Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 30 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,617 kes (96.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - July 30-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 30 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lapan (8) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,964 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 223 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada lapan (8) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2)  warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia. Tiga (3) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Kazakhstan (1 kes di Selangor);
  • Indonesia (1 kes di Kedah); dan
  • Filipina (1 kes di Sabah).

Kesemua lima (5) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia. Perinciannya adalah seperti berikut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu (1) kes saringan di sebuah pusat perubatan;
  • Johor: satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang;
  • Sabah -Tiga (3) kes:
    • Satu (1) kes saringan rujukan ke hospital di Hospital Queen Elizabeth;
    • Satu (1) kes saringan hospital di Hospital Queen Elizabeth; dan
    • Satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Tawau.

Tiada kes di kalangan bukan warganegara Malaysia yang dilaporkan.

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19

Sehingga kini, terdapat tiga (3) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 124 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

RAIKAN HARI RAYA AIDILADHA DENGAN DENGAN NORMAL DAN KEBIASAAN BAHARU

Umat Islam bakal meraikan Hari Raya Aidiladha pada 31 Julai 2020, pun begitu, seperti perayaan-perayaan lain yang diraikan kebelakangan ini semasa pandemik COVID-19 ianya juga harus diraikan dengan cara yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Khuatir dengan risiko penularan jangkitan COVID-19 di kalangan masyarakat pada Hari Raya Aidiladha, Kerajaan telah mengambil pelbagai pendekatan dalam membenarkan umat Islam meraikan perayaan Hari Raya Aidiladha dengan lebih selamat.

115956650_2621541711282052_2767018977876875332_o

116129121_2621544187948471_7197731367888465339_o

KKM menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan daripada mengadakan sebarang perhimpunan besar-besaran bagi sambutan Hari Raya Aidil Adha. Beberapa Prosedur Standard Operasi (SOP) telah dibangunkan bagi membolehkan sambutan diraikan dengan normal baharu.

KKM juga ingin menekankan bahawa pemakaian alat pelitup muka (facemask) adalah amat digalakkan di tempat yang sesak dan sempit, terutamanya sekiranya penjarakan fizikal (physical distancing) sukar diamalkan. Namun begitu, harus diingati bahawa ketiga-tiga penjarakan fizikal, kebersihan tangan dan pemakaian facemask adalah amat penting dan harus diamalkan selalu.

Berhati-hatilah di jalan raya dan patuhilah arahan pihak berkuasa ketika memandu. Jika bersinggah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), pastikan patuhi SOP yang ditetapkan. Bagi yang mengambil pengangkutan awam pula, ikutilah SOP yang ditetapkan dan pakailah pelitup muka.

Ini adalah tanggungjawab sosial yang harus dipenuhi bersama-sama oleh setiap lapisan dan kategori masyarakat. Dengan kerjasama orang ramai, kita boleh mengelakkan daripada berlakunya sebarang penularan COVID-19 semasa perayaan ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Susulan itu, masyarakat dinasihatkan untuk terus waspada dan terus amalkan nasihat-nasihat ini sebagai satu kebiasaan baharu bukan sahaja semasa musim perayaan, namun dalam kehidupan harian misalnya:

  • Elakkan 3S / 3C :iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W :iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu iaitu:

  • S :Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O :Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P :Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Julai 2020 @ 5.00 petang.

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 19
KEDAH 1 (1) 107
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 262
SELANGOR 1 (1) 2,122
NEGERI SEMBILAN 0 1,028
MELAKA 0 258
JOHOR 1 739
PAHANG 0 370
TERENGGANU 0 114
KELANTAN 0 160
SABAH 4 (1) 397
SARAWAK 0 677
W.P. KUALA LUMPUR 1 2,473
W.P. PUTRAJAYA 0 98
W.P. LABUAN 0 19
JUMLAH KESELURUHAN 8 (3) 8,964

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

30 July 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that five (5) cases have recovered and discharged. Cumulatively, 8,617 confirmed COVID-19 cases have been discharged (96.1% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

30 July 2020, 12 pm – A total of eight (8) additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,964 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 223 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the eight (8) additional cases reported today, three (3) are imported cases who were infected overseas, involving two (2) Malaysians and one (1) non-Malaysian (allowed to enter Malaysia). The three (3) imported cases were travellers from:

  • Kazakhstan – 1 case in Selangor
  • Indonesia – 1 case in Kedah
  • Philippines – 1 case in Sabah

All five (5) local transmission cases are among Malaysians, details as follows:

  • Kuala Lumpur – 1 case: From screening at a medical centre.
  • Johor – 1 case: From pre-surgery screening at Tengku Ampuan Afzan Hospital, Pahang.
  • Sabah – 3 cases:
    • 1 case: From screening of a referred case at Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu.
    • 1 case: From hospital-based screening at Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu.
    • 1 case: From pre-surgery screening at Tawau Hospital.

No cases of local transmission among non-Malaysians are reported today.

Currently, three (3) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), and one (1) patient is on ventilation support.

No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 124 COVID-19 deaths in Malaysia (1.38% of total cumulative cases).

Celebrate Hari Raya Aidil Adha with the New Normal

Muslims will celebrate Hari Raya Aidil Adha on 31 July 2020, however, like other festivals celebrated recently during the COVID-19 pandemic, it should also be celebrated in a different way than in previous years. Concerned about the risk of transmission of COVID-19 among the community on Hari Raya Aidil Adha, the Government has taken various measures in allowing Muslims to celebrate Hari Raya Aidil Adha safely.

The MOH advised the public to refrain from holding any large-scale congregation for the Hari Raya Aidil Adha celebration. Several Standard Operating Procedures (SOPs) have been developed to enable celebrations with the new normal.

MOH also emphasises that the use of facemasks is highly recommended in crowded and confined places, especially if physical distancing is difficult to practice and maintain. However, all three measures of physical distancing, hand hygiene and the use of facemasks are very important and should be practiced regularly.

Be careful on the road and follow the instructions of the authorities while driving. If stopping at the Rest and Respite (R&R) areas, be sure to follow the prescribed SOP. For those using public transport, follow the prescribed SOP and wear facemasks.

This is a social responsibility that must be undertaken together by every level of the society. With the cooperation of the public, we can prevent any transmission of COVID-19 infection during this festivity.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to remain vigilant and to always comply to the recommendations and health advisories repeatedly emphasised by the MOH. These advisories must be incorporated into everyday life as the new normal.

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

30 July 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 30 July 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 19
Kedah 1 (1) 107
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 262
Selangor 1 (1) 2,122
Negeri Sembilan 0 1,028
Melaka 0 258
Johor 1 739
Pahang 0 370
Terengganu 0 114
Kelantan 0 160
Sabah 4 (1) 397
Sarawak 0 677
WP Kuala Lumpur 1 2,473
WP Putrajaya 0 98
WP Labuan 0 19
Total 8 (3) 8,964

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case