Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 3 Ogos 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,668 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 3ogos-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 3 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat dua (2) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,001 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 208 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa kedua-dua kes baharu yang dilaporkan adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia. Tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang dilaporkan pada hari ini. Perincian kes penularan di dalam negara COVID-19 adalah seperti berikut:

  • Kedah: satu (1) kes daripada Kluster PUI Sivagangga;
  • Wilayah Persekutuan Labuan: satu (1) kes saringan rawak di lapangan berkaitan pelajar Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

Sehingga kini, terdapat satu (1) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19 (8)

SITUASI TERKINI KLUSTER PUI SIVAGANGGA

Sehingga 3 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 425 orang telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • 21 kes dikesan positif COVID-19;
  • 362 negatif; dan
  • 42 kes masih menunggu keputusan.

Seperti yang diketahui umum, Kluster PUI Sivagangga ini merupakan sebuah kluster penularan di dalam negara yang telah berpunca daripada kes import (iaitu kes indeks bagi kluster ini). Selain Kluster PUI Sivagangga, terdapat juga kluster-kluster aktif lain yang didapati berpunca daripada kes import yang tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) yang dilaksanakan dari 10 Jun hingga 23 Julai 2020. Kluster-kluster tersebut adalah:

  • Kluster Elsa
  • Kluster PUI Novgorod
  • Kluster PUI Pitakwa
  • Kluster PUI Melbourne
  • Kluster PUI Ramnad
  • Kluster PUI Al Khobar
  • Kluster PUI Shirala

Kes indeks Kluster PUI Sivagangga merupakan seorang pemilik kedai makan yang telah pulang ke Malaysia dari India dan diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (Home Surveillance Order – HSO). Namun demikian, beliau didapati tidak mematuhi syarat-syarat perintah tersebut.

sivaG

Ketidakpatuhan ini telah menyebabkan penularan jangkitan COVID-19 yang meluas dalam kluster ini. Penularan ini telah dikenalpasti melalui aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) yang dijalankan oleh Kerajaan. Namun begitu, Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri turut menghadapi beberapa cabaran dalam menjalankan sepenuhnya aktiviti pengesanan kontak rapat. Ini kerana kedai makan yang terbabit didapati tidak menggunakan aplikasi MySejahtera mahupun merekod kehadiran serta suhu badan pelanggan-pelanggan di kedai makan ini.

Pada hari ini, satu (1) kes baharu telah dilaporkan dalam kluster ini (iaitu kes ke-9000), di mana beliau merupakan seorang pelanggan tetap kedai makan tersebut. Beliau telah menjalani saringan COVID-19 kendiri di sebuah fasiliti kesihatan swasta pada 27 Julai 2020 dan keputusan saringan Rapid Test Kit Antibody didapati negatif. Pada 31 Julai 2020, beliau mula mengalami gejala demam dan batuk namun tidak menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Klinik Kesihatan terdekat untuk rawatan segera. Hanya satu (1) hari kemudiannya, iaitu selepas penglibatan dalam aktiviti-aktiviti semasa Hari Raya Aidiladha, kes telah memaklumkan bahawa beliau merupakan kontak rapat kepada kes indeks. Susulan itu, saringan dijalankan dengan menggunakan ujian RT-PCR dan kes didapati positif COVID-19. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan.

Mengambil iktibar daripada kes ini, KKM ingin mengingatkan masyarakat supaya tidak menyimpan atau merahsiakan sebarang maklumat penting seperti sebarang kontak dengan kes-kes positif COVID-19 atau maklumat yang berkenaan daripada pihak berkuasa. Orang ramai sewajarnya tampil ke hadapan sekiranya berisiko tinggi atau mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19. Ini adalah tanggungjawab sosial yang perlu wujud dalam diri setiap individu agar kita dapat sama-sama membendung penularan jangkitan COVID-19.

KKM juga menggesa semua majikan, peniaga, syarikat atau pemilik premis untuk mendaftar dengan aplikasi MySejahtera melalui laman sesawangnya. Seperti yang telah diumumkan YB Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) dalam sidang media beliau sebentar tadi, Kerajaan telah mewajibkan penggunaan aplikasi ini di semua premis bagi memudahkan proses pengesanan kontak rapat kes positif COVID-19.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan masyarakat agar terus waspada dan terus amalkan nasihat-nasihat ini sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian misalnya:

  • Elakkan 3S / 3C :iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W :iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 19
KEDAH 1 122
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 264
SELANGOR 0 2,130
NEGERI SEMBILAN 0 1,029
MELAKA 0 258
JOHOR 0 742
PAHANG 0 370
TERENGGANU 0 114
KELANTAN 0 160
SABAH 0 400
SARAWAK 0 678
W.P. KUALA LUMPUR 0 2,476
W.P. PUTRAJAYA 0 98
W.P. LABUAN 1 20
JUMLAH KESELURUHAN 2 9,001

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

3 August 2020

 

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that four (4) cases have recovered and discharged today. Cumulatively, 8,668 confirmed COVID-19 cases have been discharged (96.3% of total cumulative cases).

NewMapping Bi 3Ogos-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

3 August 2020, 12 pm – A total of two (2) additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 9,001 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 208 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

The two (2) additional confirmed cases reported today are local transmission cases involving Malaysians. No imported cases who were infected overseas are reported today. The details of the local transmission cases are as follows:

  • Kedah – 1 case: From the Sivagangga PUI Cluster.
  • Labuan – 1 case: From random screening in the field, a college student. The case was asymptomatic and has been admitted into Labuan Hospital.

Currently, only one (1) confirmed COVID-19 case is receiving treatment in the intensive care unit (ICU), and no patient is on ventilation support.

No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 125 COVID-19 deaths in Malaysia (1.39% of total cumulative cases).

NEW-White-Update-case-number-covid-19 (28)

Current Status of the Sivagangga PUI Cluster

As of 3 August 2020, 12 pm, a total of 425 individuals have been screened. Of these:

  • 21 confirmed COVID-19 cases
  • 362 individuals tested negative
  • 42 individuals awaiting results

As informed earlier, the Sivagangga PUI Cluster is a local transmission cluster in the community that was caused by an imported case (i.e. the index case for this cluster). In addition to the Sivagangga PUI Cluster, there are also other active clusters that were caused by imported cases who have not complied with the Home Surveillance Order (HSO) that was implemented from 10 June to 23 July 2020. These clusters are:

  • Elsa Cluster
  • Novgorod PUI Cluster
  • Pitakwa PUI Cluster
  • Melbourne PUI Cluster
  • Ramnad PUI Cluster
  • Al-Khobar PUI Cluster
  • Shirala PUI Cluster

The index case for the Sivagangga PUI Cluster is a restaurant owner who has returned to Malaysia from India and was placed under the HSO. However, he was found not to have complied with the terms of the Order.

This non-compliance has led to widespread transmission of the COVID-19 infection in the community. The disease transmission has been identified through investigation of close contacts and active case detection conducted by the Government. However, the District Health Office and the State Health Department face several challenges in fully carrying out contact tracing activities. This is because the restaurant involved did not use the MySejahtera application nor record the attendance as well as the body temperature of customers to this restaurant.

Today, one (1) additional confirmed case was reported in this cluster (Case 9,000), who is a regular customer of the restaurant. He underwent a self-initiated COVID-19 screening at a private health facility on 27 July 2020, and the results of the Rapid Test Kit Antibody screening was negative. On 31 July 2020, he began to experience symptoms of fever and cough but did not contact the District Health Office or the nearest Health Clinic for immediate treatment. Only one (1) day later, after being involved with activities related to the Hari Raya Aidil Adha celebration, the case has come forward to inform that he is a close contact to the index case. Subsequently, RT-PCR screening test was done, and the case was found to be positive for COVID-19. The case was then admitted into Sultanah Bahiyah Hospital for treatment.

Learning from this case, MOH would like to remind the public not to withhold or hide any important information such as any close contact with confirmed COVID-19 cases or similar relevant information from the authorities. The public should come forward if they are at high-risk or have close contact with a confirmed COVID-19 case. It is the social responsibility of every individual in the community so that together we can prevent and control the transmission of COVID-19 infection.

MOH also urges all employers, traders, companies or premises’ owners to register with the MySejahtera application through its website. As announced by the Senior Minister (Security Cluster) during his press conference earlier this afternoon, the Government has made it mandatory to use this application in all premises to facilitate the process of investigation and tracking of close contacts of confirmed COVID-19 cases.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to remain vigilant and to always comply to the recommendations and health advisories repeatedly emphasised by the MOH. These advisories must be incorporated into everyday life as the new normal.

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

3 August 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 3 August 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 19
Kedah 1 122
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 264
Selangor 0 2,130
Negeri Sembilan 0 1,029
Melaka 0 258
Johor 0 742
Pahang 0 370
Terengganu 0 114
Kelantan 0 160
Sabah 0 400
Sarawak 0 678
WP Kuala Lumpur 0 2,476
WP Putrajaya 0 98
WP Labuan 1 20
Total 2 9,001

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case