Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 9 Ogos 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan (9) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,784 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - Ogos 9-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 9 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,083 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 174 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 13 kes baharu yang dilaporkan, sembilan (9) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan lima (5) warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara. Sembilan (9) kes import tersebut adalah dari negara:

  • China(2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • India(2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Jepun(2 kes: satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu (1) kes di Selangor).
  • Ireland(1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Indonesia(1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Yaman(1 kes di Sarawak); dan

Kesemua empat (4) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Pulau Pinang- tiga (3) kes:
    • Dua (2) kes daripada Kluster PUI Sivagangga;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Kurau. Kluster ini akan diperincikan di bawah.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya:satu (1) kes daripada Kluster Meranti. Kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat satu (1) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19 (14)

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN PADA HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) buah kluster baharu yang telah dikenalpasti hari ini, iaitu:

  1. Kluster Kurau:

Dua (2) kes positif telah dikesan dalam kluster ini. Kes pertama kluster ini  (iaitu kes ke-9050) merupakan kes positif COVID-19 yang telah dilaporkan pada 7 Ogos 2020. Kes kedua kluster ini (iaitu kes ke-9082) merupakan abang ipar kepada kes ke-9050, di mana beliau telah dikesan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat. Susulan itu, beliau sekeluarga yang berada di Pulau Pinang telah turut disaring. Pada 9 Ogos 2020, beliau dikesan positif COVID-19 manakala, ahli keluarga beliau yang disaring setakat ini [iaitu lima (5) orang] pula dikesan negatif.

Setakat ini sejumlah 115 individu kontak rapat telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • 106 negatif; dan
  • Sembilan (9) masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan.

kluster 9 ogos

  1. Kluster Meranti:

Kluster ini mula dikesan apabila kes ke-9083, iaitu seorang petugas kesihatan dikesan positif COVID-19 pada 8 Ogos 2020. Beliau mempunyai kontak kepada kes ke-8968, iaitu kes COVID-19 yang telah dikesan hasil daripada saringan pra pembedahan (kes ini telah dilaporkan pada 31 Julai 2020). Setelah disiasat, kes ke-8968 didapati pernah mempunyai sejarah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan di mana kes ke-9083 telah bertugas. Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) sedang dijalankan di mana setakat ini 15 individu telah disaring. Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan.

STATUS TERKINI KLUSTER PUI SIVAGANGGA

Sehingga 9 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 4,636 orang telah disaring dalam kluster ini dan daripada jumlah ini, 45 dikesan positif COVID-19. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (4,078 disaring):
    • 31 kes dikesan positif COVID-19;
    • 4,020 individu negatif; dan
    • 27 individu masih menunggu keputusan.
  1. Perlis (390 disaring):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 379 individu masih menunggu keputusan.
  1. Pulau Pinang (168 disaring):
    • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
    • 85 individu negatif; dan
    • 80 individu masih menunggu keputusan.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) masih diteruskan. Langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga turut dijalankan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti berkait rapat dengan kluster ini. Situasi terkini kluster ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM berharap masyarakat akan terus amalkan nasihat-nasihat yang sering ditekankan oleh KKM sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian. Antara nasihat-nasihat tersebut adalah seperti berikut:

  • Elakkan 3S / 3C :iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W :iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S :Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O :Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P :Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 30
KEDAH 0 132
PULAU PINANG 3 125
PERAK 0 266
SELANGOR 1 (1) 2,134
NEGERI SEMBILAN 0 1,032
MELAKA 0 258
JOHOR 0 744
PAHANG 0 370
TERENGGANU 0 114
KELANTAN 0 160
SABAH 0 410
SARAWAK 1 (1) 681
W.P. KUALA LUMPUR 7 (7) 2,506
W.P. PUTRAJAYA 1 99
W.P. LABUAN 0 22
JUMLAH KESELURUHAN 13 (9) 9,083

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

9 August 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that nine (9) cases have recovered and discharged well today. Cumulatively, 8,784 confirmed COVID-19 cases have been discharged (96.7% of total cumulative cases).

NewMapping Bi Ogos 9-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

9 August 2020, 12 pm – a total of 13 additional confirmed COVID-19 case were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 9,083 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 174 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 13 additional cases reported today, nine (9) are imported cases who were infected overseas, involving five (5) Malaysians and four (4) non-Malaysians. The nine (9) imported cases were travellers from the following countries:

  • China – 2 cases in Kuala Lumpur
  • India – 2 cases in Kuala Lumpur
  • Japan – 2 cases; 1 case in Kuala Lumpur and 1 case in Selangor
  • Ireland – 1 case in Kuala Lumpur
  • Indonesia – 1 case in Kuala Lumpur
  • Yemen – 1 case in Sarawak

All four (4) local transmission cases are among Malaysians. The details are as follows:

  • Pulau Pinang – 3 cases:
    • Two (2) cases: From the Sivagangga Cluster.
    • One (1) case: From the Kurau Cluster, as detailed below.
  • Putrajaya – 1 case: From the Meranti Cluster, as detailed below.

Currently, only one (1) confirmed COVID-19 case is receiving treatment in the intensive care unit (ICU), and no patient is on ventilation support.

No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 125 COVID-19 deaths in Malaysia (1.38% of total cumulative cases).

Two (2) New Clusters Reported Today

MOH would like to inform that two (2) new clusters have been identified today:

The Kurau Cluster

Two (2) confirmed COVID-19 cases have been detected in this cluster. The first case of this cluster (Case 9,050) was reported on 7 August 2020. The second case of this cluster (Case 9,082) is the brother-in-law of Case 9,050, detected through active case detection and screening of close contacts. His whole family in Pulau Pinang were screened, and he was found to be positive for COVID-19 on 9 August 2020; however, his family members (5 individuals) were tested negative.

So far, a total of 115 individuals who were close contacts have been screened. Of these:

  • 106 individuals tested negative
  • 9 individuals awaiting results.

Active case detection and screening of close contacts are still ongoing.

The Meranti Cluster

This cluster was first detected when Case 9,083, a healthcare worker (HCW), was tested positive for COVID-19 on 8 August 2020. This case had close contact with Case 8,968, a confirmed COVID-19 case detected through pre-surgery screening (reported on 31 July 2020). Investigation of Case 8,968 found that the case had a history of seeking treatment at the health facility where Case 9,083 was on duty. Close contact screening and active case detection are underway, and so far, 15 individuals have been screened. The cause of infection for this cluster is still under investigation.

Latest Status for the Sivagangga PUI Cluster

As of 9 August 2020, 12 pm, a total of 4,636 individuals have been screened in this cluster, and of these, there are 45 confirmed COVID-19 cases. The breakdown of screening by States is as follows:

  1. Kedah (4,078 individuals screened):
    • 31 confirmed COVID-19 cases
    • 4,020 individuals tested negative
    • 27 individuals awaiting results
  1. Perlis (390 individuals screened):
    • 11 confirmed COVID-19 cases
    • 379 individuals awaiting results
  1. Pulau Pinang (168 individuals screened):
    • Three (3) confirmed COVID-19 cases
    • 85 individuals tested negative
    • 80 individuals waiting results

Close contact screening and active case detection are still ongoing. Preventive measures such as cleaning and disinfection are carried out in areas that have been identified as closely related to this cluster. The current situation of this cluster will be communicated to the public from time to time.

NEW-White-Update-case-number-covid-19 (34)

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to remain vigilant and to always comply to the recommendations and health advisories repeatedly emphasised by the MOH. These advisories must be incorporated into everyday life as the new normal.

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

9 August 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 9 August 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 30
Kedah 0 132
Pulau Pinang 3 125
Perak 0 266
Selangor 1 (1) 2,134
Negeri Sembilan 0 1,032
Melaka 0 258
Johor 0 744
Pahang 0 370
Terengganu 0 114
Kelantan 0 160
Sabah 0 410
Sarawak 1 (1) 681
WP Kuala Lumpur 7 (7) 2,506
WP Putrajaya 1 99
WP Labuan 0 22
Total 13 (9) 9,083

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case