Press

Kenyataan Akhbar KPK 19 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat tujuh (7) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,553 kes (97.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 19July-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 19 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 15 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,779 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 103 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) orang warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja (1 kes) dan pasangan kepada rakyat Malaysia (1 kes). Empat (4) kes import tersebut adalah dari negara:

  • United Kingdom (2 kes)
  • India (1 kes)
  • Libya (1 kes)

Daripada 11 kes penularan di dalam negara, lapan (8) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan tiga (3) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (8 kes) adalah :

  • Sarawak – lima (5) kes:
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8743);
    • Satu (1) kes saringan kendiri;
    • Satu (1) kes saringan sebelum kembali bekerja;
    • Dua (2) kes saringan rawak di lapangan iaitu di pintu masuk utama negeri Sarawak.
  • Selangor: satu (1) kes saringan pembedahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.
  • Sabah: satu (1) kes saringan prosedur di Hospital Queen Elizabeth 2.
  • Johor: satu (1) kes Brought In Dead (BID). Kes ini juga merupakan kes kematian ke-123 yang dilaporkan hari ini. Perinciannya adalah seperti di bawah;

Bagi kes jangkitan dalam negara (3 kes) di kalangan bukan warganegara pula adalah seperti berikut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu (1) kes daripada Kluster Restoran Kuala Lumpur. Kluster ini akan diperincikan di bawah;
  • Selangor: satu (1) kes daripada Kluster Rumah Kongsi Sepang. Kluster ini akan diperincikan di bawah.
  • Sarawak: satu (1) kes daripada Kluster Jeti Kuching. Kluster ini akan diperincikan di bawah;

Sehingga kini, hanya dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Satu (1) kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 123 kes (1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-123 (kes ke-8770) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi kronik dan penyakit strok. Beliau merupakan penghuni di pusat jagaan warga emas dan mula mengalami gejala demam dan batuk pada 10 Julai 2020. Beliau telah dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 17 Julai 2020 dan meninggal dunia setibanya di wad kecemasan. Beliau disahkan positif COVID-19. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2020 jam 12.51 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

GRAF-NEW-White-Update-case-number-covid-19-01 (11)

KLUSTER RUMAH KONGSI SEPANG

KKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu yang telah dikesan di sebuah tapak pembinaan di Sepang, Selangor. Sehingga 19 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 96 orang pekerja telah disaring, iaitu terdiri daripada sembilan (9) warganegara Malaysia dan 87 bukan warganegara iaitu:

  • 63 warga Indonesia;
  • 22 warga Bangladesh;
  • Sembilan (9) warganegara Malaysia; dan
  • Dua (2) warga Myanmar.

Daripada jumlah saringan ini, 96 orang telah disampel. Keputusan persampelan setakat ini adalah seperti berikut:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 94 adalah negatif.

Kluster ini melibatkan dua (2) bukan warganegara, iaitu satu (1) warga Indonesia yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8739) dan satu (1) warga Bangladesh yang merupakan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

KLUSTER RESTORAN KUALA LUMPUR

KKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu yang telah dikesan di sebuah restoran di Brickfields, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu hasil saringan rawak di lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah. Sehingga 19 Julai 2020 jam 12 tengah hari, seramai 250 orang iaitu 14 orang pekerja restoran dan 236 orang pelanggan restoran telah disaring. Daripada jumlah saringan ini, 250 orang telah disampel. Keputusan persampelan setakat ini adalah seperti berikut:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 248 adalah negatif.

Kluster ini melibatkan dua (2) bukan warganegara, iaitu warga India yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8666) dan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

KLUSTER JETI KUCHING

KKM ingin memaklumkan sebuah kluster baharu yang telah dikesan di Sarawak. Sehingga 19 Julai 2020 jam 12 tengah hari, 25 orang nelayan telah disaring dan keputusan persampelan setakat ini adalah seperti berikut:

  • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 23 adalah negatif.

Kluster ini melibatkan dua (2) bukan warganegara, iaitu warga Indonesia yang merupakan kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-8736) dan kontak rapat kes yang dilaporkan pada hari ini. Punca jangkitan kluster masih di dalam siasatan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM yang ingin menasihatkan orang ramai agar tidak leka dan terus kekal waspada. Pastikan saranan dan nasihat-nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa. Antara nasihat yang sewajarnya dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian adalah:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-06 at 11.32.00

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 Julai 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 19 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 99
PULAU PINANG 0 121
PERAK 2 (2) 260
SELANGOR 4 (2) 2,103
NEGERI SEMBILAN 0 1,027
MELAKA 0 258
JOHOR 1 702
PAHANG 0 365
TERENGGANU 0 114
KELANTAN 0 158
SABAH 1 382
SARAWAK 6 607
W.P. KUALA LUMPUR 1 2,450
W.P. PUTRAJAYA 0 98
W.P. LABUAN 0 17
JUMLAH KESELURUHAN 15 (4) 8,779

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

19 July 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that seven (7) cases have recovered and discharged well today. Cumulatively, 8,553 confirmed COVID-19 cases have been discharged (97.4% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

19 July 2020, 12 pm – A total of 15 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,779 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 103 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 15 additional cases reported today, four (4) are imported case who were infected overseas, involving two (2) Malaysians and two (2) non-Malaysians (one allowed to enter Malaysia for work; and the other is a spouse to a Malaysian). The four (4) imported cases were travelers from:

  • United Kingdom – 2 cases
  • India – 1 case
  • Libya – 1 case

Of the 11 local transmission cases, eight (8) cases are among Malaysians and three (3) cases are among non-Malaysians.

Details of the local transmission COVID-19 cases among Malaysians (8 cases) are as follows:

  • Sarawak – 5 cases:
    • 1 case: Screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case (Case 8,743).
    • 1 case: Self-requested screening.
    • 1 case: Screening prior returning to work.
    • 2 cases: Random sampling in the field at the main points of entry into Sarawak.
  • Selangor – 1 case: Pre-surgical screening at the Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.
  • Sabah – 1 case: Pre-procedural screening at Queen Elizabeth 2 Hospital.
  • Johor – 1 case: A brought in dead (BID) case. This is death #123 reported today, detail as shown below.

For the local transmission cases among non-Malaysians (3 cases), details are as follows:

  • Kuala Lumpur – 1 case: From the Kuala Lumpur Restaurant Cluster, as detailed below.
  • Selangor – 1 case: From the Sepang Rumah Kongsi Cluster, as detailed below.
  • Sarawak – 1 case: From the Kuching Jetty Cluster, as detailed below.

Currently, two (2) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICUs), and one (1) patient is on ventilation support.

 Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 123 COVID-19 deaths in Malaysia (1.40% of total cumulative cases):

  • Death #123 (Case 8,770) is a 72 year old Malaysian man with a history of hypertension and stroke. He was a resident of an elderly care home and developed symptoms of fever and cough on 10 July 2020. He was referred to the Enche Besar Hajjah Khalsom Hospital, Johor on 17 July 2020 and died upon arrival at the emergency department. He tested positive for COVID-19 and was pronounced dead on 17 July 2020, 12.51 pm.

MOH extends its condolences to his family members.

The Sepang Rumah Kongsi Cluster

MOH would like to inform that a new cluster has been detected at the shared living quarters (rumah kongsi) at a construction site in Sepang, Selangor. As of 19 July 2020, 12 pm, a total of 96 workers have been screened, consisting of nine (9) Malaysians and 87 non-Malaysians:

  • 63 Indonesian nationals
  • 22 Bangladeshi nationals
  • 9 Malaysians
  • 2 Myanmar nationals

All of the workers screened were also tested for COVID-19. The results are as follows:

  • Two (2) confirmed COVID-19 cases
  • 94 individuals tested negative

This cluster consists of two (2) non-Malaysians, i.e. one (1) Indonesian national who is the index case (Case 8,739) for this cluster and one (1) Bangladeshi national who is the close contact reported today. The cause of infection for this cluster is still under investigation.

The Kuala Lumpur Restaurant Cluster

MOH would like to inform that a new cluster has been detected at a restaurant in Brickfields, Kuala Lumpur, as the result of random screening in the field conducted by the District Health Office. As of 19 July 2020, 12 pm, a total of 250 individuals – 14 restaurant workers and 236 customers – have been screened. All the individuals screened were also tested for COVID-19. The results are as follows:

  • Two (2) confirmed COVID-19 cases
  • 248 individuals tested negative

This cluster consists of two (2) non-Malaysians, both Indian nationals, one (1) who is the index case (Case 8,666) for this cluster and the other is the close contact reported today. The cause of infection for this cluster is still under investigation.

The Kuching Jetty Cluster

MOH would like to inform that a new cluster has been detected in Sarawak. As of 19 July 2020, 12 pm, a total of 25 fishermen have been screened and the results of COVID-19 testing are as follows:

  • Two (2) confirmed COVID-19 cases
  • 23 individuals tested negative

This cluster consists of two (2) non-Malaysians, both Indonesian nationals, one (1) who is the index case (Case 8,736) for this cluster and the other is the close contact reported today. The cause of infection for this cluster is still under investigation.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public not to be complacent and to continue to remain vigilant; and to always practice all of the health advisories issued by the MOH. The advisories that should be incorporated as the new normal include:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

19 July 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 19 July 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 99
Pulau Pinang 0 121
Perak 2 (2) 260
Selangor 4 (2) 2,103
Negeri Sembilan 0 1,027
Melaka 0 258
Johor 1 702
Pahang 0 365
Terengganu 0 114
Kelantan 0 158
Sabah 1 382
Sarawak 6 607
WP Kuala Lumpur 1 2,450
WP Putrajaya 0 98
WP Labuan 0 17
Total 15 (4) 8,779

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case

Categories: Press