Penjelasan Bagi Proses Primary Source Verification Untuk Ijazah Dari Luar Negara
Mesyuarat Majlis Perubatan Malaysia ke 395 yang telah bersidang pada 21 Januari 2020 telah memutuskan bahawa semua pengamal perubatan yang bergraduat dari luar negara yang ingin berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia wajib melalui proses Primary Source Verification bagi tujuan pengesahan ijazah dan transkrip mereka berkuatkuasa 1 Jun 2020.
Terdapat kekeliruan antara pengamal perubatan berkenaan implementasi keputusan ini. Majlis ingin menjelaskan bahawa semua pengamal perubatan warganegara dan bukan warganegara yang bergraduat dari luar negara bagi tujuan pendaftaran dengan MPM iaitu bagi tujuan permohonan Sijil Pendaftaran Penuh, Sijil Pendaftaran Sementara, Sijil Perakuan Amalan Sementara, pendaftaran bagi tujuan pasca-siswazah / latihan klinikal pasca-siswazah / fellowship / clinical attachment diwajibkan untuk melalui proses verifikasi ini sebelum didaftarkan.
Ini tidak melibatkan pengamal perubatan yang telah mendapat pendaftaran dengan Majlis sebelum 1 Jun 2020. Keadah ini diimplementasi secara prospektif dan adalah untuk permohonan baru sahaja.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
PRESIDEN
MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA
11 JULAI 2020 @ 5:00 petang
Categories: Press
You must be logged in to post a comment.