 365 |
Terengganu | 0 | 111 |
Kelantan | 0 | 156 |
Sabah | 2 | 358 |
Sarawak | 0 | 556 |
WP Kuala Lumpur | 1 | 2,410 |
WP Putrajaya | 0 | 97 |
WP Labuan | 0 | 17 |
Total | 43 (5) | 8,445 |
*( ) refers to imported confirmed COVID-19 case
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.