Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 22 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,949 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 22 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lapan (8) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,257 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 183 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada lapan (8) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara. Tiga (3) kes import tersebut adalah dari negara:

  1. Bangladesh (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  2. Belanda (1 kes di Sarawak); dan
  3. Filipina (1 kes di Sabah).

Kesemua lima (5) kes penularan di dalam negara melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes daripada Kluster Tawar di Kedah. Kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR

Terdapat lima (5) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 kluster ini sebanyak 63 kes. Sehingga 22 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 2,942 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (2,414 disaring):
    • 52 kes dikesan positif COVID-19;
    • 2,227 individu negatif; dan
    • 135 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (517 disaring):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19;
    • 443 individu negatif; dan
    • 63 individu masih menunggu keputusan.
  3. Perak: Kesemua 11 saringan adalah negatif. Tiada saringan baharu.

Pengesanan kes dan saringan kontak rapat bagi kluster ini masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

SEMAKAN PERSOALAN MENGENAI ALAMAT YANG TIDAK TEPAT KES DI SUBANG JAYA DI DALAM APLIKASI MYSEJAHTERA

Ingin dimaklumkan bahawa KKM telah menerima persoalan mengenai notifikasi kes COVID-19 di kawasan Subang Jaya. Semakan dan siasatan telah dijalankan terhadap lokasi yang tidak tepat ini. Untuk makluman, kes positif COVID-19 tersebut telah dilaporkan pada 10 Ogos 2020 dan merupakan seorang bukan warganegara yang telah menjalani saringan di tempat kerja. Sementara menunggu keputusan ujian, majikan beliau telah mengambil inisiatif meletakkan beliau di bawah kuarantin di sebuah hotel di Subang Jaya, justeru merupakan lokasi yang turut didaftar dalam aplikasi MySejahtera.

Namun demikian setelah mendapat keputusan saringan COVID-19, alamat pendaftaran kes tersebut dipindahkan semula ke alamat tempat tinggal beliau iaitu di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras sebelum beliau dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Ini penting kerana segala tindakan pengesanan kes secara aktif dan juga saringan kontak rapat dijalankan di lokasi tempat kediaman kes, iaitu di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Lokasi ini juga turut dikemaskini di aplikasi MySejahtera sebagai alamat kes tersebut.

Pihak KKM ingin menyampaikan penghargaan kepada orang ramai yang telah menggunakan pelbagai fungsi aplikasi MySejahtera, dan ternyata masyarakat cakna dengan perkembangan kes COVID-19 di sekitar mereka. KKM mengucapkan terima kasih atas kerjasama dalam melaporkan sebarang isu berkaitan COVID-19 kepada KKM. KKM juga ingin menasihatkan orang ramai agar hanya berkongsi maklumat yang terbukti kesahihannya agar tidak menimbulkan panik di dalam masyarakat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar kekal waspada dan terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 22 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS031
KEDAH5198
PULAU PINANG0136
PERAK0269
SELANGOR02,153
NEGERI SEMBILAN01,034
MELAKA0259
JOHOR0751
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH1 (1)417
SARAWAK1 (1)688
W.P. KUALA LUMPUR1 (1)2,555
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN8 (3)9,257

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

22 August 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that four (4) cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 8,949 confirmed COVID-19 cases have been discharged (96.7% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

22 August 2020, 12 pm – a total of eight (8) additional confirmed COVID-19 case were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 9,257 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 183 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the eight (8) additional cases reported today, three (3) are imported cases who were infected overseas, involving one (1) Malaysian and two (2) non-Malaysians. They were travellers from the following countries:

  • Bangladesh – 1 case in Kuala Lumpur
  • Netherlands – 1 case in Sarawak
  • Philippines – 1 case in Sabah

All five (5) local transmission cases involved Malaysians from the Tawar Cluster in Kedah – as detailed below.

Currently, eight (8) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with four (4) patients on ventilation support.

No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 125 COVID-19 deaths in Malaysia (1.35% of total cumulative cases).

Current Status of the Tawar Cluster

Five (5) additional confirmed COVID-19 cases are reported in the Tawar Cluster today, bringing the cumulative number to 63 confirmed COVID-19 cases. As of 22 August 2020, 12 pm, a total of 2,942 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by states involved is as follows:

  1. Kedah (2,414 individuals screened):
    • 52 confirmed COVID-19 cases
    • 2,227 individuals tested negative
    • 135 individuals awaiting results
  2. Pulau Pinang (517 individuals screened):
    • 11 confirmed COVID-19 cases
    • 443 individuals tested negative
    • 63 individuals awaiting results
  3. Perak (11 individuals screened – no additional screening done since last update):
    • All 11 individuals tested negative

Active case detection and screening of close contacts for this cluster are still ongoing. The current situation will be updated from time to time.

Response on the Queries on the inaccurate address of a case in Subang Jaya in the MySejahtera app

MOH would like to inform that it has received queries on the notification of a COVID-19 case in the Subang Jaya area. A review and investigation have been carried out on the inaccurate location. MOH would like to confirm that the confirmed COVID-19 case was reported on 10 August 2020; the case is a non-Malaysian detected from a workplace screening. While waiting for the test results, the employer had proactively placed the case under quarantine at a hotel in Subang Jaya, therefore this location was registered in the MySejahtera app.

However, upon receiving the positive COVID-19 results, the registration address of the case was transferred back to the address of his residence in Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, before he was admitted into Sungai Buloh Hospital. This is an important action because active case detection and screening of close contacts are conducted at the location of the case’s residence i.e. Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. This location was also updated in the MySejahtera app as the address of the case.

The MOH would like to express gratitude to the public who are using the various functions of the MySejahtera app, and the above query is evidence that the community is very concerned on the latest COVID-19 situation around them. MOH is appreciative of the public’s cooperation in reporting any COVID-related issues to the MOH. MOH also advices the public to only share information that has been verified so as not to raise unnecessary panic in the community.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to remain vigilant and continue to follow the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

22 August 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 22 August 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Perlis031
Kedah5198
Pulau Pinang0136
Perak0269
Selangor02,153
Negeri Sembilan01,034
Melaka0259
Johor0751
Pahang0370
Terengganu0114
Kelantan0160
Sabah1 (1)417
Sarawak1 (1)688
WP Kuala Lumpur1 (1)2,555
WP Putrajaya099
WP Labuan023
Total8 (3)9,257

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case