Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 20 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat tujuh (7) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,932 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 20 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lima (5) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,240 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 183 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa kesemua lima (5) kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan tiga (3) bukan warganegara. Kes-kes tersebut adalah dari negara:

  1. Jepun (4 kes di Sarawak); dan
  2. Bangladesh (1 kes di Selangor).

Tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini.

Sehingga kini, terdapat tujuh (7) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER ALAM

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu yang telah terpencil (isolated), yang telah dikenalpasti di sebuah kapal di Bintulu, Sarawak. Setakat ini, sebanyak empat (4) kes positif telah dikesan di atas kapal tersebut. Kluster ini dikesan susulan saringan COVID-19 yang telah dijalankan ke atas lima (5) orang kakitangan kapal tersebut yang mengalami gejala. Daripada jumlah tersebut, empat (4) orang didapati positif COVID-19 dan seorang masih menunggu keputusan pengesahan makmal.

Kesemua kes positif ini merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara. Kapal di mana mereka bertugas ini mempunyai sejarah perjalanan ke negara Jepun. Mereka sedang dirawat di Hospital Bintulu, Sarawak. Justeru, kluster ini tidak membawa risiko penularan jangkitan di dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil (isolated) di sebuah kapal.

Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat sedang dijalankan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar kekal waspada dan terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 20 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS031
KEDAH0190
PULAU PINANG0136
PERAK0269
SELANGOR1 (1)2,151
NEGERI SEMBILAN01,034
MELAKA0259
JOHOR0751
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH0416
SARAWAK4 (4)686
W.P. KUALA LUMPUR02,551
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN5 (5)9,240

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

20 August 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that seven (7) cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 8,932 confirmed COVID-19 cases have been discharged (96.7% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

20 August 2020, 12 pm – a total of five (5) additional confirmed COVID-19 case were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 9,240 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 183 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

All five (5) additional cases reported today are imported cases who were infected overseas, involving two (2) Malaysians and three (3) non-Malaysians. They were travellers from the following countries:

  • Japan – 4 cases in Sarawak
  • Bangladesh – 1 case in Selangor

No local transmission cases are reported today.

Currently, seven (7) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with four (4) patients on ventilation support.

No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 125 COVID-19 deaths in Malaysia (1.35% of total cumulative cases).

The Alam Cluster

MOH would like to inform that a new cluster has been identified on board a ship in Bintulu, Sarawak. So far, a total of four (4) confirmed COVID-19 cases have been detected on the ship. This cluster was detected following a COVID-19 screening that was carried out on five (5) crew members who had symptoms. Of these, four (4) individuals tested positive for COVID-19, and one (1) is still awaiting laboratory confirmation results.

All these confirmed cases are imported cases who were infected overseas, involving two (2) Malaysians and two (2) non-Malaysians. The ship on which they are working has a history of travel to Japan. The cases are being treated at Bintulu Hospital, Sarawak. Therefore, this cluster does not carry any risk of infection transmission in the community because it is an isolated imported cluster on board a ship.

Active case detection and screening of close contacts are ongoing. Prevention and control measures such as disinfection and decontamination have been carried out on the ship.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to remain vigilant and continue to follow the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

20 August 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 20 August 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Perlis031
Kedah0190
Pulau Pinang0136
Perak0269
Selangor1 (1)2,151
Negeri Sembilan01,034
Melaka0259
Johor0751
Pahang0370
Terengganu0114
Kelantan0160
Sabah0416
Sarawak4 (4)686
WP Kuala Lumpur02,551
WP Putrajaya099
WP Labuan023
Total5 (5)9,240

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case