Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 29 Jun 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,334 kes (96.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 29Jun-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 29 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tiga (3) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,637 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 182 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada tiga (3) kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan warganegara Malaysia. Kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia:

  • Selangor: satu (1) kes saringan pra prosedur bagi rawatan penyakit barah darah;
  • Sabah: satu (1) kes saringan tempat kerja (iaitu sebuah pasar) di Sandakan.

Sehingga kini, sebanyak empat (4) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

GRAF-NEW-White-Update-case-number-covid-19-01 (1)

HUKUMAN BOLEH DIKENAKAN KE ATAS INDIVIDU YANG MELANGGAR PERINTAH PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN DI RUMAH BAGI COVID-19

Seperti yang KKM pernah maklumkan sebelum ini, Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah atau Home Surveillance Order (HSO) telah mula dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sejak 10 Jun 2020. Ini selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Bilangan Person Under Surveillance (PUS) yang didiscaj dari pusat kuarantin pada 10 Jun 2020 dan kemudiannya diletakkan di bawah HSO adalah seramai 5,909 orang, iaitu bagi melengkapkan tempoh kuarantin 14 hari. Namun demikian, daripada jumlah ini hanya 4,437 orang yang telah direkod menjalani ujian COVID-19 di Klinik Kesihatan / klinik swasta pada hari ke-13. Daripada jumlah tersebut, tiga (3) kes telah dikesan positif COVID-19. Seramai 1,472 orang masih perlu menjalani ujian COVID-19 hari ke-13.

hso

Ingin dimaklumkan bahawa semua individu yang pulang dari luar negara (iaitu termasuk rakyat Malaysia, pemastautin tetap dan mereka yang dibenarkan masuk atas urusan kerja) wajib menjalani kuarantin di tempat kediaman masing-masing selama 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Perintah Pengawasan & Pemerhatian Di Rumah Kediaman (Annex 14b).

Individu di bawah perintah ini juga dikehendaki mengikut beberapa langkah seperti yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.5/2020 (Annex 10a dan 10b: Home Assessment Tool). Antara syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Memakai pelitup separuh muka (facemask) sepanjang perjalanan dari Pintu Masuk Antarabangsa ke rumah.
  • Jika bergejala, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
  • Gelang perintah pengawasan hendaklah dipakai sepanjang masa perintah pengawasan dan pemerhatian.
  • Menjalani ujian COVID-19 pada hari ke-13 di Klinik Kesihatan / klinik swasta yang diiktiraf oleh KKM dan mendapatkan salinan keputusan ujian tersebut.
  • Hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat dengan laporan ujian COVID-19 untuk mendapatkan pelepasan daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, serta untuk menanggalkan gelang perintah pengawasan pada hari ke-14 oleh PKD.

Kerajaan memandang berat kepatuhan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ini. Ingin dimaklumkan bahawa kegagalan mematuhi perintah ini dan syarat-syarat yang terkandung di dalamnya adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 22, Akta 342. Sekiranya disabitkan dengan kesalahan ini, individu yang terbabit boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24, Akta 342.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bersama agensi lain yang terlibat telah diberi kuasa untuk mencari dan mengambil tindakan ke atas individu yang didapati melanggar syarat di bawah perintah ini. Mereka boleh dikenakan denda atau dipenjarakan atau kedua-duanya.

Justeru, pihak KKM menyeru pengembara yang pulang ke Malaysia supaya terus memberi kerjasama kepada pihak KKM dan patuh kepada syarat di bawah perintah ini. Ahli keluarga kepada individu yang diletak di bawah HSO juga perlulah memainkan peranan dengan menasihati dan memastikan mereka akur serta tidak melanggar arahan sehingga boleh mengakibatkan mereka dikenakan hukuman. Kerjasama semua pihak adalah diharapkan agar kita dapat sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut - facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

29 Jun 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 97
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 258
SELANGOR 2 (1) 2,046
NEGERI SEMBILAN 0 1,025
MELAKA 0 256
JOHOR 0 691
PAHANG 0 365
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 157
SABAH 1 371
SARAWAK 0 571
W.P. KUALA LUMPUR 0 2,436
W.P. PUTRAJAYA 0 97
W.P. LABUAN 0 17
JUMLAH KESELURUHAN 3 (1) 8,637

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

29 June 2020

 

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 16 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 8,334 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (96.5% of total cumulative cases).

NewMapping Bi 29Jun-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

29 June 2020, 12 pm – A total of three (3) additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,637 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 182 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the three (3) additional cases reported today, one (1) is an imported case who is a Malaysian. The two (2) local transmission cases are among Malaysians, details as follows:

  • Selangor – 1 case: Screening prior to treatment for blood cancer.
  • Sabah – 1 case: Screening at a workplace (wet market) in Sandakan.

Currently, four (4) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICUs), and one (1) patient is on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 121 COVID-19 deaths in Malaysia (1.40% of total cumulative cases).

NEW-White-Update-case-number-covid-19 (5)

Action Can be Taken Against Individuals Not Complying to the Home Monitoring and Surveillance Order for COVID-19

As previously informed by the MOH, the Home Monitoring and Surveillance Order (HSO) has come into force under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 [Act 342] since 10 June 2020. This was in accordance with the Recovery Movement Control Order (RMCO).

The number of Persons Under Surveillance (PUS) that have been discharged from quarantine centres on 10 June 2020 and subsequently placed under the HSO were 5,909 individuals, to complete the 14-day quarantine period. However, out of these, only 4,437 individuals were recorded to have undergone COVID-19 testing at health clinics or private clinics on day 13 of the quarantine. Of those tested, three (3) confirmed COVID-19 cases were detected. Therefore, a total of 1,472 individuals are still required to undergo COVID-19 testing on day 13.

MOH would like inform that all individuals returning from overseas (including Malaysians, permanent residents and those who are allowed to enter for work) are required to undergo compulsory home quarantine at their respective residence for 14 days as stated in the Guideline for the Home Monitoring and Surveillance Order (Annex 14b).

Individuals placed under this Order are also required to comply to certain conditions and actions as outlined in the COVID-19 Management Guideline in Malaysia No.5/2020 (Annex 10a and 10b: Home Assessment Tool). Some of the conditions set are as follows:

  • Wear a facemask all the way from the International Ports of Entry to their residence.
  • If symptomatic, to contact the nearest District Health Office.
  • The HSO bracelet must be worn at all time throughout the HSO.
  • Undergo COVID-19 testing on day 13 of the quarantine at a nearby health clinic or private clinic accredited by MOH and obtain a copy of the results.
  • On day 14, to go to the nearest District Health Office with the COVID-19 test results to be released from the HSO, and the remove the HSO bracelet.

The Government views very seriously compliance to this Monitoring and Surveillance Order. Please be advised that failure to comply with this Order and the conditions contained therein is an offense under Section 22 of Act 342. If convicted of this offense, the individual concerned may be liable under Section 24 of Act 342.

The District Health Office and other related agencies involved have been authorised to seek and take action against individuals found to be in violation of the terms of this Order. They can be fined or imprisoned or both.

Accordingly, MOH urges all travellers returning to Malaysia to continue to cooperate with the MOH and comply with the conditions under this Order. Family members of individuals placed under the HSO must also play their role in advising and ensuring that these individuals remain compliant and that they do not violate any directives that could result in legal action. The cooperation of all parties is important to enable us to jointly break the COVID-19 infection transmission chain in Malaysia.

Health Advisory on COVID-19

MOH would like to remind the public to continue to practice all of the health advisories issued by MOH, that includes:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

29 June 2020 @ 5.00 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 29 June 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 97
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 258
Selangor 2 (1) 2,046
Negeri Sembilan 0 1,025
Melaka 0 256
Johor 0 691
Pahang 0 365
Terengganu 0 111
Kelantan 0 157
Sabah 1 371
Sarawak 0 571
WP Kuala Lumpur 0 2,436
WP Putrajaya 0 97
WP Labuan 0 17
Total 3 (1) 8,637

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case