Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 1 Ogos 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,647 kes (96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - ogos 1-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 1 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat sembilan (9) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,985 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 213 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada sembilan (9) kes baharu yang dilaporkan, tujuh (7) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan lima (5) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara. Tujuh (7) kes import tersebut adalah dari negara:

  • India (2 kes di Selangor);
  • Emiriah Arab Bersatu (UAE) (1 kes di Selangor);
  • Jepun (1 kes di Selangor);
  • Switzerland (1 kes di Selangor);
  • Filipina (1 kes di Perak); dan
  • Pakistan (1 kes di Perak).

Daripada dua (2) kes penularan di dalam negara, satu (1) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu (1) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (1 kes) adalah di negeri Kedah. Kes tersebut adalah daripada Kluster PUI Sivagangga.

Bagi kes jangkitan dalam negara (1 kes) di kalangan bukan warganegara pula adalah di negeri Selangor. Kes tersebut adalah daripada Kluster Bukit Tiram dan akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19 (6)

KES PERTAMA DI LUAR NEGERI JOHOR BAGI KLUSTER BUKIT TIRAM  

Sehingga 1 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 135 orang telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19;
  • 124 negatif; dan
  • Satu (1) masih menunggu keputusan.

Daripada 10 kes positif, empat (4) orang adalah bukan warganegara Malaysia. Kes positif yang dilaporkan pada hari ini (kes ke-8977) merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-8893 dari negeri Johor. Melalui siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah, kes positif ke-8893 didapati menginap di rumah kes ke-8977 pada 16 Julai 2020 sehingga 19 Julai 2020 di Selangor. Justeru, beliau telah dikenalpasti dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah.

Ujian saringan COVID-19 kali kedua dijalankan apabila kes ke-8977 mengalami gejala batuk dan sakit tekak. Beliau dikesan positif dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh

Pecahan kes dan kontak rapat mengikut negeri adalah seperti di bawah:

NEGERI BILANGAN KONTAK RAPAT BILANGAN

KES POSITIF

Johor 69 9
Melaka 11 0
Selangor 18 1
WP Kuala Lumpur & Putrajaya 21 0
Terengganu 6 0
JUMLAH 125 10

PEMAKAIAN PELITUP MUKA WAJIB MULAI 1 OGOS 2020

KKM ingin memaklumkan bahawa Kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak tumpuan umum bermula 1 Ogos 2020. Ini merupakan salah satu strategi untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia. Individu yang mengingkari arahan ini bakal berdepan hukuman denda RM1,000 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Namun harus diingati bahawa, penggunaan pelitup muka harus diamalkan bersama dengan penjagaan kebersihan tangan dengan kerap dan penjarakan fizikal (physical distancing) yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu (1) meter daripada orang lain.

Terdapat 2 jenis pelitup muka yang boleh digunakan bagi tujuan pencegahan tersebut iaitu pelitup muka perubatan (medical) dan pelitup muka bukan perubatan (non-medical).

  1. Pelitup muka perubatan seperti 3 ply surgical mask, digunakan oleh petugas Kesihatan; orang awam yang mempunyai gejala saluran pernafasan; golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas (iaitu mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas); dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
  2. Penggunaan pelitup muka bukan perubatan disyorkan untuk mereka yang tidak mengalami gejala namun berada di tempat-tempat di mana penjarakan fizikal sukar diamalkan.

Terdapat juga pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik di pasaran. Namun, ia mungkin tidak menepati ciri-ciri yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Pelitup muka tersebut boleh dipakai untuk kegunaan orang awam tetapi keberkesanannya mungkin berbeza bergantung kepada jenis dan bilangan lapisan kain yang digunakan. Adalah diingatkan bahawa pelitup muka tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Semua pelitup muka perlu dipakai dan dilupuskan dengan cara yang betul.

Pelitup muka tidak boleh dipakai oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua (2) tahun, bagi mereka yang sukar bernafas dan individu yang tidak sedarkan diri, kurang berupaya, atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.

Masyarakat diseru untuk memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan dalam memerangi kejadian ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh merupakan satu peribahasa yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan Malaysia dalam menghadapi pandemik COVID-19 yang melanda dunia bersama.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan masyarakat agar terus waspada dan terus amalkan nasihat-nasihat ini sebagai satu kebiasaan baharu bukan sahaja semasa musim perayaan, namun dalam kehidupan harian misalnya:

  • Elakkan 3S / 3C :iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W :iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut - facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu iaitu:

  • S :Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O :Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P :Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 19
KEDAH 1 110
PULAU PINANG 0 121
PERAK 2 (2) 264
SELANGOR 6 (5) 2,129
NEGERI SEMBILAN 0 1,029
MELAKA 0 258
JOHOR 0 742
PAHANG 0 370
TERENGGANU 0 114
KELANTAN 0 160
SABAH 0 398
SARAWAK 0 678
W.P. KUALA LUMPUR 0 2,476
W.P. PUTRAJAYA 0 98
W.P. LABUAN 0 19
JUMLAH KESELURUHAN 9 (7) 8,985

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

1 August 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that three (3) cases have recovered and discharged today. Cumulatively, 8,647 confirmed COVID-19 cases have been discharged (96.2% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

1 August 2020, 12 pm – A total of nine (9) additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,985 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 213 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the nine (9) additional cases reported today, seven (7) are imported cases who were infected overseas, involving five (5) Malaysians and two (2) non-Malaysians. The seven (7) imported cases were travellers from:

  • India – 2 cases in Selangor
  • United Arab Emirates (UAE) – 1 case in Selangor
  • Japan – 1 case in Selangor
  • Switzerland – 1 case in Selangor
  • Philippines – 1 case in Perak
  • Pakistan – 1 case in Perak

Of the two (2) local transmission cases, one (1) case is among Malaysians and one (1) case is among non-Malaysians.

The details of the local transmission cases among Malaysians (1 case) – Case is from Kedah, from the Sivagangga PUI Cluster.

The details of the local transmission cases among non-Malaysians (1 case) – Case in Selangor, from the Bukit Tiram Cluster, as detailed below.

Currently, two (2) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), and one (1) patient is on ventilation support.

No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 125 COVID-19 deaths in Malaysia (1.39% of total cumulative cases).

NEW-White-Update-case-number-covid-19 (26)

First Case Outside of Johor for the Bukit Tiram Cluster

As of 1 August 2020, 12 pm, a total of 135 individuals have been screened. Of these:

  • 10 confirmed COVID-19 cases
  • 124 individuals tested negative
  • 1 individual awaiting results

Of the 10 confirmed cases, four (4) are non-Malaysians. The additional confirmed case reported today (Case 8,977) is a close contact to the Case 8,893 from Johor. Through the investigation and active contact detection conducted by the District Health Office, Case 8,893 had stayed in the house of Case 8,977 from 16 July 2020 until 19 July 2020 in Selangor. Thus, the case was identified and given a Home Surveillance Order (HSO).

A second COVID-19 screening test was conducted when Case 8,977 developed symptoms of cough and sore throat. The case tested positive for COVID-19 and admitted into Sungai Buloh Hospital.

The breakdown of cases and close contacts by states are as follows:

State No. of close contacts No. of confirmed COVID-19 cases
Johor 69 9
Melaka 11 0
Selangor 18 1
Kuala Lumpur & Putrajaya 21 0
Terengganu 6 0
Total 125 10

Mandatory Use of Facemasks from 1 August 2020

MOH would like to inform that the Government has made it mandatory to wear facemasks in public transport and in crowded public areas from 1 August 2020. This is one of the strategies to prevent the spread of COVID-19 infection in Malaysia. Individuals who do not comply to this directive will face a fine of RM1,000 under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 [Act 342].

However, it should be remembered that the use of facemasks should be practiced together with regular good hand hygiene and safe physical distancing of at least one (1) metre from others.

There are two types of facemasks that can be used for the purpose of prevention, namely medical facemasks and non-medical facemasks.

  1. Medical facemasks such as the 3-ply surgical masks, should be used by healthcare workers (HCWs), individuals with respiratory tract infection symptoms, high-risk groups such as older adults (i.e. those age 60 years and above), and those with chronic diseases such as diabetes and hypertension.
  2. The use of non-medical facemasks is recommended for individuals who do not have symptoms but are in places where physical distancing is difficult to practice.

There are also fabric non-medical facemasks on the market. However, these may not meet the criteria recommended by the World Health Organization (WHO). Such facemasks can be worn by the public, but their effectiveness may vary depending on the type of material and number of layers of the fabric used. It is important to note that facemasks should not be shared with others. All facemasks need to be worn and disposed of properly.

Jenis-pelitup-muka-fabrik_2 (1)

Facemasks should not be worn by children less than two (2) years of age, by individuals who may have difficulty breathing, individuals who are unconscious, disabled, or unable to remove facemasks without assistance.

The public is requested to give full cooperation to the Government in combating the current situation. “United we are strong, separated we will fall” (Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh) is a proverb that will determine the success or failure of Malaysia in facing the COVID-19 pandemic that is affected all countries globally.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to remain vigilant and to always comply to the recommendations and health advisories repeatedly emphasised by the MOH. These advisories must be incorporated into everyday life as the new normal.

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are now mandatory in public areas or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

1 August 2020 @ 5.00 pm

 

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 1 August 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 19
Kedah 1 110
Pulau Pinang 0 121
Perak 2 (2) 264
Selangor 6 (5) 2,129
Negeri Sembilan 0 1,029
Melaka 0 258
Johor 0 742
Pahang 0 370
Terengganu 0 114
Kelantan 0 160
Sabah 0 398
Sarawak 0 678
WP Kuala Lumpur 0 2,476
WP Putrajaya 0 98
WP Labuan 0 19
Total 9 (7) 8,985

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case