Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 30 Jun 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 20 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,354 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM -30 Jun-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 30 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat dua (2) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,639 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 164 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada dua (2) kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan satu (1) kes adalah penularan di dalam negara iaitu kes saringan pra-rujukan di Hospital Kota Belud, Sabah. Kedua-dua kes ini melibatkan warganegara Malaysia. Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini.

Sehingga kini, sebanyak empat (4) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

GRAF-NEW-White-Update-case-number-covid-19-01

KEPERLUAN KERJASAMA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT DALAM MEMERANGI JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA

Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) pada 26 Jun 2020, beberapa sub-sektor pelancongan, pusat-pusat hiburan, aktiviti riadah dan pra sekolah akan dibuka semula pada 1 Julai 2020. Ini adalah sebahagian daripada pendekatan negara dalam pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi secara terkawal dan tersusun. Dalam pada itu, pemantauan kes, kluster dan survelan COVID-19 masih dijalankan untuk memastikan penularan kes COVID-19 di komuniti dikesan segera.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mula dikuatkuasakan pada 10 Jun 2020 sehingga hari ini, jumlah kumulatif kes harian adalah 303 kes. Jika dilihat pada taburan kes harian sepanjang pelaksanaan PKPP, ianya adalah dalam lingkungan satu hingga dua angka.

Kebanyakan sektor ekonomi telah pun dibuka dan sedang beroperasi sepenuhnya, namun demikian penularan kes di dalam komuniti adalah terkawal. Ini membuktikan bahawa “pemulihan” Negara sememangnya telah bermula. Pemulihan ini adalah daripada segi mengimbangi nyawa dan mata pencarian rakyat.

Demi memastikan proses pemulihan berjalan lancar, Kerajaan telah membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk pelbagai sektor dan sub-sektor. Pematuhan kepada SOP ini adalah paling utama dalam memastikan kes COVID-19 di Negara kita terus berkurang. Memandangkan lebih banyak sub-sektor akan dibuka pada 1 Julai 2020, kerjasama orang ramai adalah amat diperlukan oleh Kerajaan untuk sama-sama kita memutuskan rantaian penularan COVID-19 di Malaysia.

Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom dalam sebuah taklimat secara maya, pandemik COVID-19 di dunia masih belum berakhir. Malah, secara global, kes-kes pandemik COVID-19 ini sebenarnya semakin meningkat. Beliau juga memberi amaran bahawa situasi pandemik COVID-19 di seluruh dunia dijangkakan akan semakin melarat.

Justeru, pihak KKM menyeru kepada orang ramai supaya tidak alpa dengan trend penurunan kes COVID-19 di Malaysia. Sebaliknya, kita perlu lebih berwaspada serta mematuhi SOP dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan pada setiap masa. Kerjasama semua pihak adalah amat penting untuk kita sama-sama memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Memetik daripada kenyataan Dr Tedros Adhanom:

“We all want this to be over. We all want to get on with our lives. But the hard reality is this is not even close to being over.”

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut - facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Jun 2020 @ 5.00 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

 

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 97
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 258
SELANGOR 1 (1) 2,047
NEGERI SEMBILAN 0 1,025
MELAKA 0 256
JOHOR 0 691
PAHANG 0 365
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 157
SABAH 1 372
SARAWAK 0 571
W.P. KUALA LUMPUR 0 2,436
W.P. PUTRAJAYA 0 97
W.P. LABUAN 0 17
JUMLAH KESELURUHAN 2 (1) 8,639

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

30 June 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 20 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 8,354 confirmed COVID-19 cases have fully recovered and discharged well (96.7% of total cumulative cases).

NewMapping 30Jun-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

30 June 2020, 12 pm – A total of two (2) additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,639 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 164 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the two (2) additional cases reported today, one (1) is an imported case who was infected overseas, and one (1) is a local transmission case, from a pre-referral screening in Kota Belud Hospital, Sabah. Both cases are among Malaysians. No local transmission cases among non-Malaysians are reported today.

Currently, four (4) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICUs) and of these, one (1) patient is on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 121 COVID-19 deaths in Malaysia (1.40% of total cumulative cases).

GRAF-NEW-White-Update-case-number-covid-19-01

The Importance of Cooperation of All Levels of Society in the Fight Against COVID-19 in Malaysia

As announced by the Senior Minister (Security Cluster) on 26 June 2020, several sub-sectors of tourism, entertainment centres, recreational centres and pre-school will be re-opened on 1 July 2020. This is part of the country’s approach to the gradual opening of the various economic sectors in a controlled and stepwise manner. In addition, monitoring of COVID-19 cases and clusters, as well as COVID-19 surveillance activities will still continue to ensure that any new transmission of COVID-19 infection will be detected early.

Since the start of the Recovery Movement Control Order (RMCO) on 10 June 2020 to date, the cumulative reported confirmed COVID-19 cases are 303 cases. If you look at the distribution of daily reported cases throughout the RMCO period, it was only in single or double digits.

The majority of the economic sectors have re-opened and are now fully operational; however, the transmission of cases in the community are under control. This proves that the recovery phase for the Nation has already started. This recovery phase is about finding a balance between protecting lives versus earning a living.

To ensure that the recovery process runs smoothly, the Government has developed Standard Operating Procedures (SOPs) for various sectors and sub-sectors. Compliance with these SOPs is paramount in ensuring that COVID-19 cases in our country continue to decline. As more sub-sectors open on 1 July 2020, public cooperation is urgently needed by the Government in order for us to break the COVID-19 infection transmission chain in Malaysia.

As the Director General of the World Health Organization (WHO), Dr Tedros Adhanom said in a virtual briefing, the world’s COVID-19 pandemic has yet to end. In fact, globally, the COVID-19 pandemic cases continue to rise. He also warned that the worldwide COVID-19 pandemic situation is expected to worsen.

Therefore, the MOH urges the public not to be complacent of the declining trend of COVID-19 cases in Malaysia. Instead, we need to be more vigilant and abide by the SOPs and take preventive measures at all times. The cooperation of all parties is crucial for us to break the transmission of the COVID-19 infection chain in Malaysia.

Quoting Dr Tedros Adhanom:

“We all want this to be over. We all want to get on with our lives. But the hard reality is this is not even close to being over.”

Health Advisory on COVID-19

MOH would like to remind the public to continue to practice all of the health advisories issued by MOH, that includes:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations

  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

30 June 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 30 June 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 97
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 258
Selangor 1 (1) 2,047
Negeri Sembilan 0 1,025
Melaka 0 256
Johor 0 691
Pahang 0 365
Terengganu 0 111
Kelantan 0 157
Sabah 1 372
Sarawak 0 571
WP Kuala Lumpur 0 2,436
WP Putrajaya 0 97
WP Labuan 0 17
Total 2 (1) 8,639

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case