Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 17 Ogos 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 17 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,876 kes (96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 17 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 12 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,212 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 211 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 12 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan bukan warganegara. Dua (2) kes import tersebut adalah dari negara:

  1. Syria (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  2. Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Kesemua 10 kes penularan di dalam negara melibatkan warganegara Malaysia. Perincian kes adalah seperti berikut:

  1. Selangor: Satu (1) kes saringan bergejala di Hospital Sungai Buloh.
  2. Kedah:
    • Empat (4) kes daripada Kluster Tawar.
    • Dua (2) kes daripada Kluster Sala.
  3. Pulau Pinang: Tiga (3) kes daripada Kluster Tawar.

Situasi terkini kedua-dua kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Tawar pada hari ini, iaitu empat (4) kes di Kedah dan tiga (3) kes di Pulau Pinang. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 46 kes.

Sehingga 17 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 1,135 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (918 disaring):
    • 39 kes dikesan positif COVID-19;
    • 655 individu negatif; dan
    • 224 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (208 disaring):
    • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19;
    • 175 individu negatif; dan
    • 26 individu masih menunggu keputusan.
  3. Perak (9 disaring):
    • Tiada kes dikesan positif COVID-19;
    • Lapan (8) individu negatif; dan
    • Satu (1) individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini dan situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

STATUS TERKINI KLUSTER SALA

Terdapat dua (2) lagi kes baharu yang dilaporkan dalam kluster ini, justeru menjadikan jumlah kes positif enam (6) kes. Sehingga 17 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 273 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (269 disaring):
    • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19;
    • 214 individu negatif; dan
    • 49 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (4 disaring):
    • Tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
    • Empat (4) individu negatif.

CHECK-IN DALAM APLIKASI MYSEJAHTERA VERSI 24

Aplikasi MySejahtera telah membolehkan fungsi check-in dilakukan oleh pengguna dan juga tanggungan secara serentak apabila memasuki sesuatu premis. Fungsi ini telah dibangunkan bagi memudahkan dan mempercepatkan proses check-in selaras dengan tujuan Kerajaan mewajibkan semua individu yang memasuki mana-mana premis untuk merekodkan kehadiran.

Fungsi ini boleh digunakan selepas pengguna mengemaskini aplikasi kepada versi ke-24. Berikut adalah langkah-langkah sebelum mula menggunakan fungsi tersebut, iaitu:

  1. Pilih “Lain-lain” di menu utama aplikasi MySejahtera;
  2. Seterusnya pilih aktiviti “Tambah Tanggungan”;
  3. Tekan “Tambah Tanggungan” di bahagian bawah sebelah kanan bagi memasukkan butiran ahli keluarga. Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul.
  4. Setelah selesai memasukkan butiran ahli keluarga, tekan “Simpan”.
  5. Atau pilih “Tambah Satu Lagi” sekiranya ingin memasukkan maklumat ahli keluarga seterusnya.

Bagi individu yang ingin check-in bagi beberapa individu, anda boleh pilih nama-nama yang telah dimasukkan dalam aplikasi ini. Tiada had yang ditetapkan bagi bilangan nama yang boleh dimasukkan sebagai tanggungan seseorang individu. Fungsi ini boleh digunakan oleh semua pengguna aplikasi MySejahtera untuk check-in di semua premis yang berdaftar dengan aplikasi ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM menyeru orang ramai agar terus amalkan nasihat-nasihat yang sering ditekankan oleh KKM sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian. Antara nasihat-nasihat tersebut adalah seperti berikut:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 17 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS031
KEDAH6180
PULAU PINANG3132
PERAK0269
SELANGOR12,150
NEGERI SEMBILAN01,034
MELAKA0259
JOHOR0750
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH0416
SARAWAK0682
W.P. KUALA LUMPUR2 (2)2,544
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN022
JUMLAH KESELURUHAN12 (2)9,212

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

17 August 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 17 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 8,876 confirmed COVID-19 cases have been discharged (96.4% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

17 August 2020, 12 pm – a total of 12 additional confirmed COVID-19 case were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 9,212 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 211 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 12 additional cases reported today, two (2) are imported cases who were infected overseas, involving non-Malaysians. They were travellers from the following countries:

  • Syria – 1 case in Kuala Lumpur
  • Philippines – 1 case in Kuala Lumpur

All 10 local transmission cases are among Malaysians. The details are as follows:

  • Selangor – 1 case: From symptomatic screening at Sungai Buloh Hospital.
  • Kedah – 6 cases:
    • 4 cases: From the Tawar Cluster.
    • 2 cases: From the Sala Cluster.
  • Pulau Pinang – 3 cases: From the Tawar Cluster.

The latest updates on both Clusters are detailed below.

Currently, eight (8) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), and two (2) patients are on ventilation support.

No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 125 COVID-19 deaths in Malaysia (1.36% of total cumulative cases).

Current Status of the Tawar Cluster

MOH would like to inform that seven (7) additional confirmed cases are reported for the Tawar Cluster today, i.e. four (4) cases in Kedah and three (3) cases in Pulau Pinang. Cumulatively there are now 46 confirmed COVID-19 cases in this cluster.

As of 17 August 2020, 12 pm, a total of 1,135 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by states involved is as follows:

  1. Kedah (918 individuals screened):
    • 39 confirmed COVID-19 cases
    • 655 individuals tested negative
    • 22 individuals awaiting results
  2. Pulau Pinang (208 individuals screened):
    • Seven (7) confirmed COVID-19 cases
    • 175 individuals tested negative
    • 26 individuals awaiting results
  3. Perak (9 individuals screened):
    • No confirmed COVID-19 case
    • 8 individuals tested negative
    • 1 individual awaiting results

Active case detection and screening of close contacts are still ongoing for this cluster and the current situation will be updated from time to time.

Current Status of the Sala Cluster

Two (2) additional confirmed cases are reported for this Cluster today; therefore, cumulatively there are now six (6) confirmed COVID-19 cases. As of 17 August 2020, 12 pm, a total of 273 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by states involved is as follows:

  1. Kedah (269 individuals screened):
    • Six (6) confirmed COVID-19 cases
    • 214 individuals tested negative
    • 49 individuals awaiting results
  2. Pulau Pinang (4 individuals screened):
    • No confirmed COVID-19 case
    • 4 individuals tested negative

The Check-In Function in the MySejahtera Application (Version 24)

The MySejahtera app has enabled the check-in function to be performed by users as well as dependents simultaneously when entering any registered premises. This function has been developed to facilitate and expedite the check-in process in line with the Government’s requirement for all individuals entering any business premises to record their attendance.

This function is enabled after the user has updated the application to the latest version (version 24). The steps for enabling the use of this function are as follows:

  1. Select “Others” or “More” in the main menu of the MySejahtera app;
  2. Next, select “Manage Dependents”;
  3. Next, select “Add dependents” located at the bottom right of the screen – to enter the details of family members. Please ensure that all information entered is correct;
  4. Once all information has been added, press “Save”; or
  5. Select “Add another” to enter the details of additional family members.

For users who want to check-in for other individuals, you can choose the names that have been added into the app. There is no set limit for the number of names of family members that can be entered as a dependent of an individual. This function can be used by all users of MySejahtera app to check-in at all premises registered with this application.

Health Advisory on COVID-19

MOH calls on the public to continue to practice the advisories often emphasised by the MOH as the new normal in daily life. These advisories include:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

17 August 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 17 August 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Perlis031
Kedah6180
Pulau Pinang3132
Perak0269
Selangor12,150
Negeri Sembilan01,034
Melaka0259
Johor0750
Pahang0370
Terengganu0114
Kelantan0160
Sabah0416
Sarawak0682
WP Kuala Lumpur2 (2)2,544
WP Putrajaya099
WP Labuan022
Total12 (2)9,212

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case