Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 23 Julai 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat lapan (8) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,574 kes (97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - July 23-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 23 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat sembilan (9) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,840 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 143 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada sembilan (9) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara yang mempunyai keluarga yang menetap di Malaysia atau dibenarkan masuk di atas urusan kerja. Tiga (3) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Singapura (1 kes);
  • India (1 kes); dan
  • Filipina (1 kes).

Daripada enam (6) kes penularan di dalam negara, empat (4) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara.

Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara (2 kes) adalah seperti berikut:

  • Sabah: satu (1) kes saringan sebelum dibebaskan dari penjara;
  • Kelantan: satu (1) kes saringan tahanan di penjara sebelum dipindahkan ke Depot Tahanan Imigresen (DTI).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (4 kes) pula adalah seperti berikut:

  • Sarawak – empat (4) kes:
    • Satu (1) kes daripada Kluster Stutong;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Sentosa;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Kejuruteraan Kuching;
    • Satu (1) kes masih dalam siasatan. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Sehingga kini, hanya lima (5) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 123 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19

KEPUTUSAN MEWAJIBKAN PEMAKAIAN ALAT PELITUP SEPARUH MUKA (FACEMASK) DI BEBERAPA KATEGORI TEMPAT AWAM

KKM sememangnya menyambut baik keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP hari ini yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) sebentar tadi, iaitu mewajibkan pemakaian alat pelitup muka (facemask) di dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos 2020. Individu yang didapati melanggar perintah ini boleh dikenakan denda.

pemakaian-pelitup-muka (1)

Untuk pelitup separuh muka bukan perubatan (non-medical mask), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan jenis fabrik atau kain dengan 3 lapisan yang terdiri daripada:

  • Lapisan paling dalam yang bersifat menyerap air (hidrofilik), misalnya kapas atau campuran kapas;
  • Lapisan paling luar yang diperbuat daripada bahan bersifat menghindar penyerapan air (hidrofobik), misalnya polipropilena, poliester, atau campurannya. Lapisan ini boleh mengehadkan pencemaran dari luar daripada menembus masuk ke hidung dan mulut pemakai; dan
  • Lapisan tengah hidrofobik yang diperbuat daripada bahan bukan tenunan sintetik seperti polipropilena atau lapisan kapas yang boleh meningkatkan penapisan atau menahan titisan cecair.

Jenis-pelitup-muka-fabrik_2 (1)

Selain itu, alat pelitup separuh muka perlu dipakai dengan betul dan menutupi ruang hidung sehingga dagu. Pemakaian tidak sempurna dengan membiarkan ianya tergantung di leher, di dahi, atau menutupi hanya sebahagian dari hidung dan mulut adalah tidak bertepatan dan membawa risiko pencemaran atau jangkitan kepada pemakai.

Nasihat KKM, pakailah facemask dengan kaedah yang betul.

KETIDAKPATUHAN KEPADA PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN DI RUMAH (HOME SURVEILLANCE ORDER) DAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)

Malaysia telah mencatat kes harian COVID-19 yang terendah semasa gelombang kedua pandemik COVID-19 hanya tiga (3) minggu yang lepas iaitu pada 1 Julai 2020. Pada hari tersebut, Negara telah mencatat hanya satu (1) kes COVID-19. Kes penularan tempatan pula telah mencapai angka sifar untuk beberapa hari sebelum ini.

Namun demikian, sejak kebelakangan ini kes harian didapati kembali meningkat dan ada kalanya ia mencapai dua angka. Sejak 1 Julai 2020, KKM telah melaporkan 15 buah kluster baharu. Tren kenaikan kes harian dan kewujudan kluster-kluster baharu ini besar kemungkinan disebabkan oleh kelekaan dan ketidakpatuhan orang ramai kepada arahan serta nasihat Kerajaan dalam menangani wabak ini.

Seperti makluman ramai, sejak kebelakangan ini tular di media sosial gambar beberapa individu yang telah diletakkan di bawah Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (Home Surveillance Order) namun didapati telah berada di tempat awam.

Analisa data terkini yang diperolehi melalui aplikasi MySejahtera menunjukkan bahawa dari 7 Julai 2020 hingga 20 Julai 2020, 24.8 peratus daripada jumlah individu yang diletakkan di bawah Home Surveillance Order (HSO) tidak menggunakan fungsi Home Assessment Tool. Fungsi Home Assessment Tool ini merupakan satu ciri bagi individu menjalani penilaian kendiri yang perlu dilakukan setiap hari selama tempoh kuarantin di rumah iaitu selama 14 hari.

Setakat ini bilangan pengembara yang pulang dari luar negara iaitu Person Under Surveillance yang dikehendaki menjalani HSO adalah seramai 31,674 orang dan jumlah yang sudah tamat tempoh kuarantin adalah 18,416 orang. Namun daripada jumlah ini, 10 peratus didapati tidak menjalani saringan COVID-19 pada hari ke-13.

mysj

Begitu juga dengan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Jika diperhatikan, lebih ramai masyarakat makan di restoran, membeli belah di pasaraya dan kembali bekerja di pejabat-pejabat. Namun begitu, analisa data melalui aplikasi MySejahtera menunjukkan bahawa walaupun jumlah pengguna berdaftar dengan aplikasi MySejahtera didapati terus meningkat dalam tempoh tiga (3) minggu lepas, namun jumlah daftar masuk di premis-premis seperti kedai makan, pasaraya dan sebagainya didapati menunjukkan tren penurunan. Ini menunjukkan bahawa pematuhan terhadap SOP kian berkurangan. Pemilik premis-premis dan masyarakat umum diingatkan untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan agar kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di dalam masyarakat.

Seperti yang sering disebutkan, masyarakat kini perlu memainkan peranan sosial yang lebih utama dalam memerangi pandemik COVID-19. Patuhilah SOP yang disediakan. Rakyat juga digalak untuk terus menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dengan melaporkan tindakan yang didapati melanggar SOP kepada pihak penguatkuasa misalnya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan sewajarnya.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM yang menasihatkan orang ramai agar waspada dan terus patuhi saranan dan nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut - facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Julai 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 23 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 100
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 261
SELANGOR 0 2,112
NEGERI SEMBILAN 0 1,028
MELAKA 0 258
JOHOR 1 (1) 718
PAHANG 1 (1) 366
TERENGGANU 0 114
KELANTAN 1 159
SABAH 1 384
SARAWAK 4 632
W.P. KUALA LUMPUR 1 (1) 2,454
W.P. PUTRAJAYA 0 98
W.P. LABUAN 0 17
JUMLAH KESELURUHAN 9 (3) 8,840

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

23 July 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that eight (8) cases have recovered and discharged well today. Cumulatively, 8,574 confirmed COVID-19 cases have been discharged (97% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

23 July 2020, 12 pm – A total of nine (9) additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,840 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 143 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the nine (9) additional cases reported today, three (3) are imported cases who were infected overseas, involving one (1) Malaysian and two (2) non-Malaysians (with family residing in Malaysia or allowed to enter Malaysia for work). The three (3) imported cases were travellers from:

  • Singapore – 1 case
  • India – 1 case
  • Philippines – 1 case

Of the six (6) local transmission cases, four (4) cases are among Malaysians and two (2) cases are among non-Malaysians.

Details of the local transmission cases among non-Malaysians (2 cases) are as follows:

  • Sabah – 1 case: From screening prior to release from prison.
  • Kelantan – 1 case: From screening of detainees in a prison prior to transfer to an Immigration Detention Centre.

Details of the local transmission COVID-19 cases among Malaysians (4 cases) are as follows:

  • Sarawak – 4 cases:
    • 1 case: From the Stutong Cluster.
    • 1 case: From the Sentosa Cluster.
    • 1 case: From the Kuching Engineering Cluster.
    • 1 case: Still under investigation. The case was asymptomatic and has been admitted into Sarawak General Hospital.

Currently, only five (5) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICUs), and two (2) patients are on ventilation support.

No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 123 COVID-19 deaths in Malaysia (1.39% of total cumulative cases).

The Decision for Mandatory Use of Facemasks in Certain Categories of Public Places

MOH welcomes the decision of the Special Meeting of Ministers on the Implementation of the Movement Control Order (MCO) today, that was announced by the Senior Minister (Security Cluster) earlier today, on the mandatory use of facemasks in public transport and crowded public places starting 1 August 2020. Individuals found violating this order may be fined.

For non-medical facemasks, the World Health Organization (WHO) recommends fabric or cloth facemasks with 3 layers consisting of:

  • The material for the inner layer is hydrophilic, such as cotton or cotton blend.
  • The material for the outer layer is hydrophobic such as polypropylene, polyester or a mixture. This layer can limit contamination from the outside from penetrating into the wearer’s nose and mouth.
  • The material for the middle layer made from synthetic non-woven materials such as polypropylene or a cotton layer that can increase the filtration or resistance to droplets.

In addition, facemasks should be worn properly and covers the space between the nasal space and the chin. Improper use by allowing facemasks to hang around the neck, forehead, or cover only part of the nose and mouth is inappropriate and carries the risk of contamination or infection to the wearer.

MOH recommends that facemasks should be worn properly.

Non-Compliance to the Home Surveillance Order and the Standard Operating Procedures

Malaysia had recorded the lowest number of daily additional COVID-19 cases during the second wave of the COVID-19 pandemic just three weeks ago on 1 July 2020. On that day, the country recorded only one (1) additional COVID-19 case. Local transmission cases were zero for several days before this.

However, recently the number of daily additional cases have increased, sometimes reaching two figures. Since 1 July 2020, MOH has reported 15 new clusters. The rising trend of daily additional cases and the existence of these new clusters are most likely due to the complacency and non-compliance of the public to the directives and advisories from the Government in dealing with this pandemic.

As many are aware, of late, there were photographs of some individuals placed under the Home Surveillance Order (HSO) but were found in public places, that have been viralled on social media.

Analysis of the latest data obtained through the MySejahtera application showed that from 7 July 2020 to 20 July 2020, 24.8% of individuals placed under the HSO did not use the Home Assessment Tool function. Individuals placed under the HSO must conduct a self-health assessment daily using the Home Assessment Tool function throughout the 14-day quarantine period.

So far, the number of travellers returning from overseas, termed as Person Under Surveillance, who are required to undergo HSO is 31,674 individuals, and of these, 18,416 individuals have so far completed the quarantine period. However, of these, 10% had not undergone the mandatory day 13 COVID-19 screening.

Similarly, compliance to the Standard Operating Procedures (SOPs) set is also inadequate. From observation, more people are now eating out in restaurants and have returned back to work in offices. However, while the data through the MySejahtera application showed that the number of new registered users continue to increase for the past three weeks, the number of check-ins at premises such as restaurants, supermarkets and similar business premises showed a declining trend. This indicates that compliance with the SOPs is declining. Owners of business premises and the public are reminded to continue to comply with the set SOPs so that together we can break the transmission of the COVID-19 infection chain in the community.

As is often mentioned, the public now needs to play a more important social role in fighting the COVID-19 pandemic. Continue to comply with the set SOPs. The public is also encouraged to continue to be the eyes and ears of the authorities by reporting actions that are found to violate the SOPs, to the enforcement authorities such as the Royal Malaysian Police (PDRM) for appropriate action.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to remain vigilant and to always comply to the recommendations and health advisories repeatedly emphasised by the MOH. These advisories must be incorporated into everyday life as the new normal.

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

23 July 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 23 July 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 100
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 261
Selangor 0 2,112
Negeri Sembilan 0 1,028
Melaka 0 258
Johor 1 (1) 718
Pahang 1 (1) 366
Terengganu 0 114
Kelantan 1 159
Sabah 1 384
Sarawak 4 632
WP Kuala Lumpur 1 (1) 2,454
WP Putrajaya 0 98
WP Labuan 0 17
Total 9 (3) 8,840

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case