Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 18 Ogos 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 26 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,902 kes (96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 18 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tujuh (7) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,219 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 telah menurun kepada 192 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara. Empat (4) kes import tersebut adalah dari negara:

  1. Bangladesh (3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  2. United Kingdom (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Ketiga-tiga kes penularan di dalam negara melibatkan warganegara Malaysia di Kedah, iaitu:

  • Dua (2) kes daripada Kluster Sala; dan
  • Satu (1) kes daripada Kluster Tawar.

Situasi terkini kedua-dua kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR DAN KLUSTER SALA

KKM ingin memaklumkan status terkini bagi Kluster Tawar dan Kluster Sala yang telah melaporkan kes baharu pada hari ini seperti berikut:

  1. Kluster Tawar

Satu (1) kes baharu dilaporkan di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 bagi kluster ini sebanyak 47 kes. Sehingga 18 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 1,490 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (1,195 disaring):
    • 40 kes dikesan positif COVID-19;
    • 858 individu negatif; dan
    • 297 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (286 disaring):
    • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19;
    • 216 individu negatif; dan
    • 63 individu masih menunggu keputusan.
  3. Perak (9 disaring):
    • Sembilan (9) individu negatif.
  1. Kluster Sala

Dua (2) kes baharu dilaporkan di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes positif lapan (8) kes. Sehingga 18 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 635 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (629 disaring):
    • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;
    • 479 individu negatif; dan
    • 142 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (6 disaring):
    • Tiada kes dikesan positif COVID-19;
    • Empat (4) individu negatif; dan
    • Dua (2) individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat bagi kedua-dua kluster masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

PENULARAN JANGKITAN DALAM KLUSTER AKIBAT KETIDAKPATUHAN KEPADA PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)

Punca jangkitan Kluster Tawar dan Kluster Sala adalah masih di dalam siasatan. Namun demikian, hasil siasatan ke atas kes-kes positif kedua-dua kluster ini mendapati bahawa penularan jangkitan dalam kedua-dua kluster ini telah disumbang oleh beberapa faktor umum.

Penularan jangkitan dalam Kluster Tawar didapati disumbang oleh perhimpunan di kalangan ahli keluarga yang tidak sepenuhnya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Misalnya, kapasiti tetamu perhimpunan tidak mengikut saiz ruang dan penjarakan fizikal yang selamat di antara satu sama lain. Ini menyumbang kepada penularan yang meluas dalam kluster ini, meskipun kes indeks dan punca sebenar jangkitan masih dalam siasatan.

Bagi Kluster Sala pula, kes indeks mempunyai sejarah menziarahi pesakit di sebuah hospital bersama beberapa ahli keluarga beliau. Walaupun tiada kes positif COVID-19 yang dikesan daripada saringan di hospital tersebut, namun begitu kesemua ahli keluarga yang telah pergi bersama kes indeks untuk menziarahi pesakit tersebut telah dikesan positif. Jangkitan COVID-19 seterusnya telah merebak kepada kontak-kontak rapat kes indeks dan ahli keluarga beliau. Dikhuatiri amalan melawat hospital mungkin menyumbang kepada penularan jangkitan memandangkan di hospital terdapat banyak pesakit dan mengundang risiko jangkitan.

Kemungkinan besar penularan jangkitan dalam kedua-dua kluster ini dapat dibendung sekiranya amalan 3S dapat dilaksanakan oleh semua pihak, iaitu elakkan tempat yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat.

Sekiranya mempunyai keperluan mendesak untuk menziarahi pesakit di hospital, pastikan langkah berjaga-jaga diamalkan pada setiap masa. Misalnya, pastikan pemakaian alat pelitup muka (facemask) sepanjang tempoh menziarahi dan pastikan penjarakan fizikal (physical distancing) yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter dari pesakit atau individu yang bergejala dan juga amalan kebersihan kendiri seperti membasuh tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM menyeru orang ramai agar terus amalkan nasihat-nasihat yang sering ditekankan oleh KKM sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian. Antara nasihat-nasihat tersebut adalah seperti berikut:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 Ogos 2020 @ 5.30 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 18 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS031
KEDAH3183
PULAU PINANG0132
PERAK0269
SELANGOR02,150
NEGERI SEMBILAN01,034
MELAKA0259
JOHOR0750
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH0416
SARAWAK0682
W.P. KUALA LUMPUR4 (4)2,548
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN022
JUMLAH KESELURUHAN7 (4)9,219

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

18 August 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 26 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 8,902 confirmed COVID-19 cases have been discharged (96.6% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

18 August 2020, 12 pm – a total of seven (7) additional confirmed COVID-19 case were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 9,219 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 192 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the seven (7) additional cases reported today, four (4) are imported cases who were infected overseas, involving two (2) Malaysians and two (2) non-Malaysians. These four (4) imported cases were travellers from the following countries:

  • Bangladesh – 3 cases in Kuala Lumpur
  • United Kingdom – 1 case in Kuala Lumpur

All three (3) local transmission cases are among Malaysians in Kedah. The details are as follows:

  • Kedah – 3 cases:
    • 2 cases: From the Sala Cluster.
    • 1 case: From the Tawar Cluster.

The latest updates on both Clusters are detailed below.

Currently, eight (8) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), and two (2) patients are on ventilation support.

No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 125 COVID-19 deaths in Malaysia (1.36% of total cumulative cases).

Current Status of the Tawar Cluster and Sala Cluster

MOH would like to inform of the current status for the Tawar and Sala Clusters, both reporting additional confirmed cases today:

The Tawar Cluster

One (1) additional confirmed COVID-19 case is reported today in Kedah. Cumulatively there are now 47 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 18 August 2020, 12 pm, a total of 1,490 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by states involved is as follows:

  1. Kedah (1,195 individuals screened):
    • 40 confirmed COVID-19 cases
    • 858 individuals tested negative
    • 297 individuals awaiting results
  2. Pulau Pinang (268 individuals screened):
    • Seven (7) confirmed COVID-19 cases
    • 216 individuals tested negative
    • 63 individuals awaiting results
  3. Perak (9 individuals screened):
    • 9 individuals tested negative

The Sala Cluster

Two (2) additional confirmed cases are reported in Kedah today; therefore, cumulatively there are now eight (8) confirmed COVID-19 cases. As of 18 August 2020, 12 pm, a total of 635 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by states involved is as follows:

  1. Kedah (629 individuals screened):
    • Eight (8) confirmed COVID-19 cases
    • 479 individuals tested negative
    • 142 individuals awaiting results
  2. Pulau Pinang (6 individuals screened):
    • No confirmed COVID-19 case
    • 4 individuals tested negative
    • 2 individuals awaiting results

Active case detection and screening of close contacts for both clusters are still ongoing. The current situation will be updated from time to time.

Transmission of Infection in the Clusters are due to Non-Compliance to Standard Operating Procedures (SOPs)

The causes of the infection for the Tawar and Sala Clusters are still under investigation. Nevertheless, investigation of the confirmed COVID-19 cases of both clusters found that several factors generally contributed to the transmission of infection.

The transmission of infection in the Tawar Cluster was found to be contributed by gatherings of family members who did not fully comply with the Standard Operating Procedures (SOPs). For example, the number of individuals gathering exceeded the capacity of the indoor space, and therefore, safe physical distancing could not be practiced. These contributed to the widespread transmission within this cluster although the index case and the exact cause of infection for this cluster are still under investigation.

For the Sala Cluster, the index case has a history of visiting a patient at a hospital together with several family members. Although no confirmed COVID-19 cases were detected from screening at the hospital, all family members who accompanied the index case to visit the patient were found to be positive. Subsequently, the COVID-19 infection spread further to the close contacts of the index case and the family members. It is suspected that the practice of visiting patients in hospitals may have contributed to the transmission of infection as there are many patients in hospitals with higher risk of infection.

It was most likely that the transmission of infection could have been prevented if the public avoids the 3C’s i.e. avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations

If there is an urgent need to visit the patients in the hospitals, please ensure that precautionary measures are practiced at all times. For example, wearing facemasks during the visit and ensure safe physical distancing of at least 1 metre away from patients or other individuals with symptoms, and practice good personal hygiene i.e. frequent handwashing with soap and water or use hand sanitisers.

Health Advisory on COVID-19

MOH calls on the public to continue to practice the advisories often emphasised by the MOH as the new normal in daily life. These advisories include:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

18 August 2020 @ 5.30 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 18 August 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Perlis031
Kedah3183
Pulau Pinang0132
Perak0269
Selangor02,150
Negeri Sembilan01,034
Melaka0259
Johor0750
Pahang0370
Terengganu0114
Kelantan0160
Sabah0416
Sarawak0682
WP Kuala Lumpur4 (4)2,548
WP Putrajaya099
WP Labuan022
Total7 (4)9,219

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case