Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 4 Julai 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 15 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,461 kes (97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 4Jun-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 4 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 10 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,658 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 76 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, tujuh (7) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua warganegara Malaysia. Daripada tiga (3) kes penularan di dalam negara, satu (1) kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan Orang Kena Tahan (OKT) di Seremban, Negeri Sembilan sebelum dipindahkan ke penjara. Dua (2) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia. Berikut adalah perincian kes-kes tersebut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Kes tersebut telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh;
  • Sabah: satu (1) kes saringan petugas kesihatan yang telah tamat bertugas di sebuah pusat kuarantin di Likas.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

GRAF-NEW-White-Update-case-number-covid-19-01 (5)

KLUSTER PUDU TAMAT

Sukacita KKM ingin memaklumkan kluster baru yang tamat iaitu Kluster Pudu. Kluster ini adalah kluster kediaman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mula dikesan daripada saringan pekerja di sebuah tapak pembinaan. Kes positif COVID-19 pertama kluster ini dikesan pada 10 Mei 2020 susulan saringan COVID-19 yang telah dijalankan bagi pekerja (inisiatif majikan syarikat tersebut).

pudu

Sehingga 3 Julai 2020, seramai 3,387 telah disaring dan didapati 80 kes yang positif COVID-19 (iaitu kadar positif 2.36 peratus). Kes-kes positif kluster ini merangkumi 97.5 peratus bukan warganegara Malaysia. Antara warganegara yang terlibat adalah seperti berikut:

  • 69 warga Bangladesh;
  • Tujuh (7) warga Myanmar;
  • Dua (2) warga Indonesia; dan
  • Dua (2) warganegara Malaysia.

Kawalan pentadbiran telah dilaksanakan di kawasan kluster ini dengan bantuan pelbagai agensi lain bagi menjalankan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan seterusnya langkah pembendungan penularan jangkitan. Hasil siasatan mendapati bahawa faktor yang menyumbang kepada penularan jangkitan COVID-19 dalam kluster ini adalah penginapan yang sesak dan mempunyai ruang yang sempit. Keadaan ini telah mengakibatkan tiada amalan penjarakan sosial yang selamat (social distancing) di kalangan mereka yang dikesan positif.

KKM ingin mengucapkan syabas kepada semua pihak yang telah memberikan perkhidmatan masing-masing dalam segala aktiviti berkaitan kluster ini.

PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) PEKAN BEKERJASAMA RAPAT DENGAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) PAHANG UNTUK PILIHAN RAYA KECIL (PRK) CHINI

Seperti makluman umum, pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini sedang berlangsung pada hari ini, iaitu 4 Julai 2020. Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pekan dan lain-lain agensi telah memulakan persiapan sejak awal lagi bagi memastikan proses pengundian berlangsung dengan lancar dengan kepatuhan terhadap normal baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Antara persiapan dan langkah pencegahan jangkitan COVID-19 yang dilaksanakan oleh PKD semasa PRK Chini dijalankan adalah:

  • Mesyuarat penyelarasan PRK telah diadakan satu (1) bulan yang lalu di Pejabat Daerah Pekan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Pahang;
  • Taklimat kepada semua petugas SPR dan simulasi turut diadakan bagi petugas kesihatan yang terlibat;
  • Penyediaan pasukan perubatan dan pasukan pemantau di lokasi pengundian;
  • Pasukan pemantau menjalankan aktiviti pemantauan di dalam pusat mengundi secara keseluruhan untuk memastikan pengundi patuh kepada SOP;
  • Pasukan perubatan yang bertugas di khemah khas mengundi akan membuat pemeriksaan suhu;
  • Bagi pengundi yang gagal saringan suhu dan bergejala, mereka akan membuat undian di khemah khas dengan SOP yang telah ditetapkan. Pengundi tersebut seterusnya akan diperiksa pasukan perubatan untuk tindakan selanjutnya.

Seramai 140 orang anggota kesihatan bertugas di 13 pusat pengundian. Sehingga jam 3 petang hari ini:

  • 98 pengundi telah dirujuk ke khemah rawatan;
  • Enam (6) pengundi didapati bergejala dan dibenarkan mengundi di khemah rawatan; dan
  • Seorang pengundi dirujuk ke Klinik Kesihatan untuk rawatan lanjut.

Syabas diucapkan kepada semua petugas yang telah menjalankan tugas masing-masing agar proses pilihanraya ini dapat berjalan dengan selamat. Syabas juga diucapkan kepada para pengundi yang telah menjalankan tanggungjawab mengundi dengan kepatuhan terhadap normal baharu dan SOP yang ditetapkan.

WhatsApp Image 2020-07-04 at 4.59.54 PM (1)

WhatsApp Image 2020-07-04 at 4.59.54 PM (2)

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM menyeru orang ramai untuk terus kekal waspada dan amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut - facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

4 Julai 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 97
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 258
SELANGOR 7 (7) 2,058
NEGERI SEMBILAN 1 1,026
MELAKA 0 256
JOHOR 0 692
PAHANG 0 365
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 157
SABAH 1 376
SARAWAK 0 571
W.P. KUALA LUMPUR 1 2,438
W.P. PUTRAJAYA 0 97
W.P. LABUAN 0 17
JUMLAH KESELURUHAN 10 (7) 8,658

Mapping baru BM - 4Jun-01*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

4 July 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 15 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 8,461 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (97.7% of total cumulative cases).

NewMapping Bi 4Jun-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

4 July 2020, 12 pm – A total of 10 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,658 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 76 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 10 additional cases reported today, seven (7) are imported cases who were infected overseas, all involving Malaysians. Of the three (3) local transmission cases, one (1) case is a non-Malaysian – from screening of a police suspect in Seremban, Negeri Sembilan prior to transfer to prison; and two (2) cases among Malaysians. The details of these 2 cases are as follows:

  • Kuala Lumpur – 1 case: Pre-surgical screening in Canselor Tuanku Muhriz (UKM) Hospital. The patient has been transferred to Sungai Buloh Hospital.
  • Sabah – 1 case: Screening of healthcare workers who have completed work duties at a quarantine centre in Likas.

Currently, two (2) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICUs) and both patients are on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 121 COVID-19 deaths in Malaysia (1.39% of total cumulative cases).

NEW-White-Update-case-number-covid-19 (9)

The Pudu Cluster Ends

MOH would like to inform that the Pudu Cluster has ended. This was a residential cluster in Kuala Lumpur first detected from screening of workers at a construction site. The first confirmed COVID-19 case was detected on 10 May 2020 following a COVID-19 screening of workers that was initiated by the employer.

As of 3 July 2020, a total of 3,387 individuals have been screened, and 80 confirmed COVID-19 cases were found (a positive rate of 2.36%), with 97.5% of cases among non-Malaysians. The details of the nationalities of the cases are as follows:

  • 69 cases – Bangladeshi nationals
  • 7 cases – Myanmar nationals
  • 2 cases – Indonesians nationals
  • 2 cases – Malaysians

Administrative movement restriction was implemented in this cluster area with the assistance of various agencies to conduct active case detection and implement subsequent infection control measures. The investigation showed that the main factor contributing to the spread of COVID-19 infection in the cluster was crowded and cramped living quarters. It was not possible to practice safe social distancing in this circumstance among those found to be positive for COVID-19.

MOH would like to thank all parties that have provided their respective services for all activities related to this cluster.

The Pekan District Health Office Working Together with the Pahang State Election Commission for the Chini State By-Election

The voting for the Chini state by-election is taking place today, 4 July 2020. The Pekan District Health Office (DHO) and other related agencies have begun early preparations to ensure that the voting process goes smoothly in compliance with the new norms and the Standard Operating Procedure (SOP) that has been set.

Among the preparations and the COVID-19 preventive measures carried out by the DHO for this Chini state by-election included:

  • The By-Election Coordination meeting was held one month prior at the Pekan District Office together with the Pahang State Election Commission (EC).
  • Briefing to all EC personnel and work process simulation was also conducted with all healthcare workers (HCWs) involved.
  • Assignment of medical teams and monitoring teams at all polling centres.
  • The monitoring teams will conduct monitoring activities within the polling centres to ensure that voters are compliant with the SOP.
  • The medical team on duty at special tents at the polling centres will conduct temperature checks.
  • For voters who failed their temperature checks or with symptoms, they will vote in a special tent following a designated SOP. The voters will then be examined by the medical team for further management.

A total of 140 HCWs have been assigned to the 13 polling centres. As of 3 pm today:

  • 98 voters were referred to the treatment tent.
  • 6 voters were found to have symptoms and allowed to vote in the special tent.
  • 1 voter was referred to the nearby health clinic for further management.

MOH congratulates all officers and staff on duty and performing their respective tasks to ensure that this state by-election runs smoothly. Congratulations also to all voters for performing their responsibility to the nation by voting and complying with the new norms following the set SOP.

Health Advisory on COVID-19

MOH urges the public to remain vigilant and continue to practice all of the health advisories issued by the MOH, that includes:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations

WhatsApp Image 2020-06-06 at 11.32.00

  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

4 July 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 4 July 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 97
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 258
Selangor 7 (7) 2,058
Negeri Sembilan 1 1,026
Melaka 0 256
Johor 0 692
Pahang 0 365
Terengganu 0 111
Kelantan 0 157
Sabah 1 376
Sarawak 0 571
WP Kuala Lumpur 1 2,438
WP Putrajaya 0 97
WP Labuan 0 17
Total 10 (7) 8,658

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case