Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 16 Julai 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,538 kes (97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 16July-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 16 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tiga (3) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,737 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 77 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada tiga (3) kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import iaitu seorang warganegara Malaysia yang telah mendapat jangkitan di luar negara. Kedua-dua kes penularan di dalam negara pula adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes di kalangan warganegara Malaysia dilaporkan pada hari ini.

Perincian kes jangkitan dalam negara (2 kes) di kalangan bukan warganegara adalah seperti berikut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu (1) kes saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Jalan Duta sebelum proses pemindahan ke DTI lain. Ujian saringan ke atas 26 Orang Kena Tahan (OKT) yang lain juga telah dijalankan di mana keputusannya adalah 25 negatif, manakala seorang lagi masih menunggu keputusan;
  • Sarawak: satu (1) kes saringan di tempat kerja yang dijalankan oleh majikan.

Sehingga kini, terdapat tiga (3) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

GRAF-NEW-White-Update-case-number-covid-19-01 (8)

PERBANDINGAN BILANGAN INDIVIDU YANG DISAMPEL BAGI UJIAN COVID-19 DI MALAYSIA DENGAN NEGARA LAIN

Sehingga 16 Julai 2020 jam 12 tengah hari, seramai 868,394 individu telah disampel untuk COVID-19 di Malaysia, iaitu bersamaan dengan 27.14 individu bagi setiap 1,000 populasi. Jika dilihat pula jumlah ujian yang telah dijalankan sehingga 16 Julai 2020, data awal di Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Ibu Pejabat menunjukkan bahawa Malaysia telah menjalankan 1,577,417 ujian (rt-PCR dan RTK-Antigen). Ini kerana terdapat individu yang memerlukan ujian ulangan.

Bilangan ujian yang dijalankan oleh beberapa negara jiran bagi setiap 1,000 populasi mereka adalah seperti berikut:

  • Vietnam adalah sebanyak 2.7 ujian bagi setiap 1,000 populasi;
  • Jepun adalah sebanyak 4.1 ujian bagi setiap 1,000 populasi;
  • Korea Selatan adalah sebanyak 26.29 ujian bagi setiap 1,000 populasi;
  • Singapura adalah sebanyak 79.83 ujian bagi setiap 1,000 populasi;
  • Australia adalah sebanyak 114.15 ujian bagi setiap 1,000 populasi; dan
  • New Zealand adalah sebanyak 87.54 ujian bagi setiap 1,000 populasi;

Bilangan ujian di Negara kita adalah setanding dengan negara Korea Selatan. Walaupun kapasti makmal untuk persampelan di Malaysia sudah bertambah sehingga 37,000 sampel sehari, namun kadar positif adalah hanya 1.01 peratus. Ini bermakna hampir 99 peratus keputusan ujian COVID-19 yang telah dijalankan adalah negatif.

Mutakhir ini, kes harian COVID-19 di Malaysia adalah rendah. Namun demikian, bagi memastikan kes-kes COVID-19 di dalam komuniti terus dipantau, KKM telah mempergiatkan aktiviti survelan. Sehingga 16 Julai 2020, secara kumulatif KKM telah melaporkan sebanyak 129 kes COVID-19 yang dikesan melalui aktiviti survelan klinikal iaitu:

  • Persampelan Influenza Like Illness (ILI): 15 kes positif COVID-19 daripada 3,174 sampel (iaitu kadar positif adalah 0.47 peratus);
  • Persampelan Severe Acute Respiratory Infection (SARI): 85 kes positif COVID-19 daripada 21,544 sampel (iaitu kadar positif adalah 0.39 peratus);
  • Persampelan pra pembedahan: 29 kes positif COVID-19 daripada 66,081 sampel (iaitu kadar positif adalah 0.04 peratus).

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN UJIAN COVID-19 RAPID TEST KIT ANTIGEN

Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) mempunyai kelebihan mengesan jangkitan COVID-19 dalam jumlah yang besar dan dalam waktu yang singkat. Kelebihan ini telah dikenalpasti dapat dimanfaatkan dengan menggunakan ujian COVID-19 RTK-Ag untuk:

  • Saringan pengembara yang pulang di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) terutama di PMA yang selalunya menerima jumlah pengembara yang tinggi misalnya Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA);
  • Saringan pra pembedahan / pra prosedur bagi kes kecemasan dan separa kecemasan;
  • Saringan bagi kes-kes Brought In Dead (BID) yang disyaki mempunyai jangkitan COVID-19;
  • Saringan kes Acute Respiratory Infection (ARI) di klinik-klinik kesihatan KKM; dan
  • Peluasan saringan bagi kumpulan sasar termasuk kawasan-kawasan di bawah perintah kawalan pergerakan.

Ujian COVID-19 RTK-Ag mula digunakan oleh KKM sejak 6 Mei 2020. Kit ujian RTK-Ag yang sedang digunakan ini telah melepasi penilaian teknikal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Malah, penilaian semula teknikal yang dijalankan terhadap bekalan agihan yang terbaru menunjukkan peningkatan tahap sensitivity daripada 84.4% kepada 90% manakala tahap specificity kekal 100%.

Sehingga 15 Julai 2020, 88,048 ujian RTK-Ag telah dijalankan dan sebanyak 197 ujian telah dikesan positif COVID-19 (iaitu kadar positif 0.2 peratus). Daripada jumlah ini, 25,038 adalah saringan di semua Pintu Masuk Antarabangsa (termasuk Kuala Lumpur International Airport (KLIA), KLIA2, Johor, Kedah dan Pulau Pinang) dengan purata 357 orang disaring setiap hari dan kebanyakkannya adalah di KLIA dan KLIA2.

Manakala bagi ujian RT-PCR pula, sejumlah 829,238 telah dijalankan setakat ini.

Terdapat insiden di mana pesakit dikatakan false negative, ini adalah kerana ujian RTK-Ag mempunyai sensitivity sebanyak 90%. Ini bermakna daripada 100 orang yang disaring, mungkin terdapat keputusan false negative bagi 10 orang. Ianya merupakan satu kekangan ujian ini.

Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan, kemungkinan besar individu yang mendapat keputusan false negative berada dalam tempoh inkubasi di mana kandungan bilangan virus (viral load) adalah rendah untuk dikesan dengan ujian RTK-Ag. Justeru, setiap individu yang disaring masih perlu menjalani tempoh 14 hari kuarantin seperti yang ditetapkan di dalam polisi pengurusan COVID-19. Sekiranya didapati bergejala, perlu dimaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat untuk tindakan selanjutnya.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Pihak KKM menyeru agar orang ramai terus kekal waspada dan amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut - facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 Julai 2020 @ 5.00 petang.

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 99
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 258
SELANGOR 0 2,094
NEGERI SEMBILAN 0 1,027
MELAKA 0 258
JOHOR 0 701
PAHANG 0 365
TERENGGANU 1 (1) 112
KELANTAN 0 157
SABAH 0 380
SARAWAK 1 584
W.P. KUALA LUMPUR 1 2,448
W.P. PUTRAJAYA 0 98
W.P. LABUAN 0 17
JUMLAH KESELURUHAN 3 (1) 8,737

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

16 July 2020

 

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 12 cases have recovered and discharged today. Cumulatively, 8,538 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (97.7% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

16 July 2020, 12 pm – A total of three (3) additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,737 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 77 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

All three (3) additional cases reported today, one (1) is an imported case, a Malaysian, who was infected overseas. The two (2) local transmission cases are among non-Malaysians, and no local transmission among Malaysians are reported today.

The details of the local transmission cases among non-Malaysians (2 cases) are as follows:

  • Kuala Lumpur – 1 case: Screening of detainees at the Jalan Duta Immigration Detention Centre prior to transfer to another Detention Centre. Screening of the remaining 26 detainees were also done, whereby 25 tested negative and one (1) awaiting results.
  • Sarawak – 1 case: Screening at a workplace conducted by the employer.

Currently, three (3) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICUs) and one (1) patient is on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 122 COVID-19 deaths in Malaysia (1.39% of total cumulative cases).

The Number of Individuals Tested for COVID-19 in Malaysia Compared with Other Countries

As of 16 July 2020, 12 pm, a total of 868,394 individuals have been tested for COVID-19 in Malaysia, i.e. equivalent to 27.14 individuals per 1,000 population. Looking at the cumulative number of tests done up to 16 July 2020, preliminary data at the National CPRC shows that Malaysia has conducted 1,577,417 tests (rt-PCR and RTK-Antigen). This is because there are individuals who require repeated tests.

The number of tests conducted by several neighboring countries, per 1,000 population, is as follows:

  • Vietnam: 2.7 tests per 1,000 population
  • Japan: 4.1 tests per 1,000 population
  • South Korea: 26.29 tests per 1,000 population
  • Singapore: 79.83 tests per 1,000 population
  • Australia: 114.15 tests per 1,000 population
  • New Zealand: 87.54 tests per 1,000 population

1672020 3

The number of tests in our country is comparable to that of South Korea. Although the laboratory capacity for testing in Malaysia has increased to 37,000 samples a day, the positive rate is only 1.05%. This means that almost 99% of the COVID-19 tests conducted are negative.

Recently, the daily reported COVID-19 cases in Malaysia are low. However, to ensure that COVID-19 cases in the community are constantly monitored, MOH has intensified surveillance. As of 16 July 2020, cumulatively MOH has reported 129 confirmed COVID-19 cases detected through clinical surveillance i.e.:

  • Influenza Like Illness (ILI) sampling: 15 confirmed COVID-19 cases out of 3,174 samples (a positive rate of 0.47%)
  • Severe Acute Respiratory Infection (SARI) sampling: 85 confirmed COVID-19 cases out of 21,544 samples (a positive rate of 0.39%)
  • Pre-surgical sampling: 29 confirmed COVID-19 cases out of 66,081 samples (a positive rate of 0.04%)

Advantages and Disadvantages of COVID-19 Rapid Test Kit for Antigen

The Rapid Test Kit for Antigen (RTK-Ag) has the advantage of detecting COVID-19 infection in large numbers and in a short time. This advantage has been identified for using the COVID-19 RTK-Ag test to:

  1. Screening of travellers returning at the International Ports of Entry, especially those receiving high numbers of travelers e.g. Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
  2. Pre-surgical or pre-procedural screening for emergency and semi-emergency cases in hospitals
  3. Screening for Brought-in-Dead (BID) cases suspected of having COVID-19 infection
  4. Screening of Acute Respiratory Infection (ARI) cases at MOH health clinics
  5. Expansion of screening for identified target groups, including areas placed under movement control orders

The COVID-19 RTK-Ag test has been used by the MOH since 6 May 2020. The RTK-Ag test kit currently in use has passed the technical evaluation by the Institute for Medical Research (IMR). In addition, the repeated technical evaluation conducted on the latest distribution supply showed an increase in the level of sensitivity from 84.4% to 90%, while the specificity level remained at 100%.

As of 15 July 2020, a total of 88,048 RTK-Ag tests have been conducted, of which 197 tests were positive for COVID-19 (a positive rate of 0.2%). Of these total tests, 25,038 were screening tests done at all International Ports of Entry (including KLIA, KLIA 2, Johor, Kedah and Penang International Airports), with an average of 357 people screened daily, with the majority at KLIA and KLIA 2.

As for the RT-PCR test, a total of 829,238 tests have been conducted so far.

There are incidents where a case is said to be false negative; this is because the RTK-Ag test has a sensitivity of 90%. This means that out of 100 people screened, there may be false negative results for 10 people. This is one of the disadvantages of this test.

Based on the investigations, it is very likely that individuals who get false negative results are in the incubation period, where the number of viruses (viral load) is too low to be detected with the RTK-Ag test. Therefore, each individual screened would still need to undergo a 14-day quarantine period as stipulated in the COVID-19 management guideline. If the individual develops symptoms, the nearest District Health Office must be notified for further action.

Health Advisory on COVID-19

MOH urges the public to continue to remain vigilant and to practice all of the health advisories issued by the MOH, that includes:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

16 July 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 16 July 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 99
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 258
Selangor 0 2,094
Negeri Sembilan 0 1,027
Melaka 0 258
Johor 0 701
Pahang 0 365
Terengganu 1 (1) 112
Kelantan 0 157
Sabah 0 380
Sarawak 1 584
WP Kuala Lumpur 1 2,448
WP Putrajaya 0 98
WP Labuan 0 17
Total 3 (1) 8,737

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case