Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 25 Jun 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 40 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,271 kes (96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM -25 Jun-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 25 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat empat (4) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,600 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 208 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada empat (4) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia. Satu (1) kes penularan di dalam negara juga merupakan warganegara Malaysia, iaitu kes saringan Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dikesan pada hari ini.

WhatsApp Image 2020-06-25 at 4.40.25 PM

Sehingga kini, sebanyak dua (2) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

graf-NEW-White-Update-case-number-covid-19 (1)

KE ARAH KEHIDUPAN NORMAL DENGAN NORMAL BAHARU

Pada 16 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344), iaitu mulai berkuatkuasa pada 18 Mac 2020. Ketika itu jumlah kes positif COVID-19 telah mencecah 790 kes dengan dua (2) kematian pertama dicatatkan pada 17 Mac 2020.

Hari ini, 25 Jun 2020 adalah merupakan hari ke-100 sejak PKP dikuatkuasakan. PKP kemudiannya telah berlanjut sebanyak 4 fasa, diikuti dengan PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan.

PKP actions

Tindakan drastik tersebut diambil Kerajaan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai serta menutup pintu masuk antarabangsa untuk mengelakkan jangkitan dibawa masuk ke dalam negara ini. Ini diharap dapat memberi ruang kepada KKM untuk meningkatkan kapasiti kesihatan awam, makmal, klinik kesihatan dan hospital dan seterusnya meratakan lengkung (flatten the curve) graf kes COVID-19. Pada 18 Mac 2020, jumlah kapasiti ujian makmal harian bagi RT-PCR adalah hanya 6,210 ujian. Selain itu, jumlah katil di hospital dan fasiliti bersesuaian, katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan alat pernafasan khusus untuk COVID-19 adalah masing-masing 4,433 buah katil, 273 buah katil dan 626 buah mesin.

Dalam tempoh PKP, KKM juga telah meningkatkan pendekatan agresif di lapangan untuk terus mengesan, menguji, mengasingkan, merawat kes-kes COVID-19 di hospital. Kemuncak jumlah kes aktif bagi COVID-19 semasa fasa-fasa PKP adalah pada 5 April 2020 di mana terdapat 2,596 kes aktif, dengan jumlah keseluruhan kematian adalah 1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Pada penghujung fasa ke-empat PKP pada 12 Mei 2020, jumlah kapasiti ujian makmal harian bagi PCR meningkat kepada 27,233 ujian (kenaikan empat kali ganda), manakala jumlah katil di hospital, ICU dan alat pernafasan khusus untuk COVID-19 adalah masing-masing 8,794 buah katil (dua kali ganda), 438 katil (1.6 kali ganda) dan 1,097 buah mesin (1.75 kali ganda). Jumlah kes aktif adalah 2,596 kes dan peratus kematian adalah 1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Pada hari ini iaitu hari ke-100 sejak PKP dikuatkuasakan, negara telah mempunyai kebolehan menjalankan 36,812 ujian makmal RT-PCR (enam kali ganda berbanding sebelum PKP). KKM juga masih mempunyai 6,397 jumlah katil untuk COVID-19. Walaupun terdapat 442 katil ICU dikhususkan untuk pesakit COVID-19, kini ianya telah mula digunakan untuk pesakit-pesakit kes lain. Begitu juga dengan mesin-mesin ventilator memandangkan tiada kes COVID-19 yang menggunakan ventilator. Jumlah kes aktif kini telah menurun kepada hanya 208 kes dan peratus kematian turut menurun kepada 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Ini menandakan Malaysia berada dalam fasa pemulihan.

Kejayaan meratakan lengkung graf kes COVID-19 dan juga mengurangkan penularan kes COVID-19 di dalam komuniti adalah hasil tindakan bersama semua pihak, termasuk komuniti dan masyarakat. Kini, bagi memastikan negara pulih sepenuhnya dan berjaya menjalani fasa PKP Pemulihan ini, masyarakat perlu memainkan peranan yang lebih besar iaitu dengan mematuhi sepenuhnya segala nasihat yang diberi dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Malaysia harus bersedia ke arah kehidupan normal dengan normal yang baharu.

WhatsApp Image 2020-06-25 at 4.40.25 PM (1)

PEMANTAUAN PEMATUHAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) DI BAWAH AKTA 342

Seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) pada 5 Mei 2020, Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan Task Force Operasi Pematuhan. Pasukan ini melibatkan 14 buah agensi bagi pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara. Antara agensi yang terlibat dalam pasukan ini adalah seperti berikut:

  1. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  2. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  3. Angkatan Pertahanan Awam (APM)
  4. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
  5. Jabatan Tenaga Kerja
  6. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  7. Jabatan Kerja Raya (JKR)
  8. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  9. Jabatan Imigresen Malaysia
  10. Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi
    1. Industri BioBahan Api Malaysia
    2. Lembaga Minyak Sawit Malaysia
    3. Lembaga Getah Malaysia
    4. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
  11. Kementerian Pendidikan Malaysia
  12. Pengarah Hospital
  13. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
  14. Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak

Semua agensi dalam pasukan ini diberi kuasa untuk menyampaikan nasihat, amaran dan sekiranya perlu boleh mengambil tindakan ke atas individu, syarikat atau industri yang didapati gagal mematuhi SOP. Ini adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Di bawah akta ini, mereka yang didapati gagal mematuhi SOP boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Akta ini digunapakai dalam pelbagai aspek pencegahan dan pengawalan wabak COVID-19 di Malaysia. Salah satunya adalah dalam pengurusan individu di bawah pengawasan (survelan). Pengawasan pergerakan ini dikenakan ke atas:

  • Individu dengan gejala jangkitan saluran pernafasan yang mempunyai sejarah melawat atau menetap di negara yang terbabit, namun tidak dimasukkan ke wad; dan
  • Individu yang merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19.

Individu dalam golongan ini akan menjalani Home Surveillance Order (HSO) selama 14 hari berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh KKM. Mereka yang gagal mematuhi perintah pengawasan ini boleh dikenakan tindakan.

ISU KESESAKAN AKTIVITI REKREASI DI BUKIT BROGA, SEMENYIH

Mutakhir ini, terdapat pelaporan di media massa dan media sosial terhadap tahap pematuhan kepada SOP di kalangan individu, syarikat dan industri yang mungkin semakin menurun. Terdapat premis kedai dan syarikat yang tidak beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Misalnya, baru-baru ini terdapat penularan isu terlalu ramai pengunjung di Bukit Broga, Selangor. Sehubungan itu, KKM mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian Bukit Broga di bawah Seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuatkuasa mulai 27 Jun 2020 (Sabtu) sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

SOP dan normal baharu yang sering ditekankan Kerajaan sememangnya bertindak sebagai sistem pertahanan Negara kita terhadap penularan wabak COVID-19.

Justeru, KKM menyeru orang ramai supaya tidak alpa dan mengambil mudah dengan pematuhan kepada SOP dan normal baharu. KKM berharap segala usaha kita selama ini untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 diteruskan oleh semua peringkat dan lapisan masyarakat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM mengingatkan masyarakat bahawa bahaya jangkitan COVID-19 adalah masih wujud di dalam komuniti. Oleh itu, KKM menyeru masyarakat agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 pada setiap masa. Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-06 at 11.32.00

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut - face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

25 Jun 2020 @ 5.00 petang

  

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 258
SELANGOR 2 (2) 2,034
NEGERI SEMBILAN 0 1,015
MELAKA 0 256
JOHOR 1 689
PAHANG 0 365
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 1 (1) 157
SABAH 0 366
SARAWAK 0 570
W.P. KUALA LUMPUR 0 2,430
W.P. PUTRAJAYA 0 97
W.P. LABUAN 0 17
JUMLAH KESELURUHAN 4 (3) 8,600

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

25 June 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 40 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 8,271 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (96.2% of total cumulative cases).

NEW-White-Update-case-number-covid-19 (1)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

25 June 2020, 12 pm – A total of four (4) additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,600 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 208 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the four (4) additional cases reported today, three (3) are imported cases who were infected overseas, all involving Malaysians. One (1) local transmission case is also a Malaysian; from a Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening in Enche’ Besar Hajjah Khalsom Hospital, Johor. No local transmission cases among non-Malaysians were detected today.

Currently, two (2) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICUs), and no patient is on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 121 COVID-19 deaths in Malaysia (1.41% of total cumulative cases).

NewMapping Bi 25 Jun-01

Transitioning to a New Normal with New Norms

On 16 March 2020, the Prime Minister announced the enforcement of the Movement Control Order (MCO) under the provisions of the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 [Act 342] and the Police Act 1967 [Act 344], which comes into force on 18 March 2020. At that point in time, the total number of confirmed COVID-19 cases had reached 790 cases with the first two (2) deaths reported on 17 March 2020.

Today, 25 June 2020, is the 100th day since the enforcement of the MCO. The MCO was then extended into 4 phases, followed by the Conditional MCO (CMCO) and Recovery MCO (RMCO).

The drastic action taken by the Government to curb the spread of the COVID-19 outbreak was by restricting movement and closing international borders to prevent importation of the infection into the country. It was hoped that these measures would provide MOH with the opportunity to increase capacity of the public health response, laboratories, health clinics and hospitals, and therefore flatten the COVID-19 epidemiological curve. On 18 March 2020, the total daily laboratory test capacity for RT-PCR was just 6,210 tests. In addition, the number of beds in the hospitals and appropriate facilities, ICU beds and ventilators for COVID-19 were only 4,433 beds, 273 beds and 626 machines respectively.

PKP actions

During the MCO period, MOH adopted an aggressive approach in the community to continuously detect, test, isolate and treat COVID-19 cases in hospitals. The highest number of active cases for COVID-19 during all four MCO phases was on 5 April 2020, with 2,596 active cases and with an overall death rate of 1.67% of cumulative cases.

By the end of Phase 4 of the MCO on 12 May 2020, the total daily laboratory test capacity for PCR had increased to 27,233 tests (four-fold increase), while the total number of beds in hospitals, ICUs and ventilators for COVID-19 were 8,794 beds (two-fold increase), 438 beds (1.6 fold increase) and 1,097 units (1.75 fold increase) respectively. The total number of active cases then was 2,596 cases, with 1.62% deaths out of the cumulative cases.

As of today, the 100th day since the enforcement of the MCO, the country can now conduct 36,812 RT-PCR laboratory tests (six times more than before the MCO). MOH also has 6,397 beds for COVID-19. Although there are 442 ICU beds dedicated for COVID-19 patients, these are now being used for other cases. The same applies to ventilators. The number of active cases has now dropped to just 208 cases, and death rates have dropped to 1.4% out of the cumulative cases. This indicates that Malaysia is in the recovery phase.

The success in flattening the curve of COVID-19 and reducing the transmission of COVID-19 infection in the community is the result of the actions taken by all parties, including the community and the public. Now, in order to ensure that the country fully recovers and successfully complete the RMCO phase, the public must play a bigger role by fully complying to all advisories and Standard Operating Procedures (SOPs).

Malaysia must be ready to transition to a new normal with new norms.

Monitoring Compliance to the Standard Operating Procedures (SOPs) under Act 342

As announced by the Senior Minister (Security Cluster) on 5 May 2020, the Government has set up a Compliance Operations Task Force. This Task Force comprises of 14 agencies for monitoring and enforcing compliance with the SOPs of the MCO throughout the country. Some of the agencies involved are:

  1. Royal Malaysian Police (PDRM)
  2. Malaysian Armed Forces (ATM)
  3. Civil Defence Forces (APM)
  4. Malaysian Maritime Enforcement Agency (APMM)
  5. Department of Labour
  6. Department of Occupational Safety and Health
  7. Public Works Department (JKR)
  8. Ministry of International Trade and Industry
  9. Immigration Department of Malaysia
  10. Ministry of Plantation Industries and Commodities
  11. Malaysian Bio-Fuel Industry
  12. Malaysian Palm Oil Board
  13. Malaysian Rubber Board
  14. Malaysian Timber Industry Board
  15. Ministry of Education Malaysia
  16. Hospital Directors
  17. Construction Industry Development Authority of Malaysia (CIDB)
  18. Public Works Department (JKR) Sarawak

All agencies in this Task Force are authorised to provide advisories, warnings and, if necessary, take action against individuals, companies or industries found not to comply with the SOPs. This is subject to the provisions of the Infectious Diseases Prevention and Control Act 1988 [Act 342]. Under this Act, those found not complying with the SOPs can be fined up to RM1,000 or imprisoned for up to six months, or both.

This Act applies to various aspects of the prevention and control of the COVID-19 outbreak in Malaysia. One aspect is the management of individuals under surveillance. Monitoring of movements applies to:

  • Individuals with symptoms of respiratory tract infection who have a history of visiting or residing in affected countries, but not admitted into the hospital; and
  • Individuals who are close contacts of confirmed COVID-19 cases.

These individuals will undergo a 14-day Home Surveillance Order (HSO) following the guidelines set by the MOH. Individuals who fail to comply with this Order may be subject to legal action.

Congestion during Recreational Activities at Bukit Broga, Semenyih

Recently there were reports in mass media and social media on the decline in the level of compliance to SOPs among individuals, companies and industries. There are now shops and company premises that are operating but not complying with the set SOPs.

For example, there were recent viral news of high numbers of visitors to Bukit Broga in Selangor. Therefore, MOH has issued an Order to close the Bukit Broga climbing track under Section 18 of the Infectious Diseases Prevention and Control Act 1988 [Act 342] effective 27 June 2020 (Saturday) until a date that will be determined later.

The SOPs and new normal that the Government has always emphasised serve as our National Defence System against the transmission of the COVID-19 infection.

MOH therefore urges the public not to take lightly and disregard the SOPs and the new norms. MOH hopes that all our efforts thus far to break the COVID-19 infection transmission chain will be continued at all levels of society.

Health Advisory on COVID-19

MOH would like to remind the public that COVID-19 still exists in the community. MOH urges the public to remain vigilant and take preventative measures against COVID-19 infection at all times. The public is reminded to always follow all MOH health advisories, that includes:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations

WhatsApp Image 2020-06-06 at 11.32.00

  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

25 June 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 25 June 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 96
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 258
Selangor 2 (2) 2,034
Negeri Sembilan 0 1,015
Melaka 0 256
Johor 1 689
Pahang 0 365
Terengganu 0 111
Kelantan 1 (1) 157
Sabah 0 366
Sarawak 0 570
WP Kuala Lumpur 0 2,430
WP Putrajaya 0 97
WP Labuan 0 17
Total 4 (3) 8,600

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case