Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 27 Julai 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,601 kes (96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - July 27-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 27 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tujuh (7) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,904 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 179 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia. Empat (4) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Pakistan (1 kes di Sabah);
  • Rusia (1 kes di Selangor);
  • Australia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Indonesia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Tiada kes penularan di dalam negara di kalangan bukan warganegara yang dilaporkan. Kesemua tiga (3) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • Sabah - Tiga (3) kes saringan pra pembedahan:
    • Dua (2) kes dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu;
    • Satu (1) kes dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 124 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19 (4)

KES POSITIF BAGI MINGGU EPID KE-30 DI MALAYSIA

Pada minggu epid ke-30 tahun 2020 (iaitu 19 Julai 2020 sehingga 25 Julai 2020), sebanyak 120 kes baharu yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Sebanyak tiga (3) negeri mencatat kes yang tertinggi iaitu Sarawak (48 kes), Johor (29 kes) dan Selangor (19 kes).

Pada 23 dan 24 Julai 2020, KKM telah menghantar pasukan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) ke negeri Sarawak untuk meninjau dan membantu memberikan pandangan mengenai situasi penularan serta pengurusan jangkitan COVID-19 di sana. Pasukan tersebut terdiri daripada Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pakar Perubatan Patologi dan sebagainya. Mereka telah bekerjasama rapat dengan pasukan pelbagai disiplin di Negeri Sarawak.

KUMPULAN SASAR BAHARU PENDEKATAN TERTUMPU (TARGETED APPROACH) TELAH DIKENALPASTI

Seperti yang KKM telah laporkan sebelum ini, satu kluster baharu yang melibatkan sebuah pusat keagamaan telah dikesan pada 25 Julai 2020 iaitu Kluster Bukit Tiram. Kluster ini melibatkan sebuah Gereja Roman Katolik dan aktiviti keagamaan di beberapa negeri lain. Kluster ini didapati turut melibatkan kes import dari negara Filipina namun siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti kes indeks dan juga punca jangkitan COVID-19 bagi kluster ini.

BT1

Sebagai tindakan proaktif Kerajaan bagi mencegah dan membendung penularan jangkitan COVID-19, Kluster Bukit Tiram kini telah dikenalpasti sebagai salah satu kumpulan sasar bagi pendekatan tertumpu (targeted approach) di mana aktiviti pengesanan akan dilaksanakan segera terhadap semua kontak rapat dan individu yang telah menghadiri pusat keagamaan yang dikenalpasti.

BT2

Selain melaksanakan saringan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection), individu yang berisiko tinggi atau berkait rapat dengan kumpulan ini juga amat digalakkan untuk melakukan saringan COVID-19 kendiri. Sekiranya mempunyai gejala, segera hubungi Klinik Kesihatan atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk mendapatkan rawatan.

Pihak KKM menyeru supaya kumpulan ini tidak disisih dan tidak harus distigmakan oleh masyarakat. Malahan kita perlu membantu dan menggalakkan mereka tampil untuk disaring. Ini diharap dapat membantu membendung penularan COVID-19 di Negara kita.

KEPATUHAN KEPADA PROSEDUR STANDARD OPERASI (SOP) ADALAH KUNCI UNTUK MENGAWAL DAN MEMBENDUNG PENULARAN JANGKITAN COVID-19

Sehingga 26 Julai 2020, kes COVID-19 di seluruh dunia telah mencecah 16,000,000 kes. Kes harian yang dilaporkan pada 26 Julai 2020 pula adalah sebanyak 259,037 kes. Situasi COVID-19 di seluruh dunia yang semakin melarat adalah amat membimbangkan. Sekiranya kes harian COVID-19 di Malaysia meningkat secara mendadak, fasiliti kesihatan Negara kita tidak akan dapat menampung beban yang tinggi seterusnya melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan di Malaysia. Justeru, bagi mengelakkan daripada berlakunya situasi demikian, setiap individu daripada semua peringkat dan lapisan masyarakat perlulah patuh kepada SOP dan nasihat-nasihat KKM.

Orang ramai juga digesa agar terus patuh kepada Prosedur Standard Operasi (SOP) dan amalkan kelaziman baharu dalam usaha mencegah penularan COVID-19. Amalan penjarakan sosial yang selamat (social distancing), menjaga kebersihan tangan dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta pemakaian alat pelitup muka (facemask) di tempat awam dan tempat yang sesak perlu diamalkan setiap masa.

Seperti yang telah diumumkan YB Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), pemakaian facemask di dalam pengangkutan awam dan tempat-tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos 2020 adalah diwajibkan.

Setiap individu perlu mengambil serius dan patuh setiap saranan Kerajaan yang ditetapkan untuk mencegah jangkitan COVID-19.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM menasihati orang ramai agar waspada dan terus amalkan nasihat-nasihat ini sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian, misalnya:

  • Elakkan 3S / 3C: iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut - facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 Julai 2020 @ 5.00 petang.

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 100
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 262
SELANGOR 1 (1) 2,119
NEGERI SEMBILAN 0 1,028
MELAKA 0 258
JOHOR 0 737
PAHANG 0 370
TERENGGANU 0 114
KELANTAN 0 160
SABAH 4 (1) 389
SARAWAK 0 650
W.P. KUALA LUMPUR 2 (2) 2,462
W.P. PUTRAJAYA 0 98
W.P. LABUAN 0 18
JUMLAH KESELURUHAN 7 (4) 8,904

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

27 July 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that one (1) case has recovered and discharged today. Cumulatively, 8,601 confirmed COVID-19 cases have been discharged (96.6% of total cumulative cases).

NEW-White-Update-case-number-covid-19 (21)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

27 July 2020, 12 pm – A total of seven (7) additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,904 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 179 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the seven (7) additional cases reported today, four (4) are imported cases who were infected overseas, involving three (3) Malaysians and one (1) non-Malaysian (spouse to a Malaysian). The four (4) imported cases were travellers from:

  • Pakistan – 1 case in Sabah
  • Russia – 1 case in Selangor
  • Australia – 1 case in Kuala Lumpur
  • Indonesia – 1 case in Kuala Lumpur

No local transmission among non-Malaysians is reported today. All three (3) local transmission cases are among Malaysians, details as follows:

  • Sabah – 3 cases: From pre-surgical screening:
    • 2 cases: At Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu.
    • 1 case: At the Sabah Women and Children’s Hospital, Likas.

Currently, no confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units.

No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 124 COVID-19 deaths in Malaysia (1.39% of total cumulative cases).

NewMapping Bi July 28-01

Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia in the 30th Epidemiology Week

During the 30th epidemiology week of 2020 (i.e. from 19 to 25 July 2020), a total of 120 additional confirmed cases have been reported to the National CPRC. A total of three (3) states recorded the highest number of cases i.e. Sarawak (48 cases), Johor (29 cases) and Selangor (19 cases).

On 23 and 24 July 2020, the MOH had sent a team led by the Deputy Director General of Health (Research and Technical Support) to Sarawak to review and help provide input on the current situation of transmission and management of COVID-19 infection. The team consisted of Public Health Specialists, Pathologists and other related specialists. They had worked closely with a multi-disciplinary team in Sarawak.

New High-Risk Group has been Identified for the Targeted Approach

MOH has earlier reported that a new cluster involving a religious centre has been detected on 25 July 2020, i.e. the Bukit Tiram Cluster. This cluster involved a Roman Catholic Church and religious activities in several other states. This cluster was associated with imported cases from the Philippines, however investigation is still ongoing to identify the index case as well as the source of the infection for this cluster.

As a proactive action by the Government to prevent and control the transmission of the COVID-19 infection, the Bukit Tiram Cluster has now been identified as one of the high-risk groups for the targeted approach, whereby investigation and tracking of all close contacts are being done immediately for all individuals identified to have attended the religious centre and its related religious activities.

In addition to screening and active case detection, high-risk individuals or those closely associated with this group are also strongly encouraged to seek COVID-19 screening on their own. If having symptoms, immediately contact the nearest Health Clinic or District Health Office for further management.

MOH urges that this group of individuals should not be excluded and not stigmatised by the community. In fact, we need to help and encourage them to come forward for screening. This will help in controlling the transmission of COVID-19 in our country.

Compliance to the Standard Operating Procedures is Key to Controlling and Preventing the Transmission of COVID-19

As of 26 July 2020, COVID-19 cases worldwide have reached 16,000,000 cases. The daily cases reported on 26 July 2020 were 259,037 cases. The deteriorating COVID-19 situation around the world is alarming. If the daily cases of COVID-19 in Malaysia increase dramatically, our country’s health facilities will not be able to cope with the high burden, subsequently paralysing the healthcare system in Malaysia. Therefore, to prevent such a situation from occurring, every individual from all levels of society and walks of life must comply to the Standard Operating Procedures (SOPs) and advisories from the MOH.

The public is also urged to continue to adhere to the SOPs and practice the new norms in our effort to prevent the transmission of COVID-19 infection. Safe social distancing, maintaining hand hygiene by regular hand washing with water and soap, as well as the use of facemasks in public and crowded places should be practiced at all times.

As announced by the Senior Minister (Security Cluster), the use of facemasks in public transport and crowded public places from 1 August 2020 is mandatory.

Every individual must take this seriously and comply with every Government recommendation to prevent the COVID-19 infection.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to remain vigilant and to always comply to the recommendations and health advisories repeatedly emphasised by the MOH. These advisories must be incorporated into everyday life as the new normal.

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

27 July 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 27 July 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 100
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 262
Selangor 1 (1) 2,119
Negeri Sembilan 0 1,028
Melaka 0 258
Johor 0 737
Pahang 0 370
Terengganu 0 114
Kelantan 0 160
Sabah 4 (1) 389
Sarawak 0 650
WP Kuala Lumpur 2 (2) 2,462
WP Putrajaya 0 98
WP Labuan 0 18
Total 7 (4) 8,904

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case