Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 24 Jun 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 45 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,231 kes (95.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 24Jun-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 24 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,596 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 244 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada enam (6) kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan satu (1) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

Kesemua empat (4) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • Selangor - tiga (3) kes;
    • satu (1) kes saringan pusat tahfiz;
    • satu (1) kes daripada Kluster Kondominium Hulu Langat;
    • satu (1) kes daripada Kluster Bukit Bintang;
  • Sarawak: satu (1) kes daripada Kluster Tapak Pembinaan Kuching.

Ketiga-tiga kluster baharu ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, sebanyak dua (2) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

graf-NEW-White-Update-case-number-covid-19

KLUSTER BUKIT BINTANG

KKM telah mengenalpasti satu kluster baharu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sehingga 24 Jun 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 10 kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam kluster ini yang melibatkan sembilan (9) kes warganegara Bangladesh dan satu (1) kes warganegara Malaysia.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-8498) merupakan seorang lelaki bukan warganegara yang telah menjalani saringan COVID-19 untuk masuk kerja dan didapati positif pada 15 Jun 2020. Siasatan dan saringan COVID-19 ke atas semua kontak rapat telah dijalankan. Setakat ini seramai 274 orang telah disaring di mana 203 adalah bukan warganegara dan 71 adalah warganegara Malaysia. Hasil siasatan mendapati:

  • Sembilan (9) orang dikesan positif COVID-19; dan
  • 265 negatif COVID-19.

Lapan (8) daripada 10 kes positif kluster ini adalah rakan serumah kepada kes indeks.

Langkah pencegahan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di tempat kediaman mereka serta lokasi-lokasi lain yang berkaitan. Punca jangkitan kluster ini adalah masih dalam siasatan.

KLUSTER TAPAK PEMBINAAN KUCHING

Sebuah kluster tapak pembinaan baharu telah dikenalpasti di Kuching, Sarawak. Kluster ini mula dikesan apabila kes ketiga kluster ini (iaitu kes ke-8591) telah membuat saringan COVID-19 di sebuah klinik swasta dan didapati positif COVID-19. Beliau merupakan ketua penyelia kepada dua orang pekerja warga Indonesia yang telah dikesan positif COVID-19 pada 16 Jun 2020 hasil saringan di tempat kerja.

Susulan itu, siasatan dan saringan kontak rapat termasuk pekerja-pekerja tapak pembinaan tersebut serta ahli keluarga mereka telah dijalankan. Setakat ini seramai 426 kontak telah dikenalpasti di mana seramai 62 orang didapati negatif COVID-19 dan selebihnya (iaitu 364 kontak) masih menunggu keputusan. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

KLUSTER KONDOMINIUM HULU LANGAT

Kes indeks kluster ini (kes ke-8368) merupakan seorang pelajar pusat tahfiz yang dikesan positif saringan COVID-19 pada 8 Jun 2020. Aktiviti pengesanan kes secara aktif telah dijalankan dan dua (2) lagi kes positif dikesan di dalam kluster ini. Kes pertama merupakan bukan warganegara (kes ke-8518) dan merupakan bapa saudara angkat kepada kes indeks. Beliau tinggal di kediaman yang lain, namun terdapat aktiviti kunjung-mengunjung di antara mereka. Salah seorang rakan sekerja kepada kes ke-8518 turut dikesan positif COVID-19 (iaitu kes ke-8594).

Sehingga 24 Jun 2020, seramai 40 kontak rapat telah dikenal pasti dan disaring. Daripada jumlah keseluruhan ini, 26 orang adalah bukan warganegara dan 14 orang adalah warganegara Malaysia. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
  • 30 kes negatif COVID-19; dan
  • Tujuh (7) orang masih menunggu keputusan;

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin mengingatkan masyarakat bahawa bahaya jangkitan COVID-19 adalah masih wujud di dalam komuniti. KKM juga menyeru masyarakat agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 apabila melakukan aktiviti kunjung-mengunjung, terutama apabila melibatkan warga emas dan kanak-kanak.

Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-06 at 11.32.00

  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut - face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

24 Jun 2020 @ 5.00 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 24 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 258
SELANGOR 5 (2) 2,032
NEGERI SEMBILAN 0 1,015
MELAKA 0 256
JOHOR 0 688
PAHANG 0 365
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 156
SABAH 0 366
SARAWAK 1 570
W.P. KUALA LUMPUR 0 2,430
W.P. PUTRAJAYA 0 97
W.P. LABUAN 0 17
JUMLAH KESELURUHAN 6 (2) 8,596

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

24 June 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 45 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 8,231 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (95.8% of total cumulative cases).

NewMapping Bi 24Jun-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

24 June 2020, 12 pm – A total of six (6) additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,596 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 244 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the six (6) additional cases reported today, two (2) are imported cases who were infected overseas involving one (1) Malaysian and one (1) non-Malaysian permanent resident.

All four (4) local transmission cases are among Malaysians; the details are as follows:

  • Selangor – 3 cases:
    • 1 case: Screening at a religious school.
    • 1 case: From the Hulu Langat Condominium Cluster.
    • 1 case: From the Bukit Bintang Cluster.
  • Sarawak – 1 case: From the Kuching Construction Site Cluster.

All three new clusters will be described below.

Currently, two (2) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICUs), and no patient is on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 121 COVID-19 deaths in Malaysia (1.41% of total cumulative cases).

NEW-White-Update-case-number-covid-19

The Bukit Bintang Cluster

MOH has identified a new cluster in Bukit Bintang, Kuala Lumpur. As of 24 June 2020, 12 pm, a total of 10 confirmed COVID-19 cases have been reported in this cluster, involving nine (9) Bangladeshi nationals and one (1) Malaysian.

The index case for this cluster (Case 8,498) is a non-Malaysian who underwent COVID-19 screening for work and was found to be positive on 15 June 2020. Investigation and COVID-19 screening of all close contacts have been done. So far, 274 individuals have been screened, of which 203 are non-Malaysians and 71 are Malaysians. The investigation found:

  • Nine (9) confirmed COVID-19 cases
  • 265 individuals tested negative for COVID-19

Seven (7) of the 10 cases of this cluster were members of the same household as the index case.

Preventive measures such as cleaning and disinfection have been carried out at their living quarters and other related locations. The cause of infection for this cluster is still under investigation.

Kuching Construction Site Cluster

A new construction site cluster has been identified in Kuching, Sarawak. This cluster was first detected when the third case of this cluster (Case 8,591 case) underwent COVID-19 screening at a private clinic and was found to be COVID-19 positive. He was the supervisor of two Indonesian workers who had been found to be positive for COVID-19 on 16 June 2020 through workplace screening.

Following this, investigation and screening of close contacts including other construction workers and their family members were conducted. So far, a total of 426 contacts have been identified, of which 62 individuals tested negative for COVID-19, and the rest (364 individuals) are still awaiting results. The cause of the infection is still under investigation.

Hulu Langat Condominium Cluster

This index case for this cluster (Case 8,368) is a student of a religious school found positive for COVID-19 through screening on 8 June 2020. Active case detection was carried out, and two (2) more positive cases were detected in the cluster. The first case is a non-Malaysian (Case 8,518) and uncle to the index case. He lived in a different house, but there were some visiting activities between them. A work colleague of Case 8,518 was also found to be positive for COVID-19 (Case 8,594).

As of 24 June 2020, a total of 40 close contacts have been identified and screened. Of this, 26 are non-Malaysians and 14 are Malaysians. The investigation found:

  • 3 confirmed COVID-19 cases
  • 30 individuals tested negative for COVID-19
  • 7 individuals still awating results

Health Advisory on COVID-19

MOH would like to remind the public that COVID-19 still exists in the community. MOH urges the public to remain vigilant and take preventative measures against COVID-19 when visiting others, especially when it involves older adults and children.

The general public is reminded to always follow the health advisories repeatedly mentioned by the MOH, that includes:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations

WhatsApp Image 2020-06-06 at 11.32.00

  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

24 June 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 24 June 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 96
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 258
Selangor 5 (2) 2,032
Negeri Sembilan 0 1,015
Melaka 0 256
Johor 0 688
Pahang 0 365
Terengganu 0 111
Kelantan 0 156
Sabah 0 366
Sarawak 1 570
WP Kuala Lumpur 0 2,430
WP Putrajaya 0 97
WP Labuan 0 17
Total 6 (2) 8,596

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case