STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,600 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 26 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,897 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 173 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 13 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan seorang (1) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia. Tiga (3) kes import tersebut adalah dari negara:
- Pakistan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
- Kazakhstan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
- Indonesia (1 kes di Kelantan).
Daripada 10 kes penularan di dalam negara, satu (1) kes adalah di kalangan bukan warganegara manakala sembilan (9) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.
Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara (1 kes) adalah seperti berikut:
- Johor: Satu (1) kes daripada Kluster Bukit Tiram.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (9 kes) pula adalah seperti berikut:
- Johor: Enam (6) kes daripada Kluster Bukit Tiram;
- Pahang: Satu (1) kes daripada saringan pra-prosedur;
- Sabah: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kepada kes ke-8662;
- Sarawak: Satu (1) kes daripada Kluster Sentosa.
Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 124 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
- Kes kematian ke-124 (kes ke-8743) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterolemia. Beliau mempunyai gejala demam dan batuk pada 3 Julai 2020 serta mendapat rawatan pada 9 Julai 2020. Beliau dirujuk ke Hospital Umum Sarawak pada hari yang sama untuk rawatan lanjut. Ujian COVID-19 didapati positif. Keadaan beliau didapati merosot dan kemudiannya semakin tenat. Beliau disahkan meninggal dunia pada 26 Julai 2020 jam 12.04 pagi.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.
PENGEMBARA PULANG SEBELUM 24 JULAI 2020 DIGESA PATUHI PERINTAH PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN DI RUMAH
Seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan (Kluster Keselamatan) pada 26 Julai 2020, Kerajaan telah memutuskan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan warganegara asing yang masuk ke Malaysia (expatriate, pasangan dan tanggungan rakyat Malaysia) perlu menjalani perintah kuarantin wajib 14 hari di Stesen Kuarantin yang ditetapkan Kerajaan bermula 24 Julai 2020.
Bagi pengembara yang telah pulang ke Malaysia dan menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (Home Surveillance Order – HSO) sebelum 24 Julai 2020, mereka dinasihatkan agar mematuhi sepenuhnya kepada syarat yang telah ditetapkan:
- Duduk di rumah untuk menjalani kuarantin di rumah sepenuhnya dan elak bercampur gaul dengan ahli keluarga atau rakan serumah;
- Sekiranya penjarakan sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain (social distancing) sukar diamalkan, mereka perlu memakai pelitup separuh muka (facemask);
- Gunakan aplikasi MySejahtera untuk menjalankan penilaian kesihatan kendiri;
- Gelang perintah pengawasan wajib dipakai sepanjang tempoh HSO;
- Menjalani ujian COVID-19 pada hari ke-13 di klinik swasta atau klinik kesihatan yang diiktiraf oleh KKM, serta mendapatkan salinan keputusan ujian tersebut;
- Pada hari ke-14, pengembara perlu hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat dengan laporan ujian COVID-19 untuk mendapatkan pelepasan daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, serta untuk menanggalkan gelang perintah pengawasan oleh PKD.
KKM ingin memaklumkan sehingga 24 Julai 2020, seramai 17,897 orang pengembara telah mendapat pelepasan daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, serta telah ditanggalkan gelang perintah pengawasan oleh PKD. Walau bagaimanapun, sehingga 24 Julai 2020, didapati masih terdapat 2,897 orang pengembara yang masih belum tampil ke PKD untuk mendapat pelepasan.
Pihak KKM di peringkat Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah akan terus kerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu-individu yang masih belum tampil ke PKD dengan keputusan ujian COVID-19 yang perlu dijalankan pada hari ke-13.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM yang menasihatkan orang ramai agar waspada dan terus patuhi saranan dan nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu iaitu:
- S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
26 Julai 2020 @ 5.00 petang.
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 26 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
PERLIS | 0 | 18 |
KEDAH | 0 | 100 |
PULAU PINANG | 0 | 121 |
PERAK | 0 | 262 |
SELANGOR | 0 | 2,118 |
NEGERI SEMBILAN | 0 | 1,028 |
MELAKA | 0 | 258 |
JOHOR | 7 | 737 |
PAHANG | 1 | 370 |
TERENGGANU | 0 | 114 |
KELANTAN | 1 (1) | 160 |
SABAH | 1 | 385 |
SARAWAK | 1 | 650 |
W.P. KUALA LUMPUR | 2 (2) | 2,460 |
W.P. PUTRAJAYA | 0 | 98 |
W.P. LABUAN | 0 | 18 |
JUMLAH KESELURUHAN | 13 (3) | 8,897 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
26 July 2020
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
The Ministry of Health (MOH) would like to inform that six (6) cases have recovered and discharged well today. Cumulatively, 8,600 confirmed COVID-19 cases have been discharged (96.7% of total cumulative cases).
Current Situation of COVID-19 in Malaysia
26 July 2020, 12 pm – A total of 13 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,897 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 173 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.
Of the 13 additional cases reported today, three (3) are imported cases who were infected overseas, involving one (1) Malaysian and two (2) non-Malaysians (allowed to enter Malaysia). The three (3) imported cases were travellers from:
- Pakistan – 1 case in Kuala Lumpur
- Kazakhstan – 1 case in Kuala Lumpur
- Indonesia – 1 case in Kelantan
Of the 10 local transmission cases, nine (9) cases are among Malaysians and one (1) case is a non-Malaysian.
Details of the local transmission cases among non-Malaysians (1 case) is as follows:
- Johor – 1 case: From the Bukit Tiram Cluster.
Details of the local transmission COVID-19 cases among Malaysians (9 cases) are as follows:
- Johor – 6 cases: From the Bukit Tiram Cluster.
- Pahang – 1 case: From pre-procedure screening.
- Sabah – 1 case: From screening of close contacts of Case 8,662.
- Sarawak – 1 case: From the Sentosa Cluster.
Currently, only two (2) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICUs), and one (1) patient is on ventilation support.
Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 124 COVID-19 deaths in Malaysia (1.39% of total cumulative cases):
- Death #124 (Case 8,743) is a 63 year old Malaysian woman, with history of hypertension, diabetes and hypercholesterolaemia. She developed fever and cough on 3 July 2020 and sought treatment on 9 July 2020. She was referred to Sarawak General Hospital on the same day and tested positive for COVID-19. Her condition deteriorated and she was pronounced dead on 26 July 2020, 12.04 am.
MOH extends its condolences to her family members.
Travellers Returning Before 24 July 2020 Urged to Comply to the Home Surveillance Order
As announced by the Senior Minister of Defense (Security Cluster) on 26 July 2020, the Government has decided that all Malaysians returning from overseas and non-Malaysians entering Malaysia (expatriates, spouses and dependents of Malaysians) must undergo mandatory quarantine for 14 days in Quarantine Stations as determined by the Government starting on 24 July 2020.
For travellers who have returned to Malaysia and had undergone the Home Surveillance Order (HSO) before 24 July 2020, they are advised to fully comply with the conditions set:
- Stay at home fully while under the quarantine period and avoid mixing with family members or other members of the household.
- If safe social distancing of at least 1 metre away from others is difficult to practice and maintain, they must wear facemasks.
- Use the MySejahtera application to conduct self-health assessment.
- The HSO bracelet must be worn at all times throughout the HSO.
- Undergo COVID-19 testing on day 13 at the nearest health clinic or private clinic accredited by MOH and obtain a copy of the results.
- On day 14, go to the nearest District Health Office (DHO) with the COVID-19 test results to be released from the HSO, and to have the HSO bracelet removed by the DHO officer.
MOH would like to inform that until 24 July 2020, a total of 17,897 travellers have been released from the HSO and the bracelet removed by the DHO. However, until 24 July 2020, there are still 2,897 travellers who have not presented at the DHO to be released from the HSO.
The MOH at all levels, Headquarters, State Health Departments and District Health Offices, will continue to work closely with the Royal Malaysian Police to take appropriate action against individuals who have not gone to the DHO with their day-13 COVID-19 test results.
Health Advisory on COVID-19
MOH advices the public to continue to remain vigilant and to always comply to the recommendations and health advisories repeatedly emphasised by the MOH. These advisories must be incorporated into everyday life as the new normal.
- Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
- Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
- Avoid shaking hands or touching others
- Practice good coughing and sneezing etiquette
- Seek early treatment if symptomatic
- Stay at home and avoid from visiting others
- Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas
In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:
- T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
- Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
- S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.
Thank you.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
26 July 2020 @ 5.00 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 26 July 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases * | Cumulative |
Perlis | 0 | 18 |
Kedah | 0 | 100 |
Pulau Pinang | 0 | 121 |
Perak | 0 | 262 |
Selangor | 0 | 2,118 |
Negeri Sembilan | 0 | 1,028 |
Melaka | 0 | 258 |
Johor | 7 | 737 |
Pahang | 1 | 370 |
Terengganu | 0 | 114 |
Kelantan | 1 (1) | 160 |
Sabah | 1 | 385 |
Sarawak | 1 | 650 |
WP Kuala Lumpur | 2 (2) | 2,460 |
WP Putrajaya | 0 | 98 |
WP Labuan | 0 | 18 |
Total | 13 (3) | 8,897 |
*( ) refers to imported confirmed COVID-19 case
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.