Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 4 Ogos 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 16 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,684 kes (96.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - Ogos 4-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 4 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat satu (1) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,002 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 193 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa satu (1) kes baharu yang dilaporkan hari ini adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis. Tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang dilaporkan pada hari ini.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada kes positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

HANYA SATU (1) KES BAHARU DILAPORKAN HARI INI

Sebulan sudah berlalu sejak Negara kita telah melaporkan satu (1) kes harian COVID-19 iaitu pada 1 Julai 2020 lepas. Sekali lagi, kita melihat penurunan kes harian kepada hanya satu (1) kes. KKM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana pencapaian ini sememangnya adalah hasil usaha dan kerjasama setiap peringkat dan lapisan masyarakat serta agensi terbabit dalam memainkan peranan masing-masing. KKM berharap masyarakat akan terus mengamalkan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19 (9)

Setiap lapisan dan kumpulan masyarakat diseru agar dapat meneruskan usaha menurunkan kes COVID-19 di Negara kita dengan mengamalkan penjarakan fizikal yang selamat (physical distancing) iaitu sekurang-kurangnya 1 meter di antara satu sama lain, menjaga kebersihan diri terutamanya kebersihan tangan, mengelakkan kawasan yang sempit dan sesak serta mengelakkan bertutur dengan jarak yang dekat.

Penularan semula jangkitan COVID-19 di Malaysia boleh berlaku sekiranya kita leka dan mengambil mudah saranan, arahan serta amaran Kerajaan. Justeru, masyarakat perlu terus mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 pada setiap masa bagi memastikan kita terus berjaya dalam memerangi wabak COVID-19.

 

BERITA PALSU YANG TULAR TENTANG SARINGAN COVID-19 BAGI PELAJAR DAN IBUBAPA YANG BERAYA DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH

KKM ingin merujuk kepada berita palsu yang tular melalui media sosial mengenai arahan bagi ibubapa dan pelajar yang telah bercuti di daerah Kubang Pasu, Kedah untuk menjalani saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan yang berdekatan. Ingin dimaklumkan bahawa pihak KKM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi sepertimana yang tular.

Seperti yang diumumkan oleh KKM, individu yang perlu menjalani saringan COVID-19 adalah:

  1. Mereka yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19;
  2. Penduduk yang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran iaitu di:
    • Radius 1 kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu);
    • Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu);
    • Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu);
    • Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap);
  1. Mereka yang berkait rapat dengan kedai makan yang terbabit dalam Kluster PUI Sivagangga, misalnya:
    • Pelanggan atau orang yang singgah makan; atau
    • Berurusan dengan kes indeks kluster ini atau dengan pekerja-pekerja di kedai makan tersebut dari 13 Julai 2020 sehingga 27 Julai 2020;
  1. Mereka yang mempunyai gejala demam atau gejala saluran pernafasan.

Individu-individu seperti di atas perlu segera menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan untuk menjalani saringan COVID-19. KKM akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam menangani isu ini bagi memastikan arahan yang dikeluarkan adalah sahih dan tepat.

Pihak KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh menimbulkan keresahan dan kerisauan orang ramai. Sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu berita palsu seperti di atas mahupun isu-isu lain berkaitan COVID-19, orang awam boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan, KKM di talian hotline: 03-88810200, 03-88810600, 03-88810700 dan emel rasmi; cprc@moh.gov.my. Maklumat lanjut yang sahih mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya dan boleh menyalurkan maklumat kepada Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di:

  • Talian 03-8911 5103; atau
  • Layari sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan berita.

Orang ramai juga diseru supaya tidak menularkan sebarang berita palsu atau berita yang diragui kesahihannya.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Masyarakat haruslah sentiasa waspada dan terus amalkan nasihat-nasihat yang sering ditekankan oleh KKM sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian. Antara nasihat-nasihat tersebut adalah seperti berikut:

  • Elakkan 3S / 3C :iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W :iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S :Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O :Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P :Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 1 20
KEDAH 0 122
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 264
SELANGOR 0 2,130
NEGERI SEMBILAN 0 1,029
MELAKA 0 258
JOHOR 0 742
PAHANG 0 370
TERENGGANU 0 114
KELANTAN 0 160
SABAH 0 400
SARAWAK 0 678
W.P. KUALA LUMPUR 0 2,476
W.P. PUTRAJAYA 0 98
W.P. LABUAN 0 20
JUMLAH KESELURUHAN 1 (0) 9,002

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

4 August 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 16 cases have recovered and discharged well today. Cumulatively, 8,684 confirmed COVID-19 cases have been discharged (96.5% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

4 August 2020, 12 pm – One (1) additional confirmed COVID-19 case was reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 9,002 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 193 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

The one (1) additional confirmed case reported today is a local transmission case involving a Malaysian, a Severe Acute Respiratory Infection (SARI) case in Tuanku Fauziah Hospital, Perlis. No imported cases who were infected overseas are reported today.

Currently, no confirmed COVID-19 case is receiving treatment in the intensive care unit (ICU), and no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 125 COVID-19 deaths in Malaysia (1.39% of total cumulative cases).

NEW-White-Update-case-number-covid-19 (29)

Only One (1) Additional Case Reported Today

A month has passed since our country reported one (1) additional daily case of COVID-19 on 1 July 2020. Again, we see a decrease in daily reported cases to just one (1) case. MOH would like to thank all parties for this achievement, that is the result of the efforts and cooperation of every level of society and agencies involved in playing their respective roles. MOH hopes that the community will continue to adopt the new normal in daily life and comply with the Standard Operating Procedures (SOPs) set by the Government.

Every level of society is also urged to continue efforts to reduce the number of COVID-19 cases in our country by practicing safe physical distancing of at least 1 metre away from others, maintaining good personal hygiene especially hand hygiene, avoiding crowded and confined areas, as well as avoid close conversations.

Re-transmission of COVID-19 infection in Malaysia can occur if we are complacent and take the Government’s recommendations, advisories and warnings lightly. Therefore, the community must continue to take measures to prevent COVID-19 infection at all times to ensure that we continue to succeed in fighting the COVID-19 pandemic.

Viralled Fake News on COVID-19 Screening for Students and Parents who Celebrated Hari Raya Aidil Adha in Kubang Pasu District, Kedah

MOH would like to refer to the fake news that have spread through social media, instructing parents and students who have been on holiday in Kubang Pasu district, Kedah, to undergo COVID-19 screening at the nearest Health Clinic. Please be informed that the MOH never issued any official directive – this is fake news that was viralled.

As announced by the MOH, individuals who are required to undergo COVID-19 screening are:

  1. Individuals with history of close contact with confirmed COVID-19 cases.
  2. Residents who are in the areas under the administrative Enhanced Movement Control Order (EMCO) i.e.:
    • Within 1 km radius of the Nasi Kandar Salleh Restaurant, Pekan Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu)
    • Kampung Pida Satu, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu)
    • Kampung Bendang Dalam (Mukim Binjal, Kubang Pasu)
    • Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap)
  1. Those who are closely related to the restaurant involved in the Sivagangga PUI Cluster e.g.:
    • Customers or individuals who had eaten at the restaurant
    • Individuals who interacted with the index case of this cluster or with other workers of the restaurant between 13 July 2020 to 27 July 2020
  1. Individuals who have fever or respiratory symptoms.

Individuals meeting any of the above criteria should immediately contact the nearest District Health Office to undergo COVID-19 screening. MOH will continue to work with the Ministry of Education Malaysia (MOE), State Health Department and State Education Department in addressing this fake news issue to ensure that the instructions issued are valid and accurate.

MOH is always sensitive and concerned about information or news that can cause public anxiety and worry. If there are any doubts regarding the issue of fake news as above or other issues related to COVID-19, the public can contact the National CPRC, MOH at the hotline 03-88810200, 03-88810600, 03-88810700 or official email cprc@moh.gov.my. Validated information on the COVID-19 situation in Malaysia can also be obtained through the CPRC telegram channel of the MOH at https://t.me/cprckkm.

The public is reminded to be cautious before disseminating any content which authenticity is in doubt, and can channel such information to the Quick Response Team of the Ministry of Communications and Multimedia Malaysia (KKMM) at:

  • Telephone 03-8911 5103
  • Visit sebenarnya.my to check the validity of the news

The public is again urged not to spread any fake news or news which authenticity is in doubt.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to remain vigilant and to always comply to the recommendations and health advisories repeatedly emphasised by the MOH. These advisories must be incorporated into everyday life as the new normal.

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

4 August 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 4 August 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 1 20
Kedah 0 122
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 264
Selangor 0 2,130
Negeri Sembilan 0 1,029
Melaka 0 258
Johor 0 742
Pahang 0 370
Terengganu 0 114
Kelantan 0 160
Sabah 0 400
Sarawak 0 678
WP Kuala Lumpur 0 2,476
WP Putrajaya 0 98
WP Labuan 0 20
Total 1 (0) 9,002

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case