Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 15 Jun 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 54 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,400 kes (87.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 15Jun [Recovered]-01 - Copy

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 15 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 41 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,494 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 973 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 41 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 38 kes penularan di dalam negara, 32 kes adalah bukan warganegara manakala enam (6) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Bagi kes jangkitan dalam negara (32 kes) di kalangan bukan warganegara adalah seperti berikut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu (1) kes saringan tempat kerja oleh majikan, iaitu sebuah syarikat mengendalikan pekerja pembersihan;
  • Negeri Sembilan – 31 kes:
    • 14 kes di Akademi Imigresen Malaysia, Port Dickson di mana kes-kes adalah merupakan Orang Kena Tahan (OKT) yang dipindahkan ke sana daripada Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil;
    • 15 kes Kluster Pedas;
    • Dua (2) kes Kluster Syarikat Pembersihan;

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (6 kes) pula adalah seperti berikut:

  • Selangor – dua (2) kes:
    • Satu (1) kes Acute Respiratory Infection (ARI) di sebuah pusat jagaan warga emas di Kuala Selangor yang telah dikesan di Hospital Tanjung Karang, Selangor;
    • Satu (1) kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8294);
  • Melaka: dua (2) kes:
    • Satu (1) kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (ke-7817);
    • Satu (1) kes saringan sekolah atau madrasah Tahfiz;
  • Negeri Sembilan: satu (1) kes saringan madrasah atau sekolah Tahfiz;
  • Sabah: Satu (1) kes kontak rapat kepada kes kematian ke-119 (iaitu kes ke-8403)

Sehingga kini, sebanyak empat (4) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER COVID-19 RUMAH PENJAGAAN WARGA EMAS DI KUALA SELANGOR

Kluster ini dikenalpasti apabila terdapat kes positif yang ketiga di kalangan penghuni di sebuah pusat penjagaan warga emas di Kuala Selangor. Sehingga kini terdapat tiga (3) kes positif bagi pusat penjagaan warga emas ini.

Dua (2) kes telah didapati positif COVID-19 pada 17 Mei 2020 hasil daripada saringan pusat penjagaan warga emas. Pada ketika ini, seramai 12 kakitangan dan 26 penghuni tersebut telah disaring. Keputusan kesemua kakitangan dan 24 penghuni yang lain adalah negatif.

Setelah hampir sebulan kemudian, kes ketiga ini pula didapati positif COVID-19 daripada saringan Severe Acute Respiratory IIlness (SARI) apabila dimasukkan ke wad Hospital Tanjung Karang pada 13 Jun 2020. Ini merupakan saringan kali kedua bagi beliau (negatif pada saringan kali pertama semasa saringan pusat penjagaan warga emas). Pengesanan kes secara aktif sedang dijalankan dan langkah-langkah pencegahan turut diambil termasuk nyah kuman dan nyah cemar.

FUNGSI APLIKASI MYSEJAHTERA TERUS DITAMBAH BAIK

Aplikasi MySejahtera telah dilancarkan pada 20 April 2020 oleh YB Menteri Kesihatan dan setelah lapan (8) minggu aplikasi ini beroperasi, seramai 3,692,287 orang telahpun mendaftar serta menggunakan aplikasi ini. Aplikasi ini mempunyai pelbagai ciri dan fungsi. Antara fungsi MySejahtera yang paling banyak digunakan oleh pengguna adalah:

  • hotspot tracker;
  • penilaian kendiri;
  • statistik terkini bagi COVID-19 di Malaysia, negara-negara ASEAN dan juga seluruh dunia;

WhatsApp Image 2020-06-15 at 18.47.03 (1)

MySejahtera Check-In adalah fungsi terbaharu yang diperkenalkan secara rintis pada 1 Jun 2020 dan telah digunakan secara meluas mulai 6 Jun 2020. Fungsi ini telah mendapat sambutan hangat, di mana dalam masa hanya 13 hari sebanyak 119,837 premis perniagaan telah mendaftar untuk QR code dan sebanyak 10,006,857 check-ins dicatat dari seluruh Negara.

Fungsi MySejahtera Check-In adalah berkonsepkan “Simple, Safe and Secure”:

  • Simple atau senang digunakan iaitu tiada lagi borang manual yang perlu disi. Pengguna aplikasi hanya perlu mengimbas QR Code melalui aplikasi ini dan terus masuk ke premis tersebut;
  • Safe atau selamat, di mana ia dapat mengurangkan risiko jangkitan melalui sentuhan permukaan kerana tidak perlu berkongsi alat tulis dan mengurangkan tempoh menunggu memasuki premis;
  • Secure di mana maklumat dan informasi daripada pengguna dilindungi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), dan hanya akan digunakan untuk pengesanan kontak jika diperlukan.

WhatsApp Image 2020-06-15 at 18.47.02
Ciri aplikasi MySejahtera yang paling popular di kalangan pengguna adalah hotspot tracker yang telah digunakan sebanyak 13.3 juta kali sejak pelancaran aplikasi ini.

Bagi yang belum memuat turun aplikasi MySejahtera, KKM mengalukan orang ramai berbuat demikian untuk menggunakan fungsi-fungsi penting aplikasi ini, misalnya:

  • Hotspot tracker boleh digunakan untuk merancang pergerakan yang boleh membantu pengguna mengelakkan kawasan Zon Merah;
  • Penilaian risiko kesihatan untuk tanggungan (misalnya ibubapa dan anak) boleh dilaksanakan dengan mudah;
  • Penilaian kendiri boleh dijalankan dari semasa ke semasa dan lain-lain lagi.

Aplikasi ini telah menjadi satu pencapaian yang boleh dibanggakan demi merealisasikan proses digitalisasi kesihatan di Malaysia.

WhatsApp Image 2020-06-15 at 18.47.03

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Orang awam secara amnya juga sentiasa diingatkan untuk sentiasa mengamalkan nasihat kesihatan yang kerap kali diingatkan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-06 at 11.32.00

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut - face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, sentiasa ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM ingin memaklumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir sidang akhbar KKM bersiaran secara langsung setiap hari. Mulai minggu ini, sidang akhbar hanya akan dibuat tiga (3) kali seminggu iaitu pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

15 Jun 2020 @ 5.00 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 257
SELANGOR 2 1,998
NEGERI SEMBILAN 32 989
MELAKA 2 255
JOHOR 3 (3) 683
PAHANG 0 365
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 156
SABAH 1 359
SARAWAK 0 557
W.P. KUALA LUMPUR 1 2,415
W.P. PUTRAJAYA 0 97
W.P. LABUAN 0 17
JUMLAH KESELURUHAN 41 (3) 8,494

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

WhatsApp Image 2020-06-15 at 18.47.02 (1)


PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

 

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

15 June 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 54 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 7,400 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (87.1% of total cumulative cases).

CONFIRM CASE BY STATE baru 15Jun-01 - Copy

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

15 June 2020, 12 pm – A total of 41 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,494 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 973 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 41 additional cases reported today, three (3) are imported cases who were infected overseas. Of the 38 local transmission cases, 32 cases are non-Malaysians and six (6) cases are among Malaysians.

Details for the local transmission cases among non-Malaysians (32 cases) are as follows:

  • Kuala Lumpur – 1 case: Screening of workers of a cleaning services company.
  • Negeri Sembilan – 31 cases:
    • 14 cases: In the Malaysian Immigration Academy, Port Dickson, among detainees who were transferred from the Bukit Jalil Immigration Detention Centre
    • 15 cases: Pedas Cluster
    • 2 cases: Cleaning Services Company Cluster

The details of the COVID-19 local transmission case among Malaysians (6 cases) are as follows:

  • Selangor – 2 cases:
    • 1 case: An Acute Respiratory Infection (ARI) case in a senior care centre in Kuala Selangor, detected in Tanjung Karang Hospital
    • 1 case: Close contact of a confirmed COVID-19 case (Case 8,294)
  • Melaka – 2 cases:
    • 1 case: Close contact of a confirmed COVID-19 case (Case 7,817)
    • 1 case: Screening in a religious school
  • Negeri Sembilan – 1 case: Screening in a religious school
  • Sawarak – 1 case: Close contact to a COVID-19 death (Death #119; Case 8,403)

Currently, four (4) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICUs), and no patient is on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 121 COVID-19 deaths in Malaysia (1.42% of total cumulative cases).

WhatsApp Image 2020-06-16 at 09.39.44

Senior Care Centre COVID-19 Cluster in Kuala Selangor

This Cluster was identified when the third confirmed COVID-19 case was diagnosed among the residents of a senior care centre in Kuala Selangor. To date there are three (3) confirmed COVID-19 cases at this centre.

Two (2) cases were detected on 17 May 2020 from screening of residents of senior care centres. At that time, a total of 12 staff and 26 residents were screened. All of the staff and 24 residents were found to be negative.

Almost a month later, the third case was diagnosed as positive for COVID-19 from the Severe Acute Respiratory IIlness (SARI) screening when the resident was admitted into Tanjung Karang Hospital on 13 June 2020. This was the second screening (first screening was negative during the screening at the care centre in May 2020). Active case detection is underway and preventive measures have been taken including cleaning and disinfection.

The Functionality of the MySejahtera App Continues to be Improved

The MySejahtera app was launched on 20 April 2020 by the Minister of Health and within eight weeks since it was launched, a total of 3,692,287 individuals have registered and used this app. This app has many features and functions. Some of the most commonly used MySejahtera functions are:

  • Hotspot tracker
  • Self-health assessment
  • The latest COVID-19 statistics in Malaysia, ASEAN countries and around the world

The MySejahtera Check-In is a new functionality introduced on a trial basis on 1 June 2020 and has been widely used since 6 June 2020. This function has been gaining momentum; in just 13 days, a total of 119,837 business premises have registered for the QR codes and as many as 10,006,857 check-ins have been recorded throughout the country.

The functionalities of MySejahtera Check-In follow the concept of “Simple, Safe and Secure”:

  • Simple or easy to use; no more filling up manual forms. Users simply need to scan the QR Code using this app and can access the premise straightaway.
  • Safe; minimises the risk of infection by reducing contact with high-touch surface, no more sharing of writing instruments and reduces the waiting time to enter the premises.
  • Secure; data and information from users are protected under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 [Act 342] and will only be used for contact tracing, if required.

The most popular MySejahtera app feature among users is the hotspot tracker that has been used 13.3 million times since the launch of the app.

For those who have not downloaded the MySejahtera app, MOH encourages the public to do so and to use the key functions of this app, for example:

  • Hotspot tracker – can be used to plan movements or journeys to enable users to avoid the Red Zones
  • Health risk assessment – can be done easily for dependents (parents and children)
  • Self-assessment – can be conducted from time to time

This app is an achievement that we can be proud of, in making digital health a reality in Malaysia.

Health Advisory on COVID-19

The general public is also reminded to always follow the health advisories repeatedly mentioned by the MOH, that includes:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH would like to announce that today is the last day of MOH’s press conference daily live broadcasts. Starting this week, the press conference will only be held three times a week, on Mondays, Wednesdays and Fridays. MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO).

Thank you.

 

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

15 June 2020 @ 5.00 pm

 

Appendix 1

 Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 15 June 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 96
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 257
Selangor 2 1,998
Negeri Sembilan 32 989
Melaka 2 255
Johor 3 (3) 683
Pahang 0 365
Terengganu 0 111
Kelantan 0 156
Sabah 1 359
Sarawak 0 557
WP Kuala Lumpur 1 2,415
WP Putrajaya 0 97
WP Labuan 0 17
Total 41 (3) 8,494

 

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case