STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 23 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,294 kes (96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 26 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,606 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah kurang daripada 200 kes, iaitu 191 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada enam (6) kes baharu yang dilaporkan, lima (5) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja. Satu (1) kes penularan di dalam negara pula adalah warganegara Malaysia, iaitu kes saringan tempat kerja di Kuala Lumpur. Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini.
Sehingga kini, sebanyak dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
KES AKTIF COVID-19 KINI ADALAH KURANG DARIPADA 200 KES
Hari ini genap 17 hari sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuasakan bermula 10 Jun 2020. Sukacita KKM ingin memaklumkan bahawa kes baharu COVID-19 harian telah mencapai satu angka selama empat hari berturut-turut mulai 23 Jun 2020. Malahan, kes harian penularan di dalam negara di kalangan warganegara Malaysia adalah kurang daripada lima (5) kes bagi enam (6) hari berturut-turut.
Jika dibandingkan, kadar penyembuhan kes COVID-19 di Malaysia (iaitu 96.4 peratus) adalah di antara yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN. Selain itu, kadar kematian COVID-19 di Malaysia juga merupakan di antara yang paling rendah di seluruh dunia (iaitu 1.41 peratus). Tiada kes kematian COVID-19 dilaporkan sejak 12 hari yang lalu. Justeru, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 semakin menurun setiap hari. Untuk pertama kalinya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kes aktif adalah kurang daripada 200 pada hari ini.
Pendekatan Kerajaan dalam implementasi PKPP adalah sebagai sebahagian daripada tindakan pemulihan (soft landing), iaitu untuk menyediakan Negara bagi strategi keluar (exit strategy). Jika dilihat statistik seperti di atas, ianya sememangnya memberangsangkan dan memberi keyakinan untuk lebih banyak pembukaan semula pelbagai sektor bagi mempertingkatkan ekonomi Negara secara tersusun. Pematuhan individu, syarikat dan komuniti kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan telah turut menyumbang kepada pencapaian ini. SOP ini disediakan dengan rundingan bersama pelbagai pemegang taruh, agar ianya seimbang iaitu dengan mengambil kira faktor keselamatan rakyat, nyawa dan juga mata pencarian.
Pihak KKM ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia di atas kerjasama dengan pihak Kerajaan bagi pencapaian ini, dalam usaha kita sama-sama membendung penularan jangkitan COVID-19. Namun demikian, suka diingatkan bahawa peperangan menghadapi virus COVID-19 masih belum tamat. Masyarakat disarankan agar kekal berwaspada dan terus patuh kepada SOP serta saranan yang ditetapkan agar kita dapat sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus konsisten mengamalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:
- Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elak bersalaman / bersentuhan;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:
- S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
26 Jun 2020 @ 5.00 petang
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 26 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
PERLIS | 0 | 18 |
KEDAH | 1 (1) | 97 |
PULAU PINANG | 0 | 121 |
PERAK | 0 | 258 |
SELANGOR | 2 (2) | 2,036 |
NEGERI SEMBILAN | 0 | 1,015 |
MELAKA | 0 | 256 |
JOHOR | 2 (2) | 691 |
PAHANG | 0 | 365 |
TERENGGANU | 0 | 111 |
KELANTAN | 0 | 157 |
SABAH | 0 | 366 |
SARAWAK | 0 | 570 |
W.P. KUALA LUMPUR | 1 | 2,431 |
W.P. PUTRAJAYA | 0 | 97 |
W.P. LABUAN | 0 | 17 |
JUMLAH KESELURUHAN | 6 (5) | 8,606 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
26 June 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 23 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 8,294 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (96.4% of total cumulative cases).
Current Situation of COVID-19 in Malaysia
26 June 2020, 12 pm – A total of six (6) additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,606 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 191 active and infective COVID-19 cases, less than 200 cases. They have all been isolated and given treatment.
Of the six (6) additional cases reported today, five (5) are imported cases who were infected overseas, involving four (4) Malaysians and one (1) non-Malaysian (with approval to enter Malaysia for work-related matters). The one (1) local transmission case is a Malaysian; from a workplace screening in Kuala Lumpur. No local transmission cases among non-Malaysians are reported today.
Currently, two (2) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICUs), and no patient is on ventilation support.
Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 121 COVID-19 deaths in Malaysia (1.41% of total cumulative cases).
The Number of Active COVID-19 Cases are Less Than 200 Cases
Today is day 17 of the Recovery Movement Control Order (RMCO) that was enforced since 10 June 2020. MOH would like to inform that the additional COVID-19 cases reported daily have been single digits for four consecutive days since 23 June 2020. In addition, the number of local transmission cases among Malaysians were less than 5 cases for six consecutive days.
By comparison, the recovery rate of COVID-19 cases in Malaysia (96.4%) is among the highest within ASEAN countries. In addition, the COVID-19 mortality rate in Malaysia is also among the lowest in the world (1.41%). No COVID-19 deaths have been reported in the past 12 days. The number of active and infective COVID-19 cases have been steadily decreasing daily. For the first time since the Movement Control Order (MCO) came into force, there are now less than 200 active cases today.
The Government’s approach in implementing the RMCO is part of the soft-landing approach, that is to prepare the country for the exit strategy. From the above statistics, the current situation appears encouraging and optimistic for further re-opening of various sectors to improve the economy of the country. The compliance of individuals, companies and communities to the Standard Operating Procedures (SOPs) have contributed to this achievement. The SOPs were developed in consultation with various stakeholders, taking a balanced approach and taking into account various factors, including personal safety, lives and livelihoods.
MOH would like to congratulate all Malaysians for their cooperation with the Government for this achievement, in the joint efforts to control the transmission of COVID-19 infection. However, it is worth noting that the battle against the COVID-19 virus is far from over. The public is encouraged to remain vigilant and to comply with the SOPs and advisories so that we can jointly break the COVID-19 infection transmission chain in Malaysia.
Health Advisory on COVID-19
MOH would like to remind the public to continue to practice all of the health advisories issued by MOH, that includes:
- Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
- Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
- Avoid shaking hands or touching others
- Practice good coughing and sneezing etiquette
- Seek early treatment if symptomatic
- Stay at home and avoid from visiting others
- Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas
In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:
- T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
- Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
- S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.
Thank you.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
26 June 2020 @ 5.00 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 26 June 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases * | Cumulative |
Perlis | 0 | 18 |
Kedah | 1 (1) | 97 |
Pulau Pinang | 0 | 121 |
Perak | 0 | 258 |
Selangor | 2 (2) | 2,036 |
Negeri Sembilan | 0 | 1,015 |
Melaka | 0 | 256 |
Johor | 2 (2) | 691 |
Pahang | 0 | 365 |
Terengganu | 0 | 111 |
Kelantan | 0 | 157 |
Sabah | 0 | 366 |
Sarawak | 0 | 570 |
WP Kuala Lumpur | 1 | 2,431 |
WP Putrajaya | 0 | 97 |
WP Labuan | 0 | 17 |
Total | 6 (5) | 8,606 |
*( ) refers to imported confirmed COVID-19 case
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.