Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 1 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 21 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,075 kes (97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 1 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 14 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,354 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 151 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 14 kes baharu yang dilaporkan, lima (5) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua bukan warganegara. Lima (5) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Ukraine (1 kes di Selangor);
  • Pakistan (1 kes di Selangor);
  • Indonesia (1 kes di Selangor); dan
  • Filipina (2 kes di Sabah).

Daripada sembilan (9) kes penularan di dalam negara, lima (5) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan empat (4) kes adalah bukan warganegara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (5 kes) adalah :

  • Kedah – dua (2) kes:
    • Satu (1) kes daripada Kluster Tawar; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Telaga.
  • Sabah – tiga (3) kes:
    • Satu (1) kes daripada Kluster Benteng LD;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI)di Hospital Lahad Datu; dan
    • Satu (1) kes saringan tahanan di penjara.

Kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara (4 kes) juga adalah daripada Kluster Benteng LD di Sabah. Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat lima (5) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 128 kes (1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-128 (kes ke-9174) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah paru-paru dan darah tinggi. Beliau merupakan salah satu kes positif yang telah dilaporkan pada 15 Ogos 2020 dalam Kluster Tawar. Beliau mula mengalami gejala demam dan sakit dada sejak 6 Ogos 2020 dan telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan. Pada 14 Ogos 2020, beliau dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang setelah didapati positif COVID-19. Keadaan kesihatan beliau merosot dengan komplikasi daripada penyakit barah, justeru memerlukan bantuan pernafasan sejak 24 Ogos 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 1 September 2020 jam 10.38 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

KLUSTER BENTENG LD

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharutelah dikenalpasti hasil saringan tahanan baharu di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah. Setakat ini, seramai 50 orang tahanan telah disaring pada 28 Ogos 2020. Daripada jumlah ini:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 43 individu adalah negatif.

Kes positif COVID-19 kluster ini melibatkan enam (6) Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan satu (1) warganegara Malaysia. Kesemua kes positif ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti. Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat masih diteruskan. Punca jangkitan adalah dalam siasatan.

STATUS TERKINI KLUSTER TAWAR DAN KLUSTER TELAGA

KKM ingin memaklumkan pertambahan kes dalam Kluster Tawar dan Kluster Telaga. Pertambahan kes kedua-dua kluster ini melibatkan negeri Kedah.

  1. Kluster Tawar

Terdapat satu (1) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak 75 kes. Sehingga 1 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 17,880 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (17,335 disaring):
    • 64 kes dikesan positif COVID-19;
    • 15,853 individu negatif; dan
    • 1,418 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang ( kekal 534 saringan):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 523 individu negatif.
  3. Perak: Kekal 11 saringan, di mana semua adalah negatif. Tiada saringan baharu.

2. Kluster Telaga

Terdapat satu (1) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Telaga di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak enam (6) kes. Sehingga 1 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 1,008 orang telah disaring dalam kluster ini termasuk saringan di negeri Pulau Pinang [iaitu satu (1) saringan setakat ini] yang masih menunggu keputusan. Saringan di negeri Kedah pula adalah seperti berikut:

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19;
  • 968 individu negatif; dan
  • 33 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kedua-dua kluster ini.

KKM KHUATIR KES IMPORT DIJANGKA MENINGKAT EKORAN MUSIM SEJUK

Rata-rata negara dari benua Amerika, Eropah dan Asia Tenggara sedang melihat kenaikan kes COVID-19 sepertimana yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Perkara ini kemungkinan menggusarkan kebanyakan negara hemisfera utara yang bakal berhadapan dengan musim sejuk.

Tambahan pula, penyakit saluran pernafasan termasuk jangkitan paru-paru lazimnya lebih banyak dilaporkan sepanjang musim sejuk berbanding dengan musim-musim lain. Situasi ini membimbangkan kerana kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia mutakhir ini adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, meskipun mereka dikuarantin di pusat kuarantin sejurus memasuki Malaysia.

Turut didapati bahawa, nilai Rt atau R naught (R0), iaitu  kebolehjangkitan sesuatu virus pada permulaan sesuatu wabak di dalam masyarakat sedikit meningkat di Malaysia. Pada 26 Ogos 2020, Rt yang dilaporkan adalah 0.74, namun kini ianya telah meningkat sehingga 1.0.

Oleh yang demikian, kita perlu meneruskan dan memantapkan lagi kawalan sempadan antarabangsa. Kawalan sempadan antarabangsa yang masih dalam pelaksanaan wajar diteruskan, malah perlu diperkukuhkan bagi memastikan jangkitan COVID-19 dari luar negara tidak menular ke dalam Malaysia. Implementasi kawalan sempadan yang lebih ketat sememangnya memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak.

KAWALAN PINTU SEMPADAN NEGARA

Susulan itu, KKM menyambut baik keputusan untuk menyekat kemasukan pemegang Pas Jangka Masa Panjang bagi warganegara India, Indonesia dan Filipina seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan (Kluster Keselamatan) dalam sidang media beliau sebantar tadi. Sekatan ini akan mula berkuatkuasa pada 7 September 2020.

Masyarakat juga diminta untuk terus patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sambil mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 misalnya, amalkan 3W dan elakkan 3C pada setiap masa di mana jua anda berada. Orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing dalam memerangi wabak COVID-19 dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap komuniti, masyarakat dan negara.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM berharap orang ramai terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan dengan mana-mana kaedah sekalipun termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan bersalaman;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS032
KEDAH2218
PULAU PINANG0136
PERAK0269
SELANGOR3 (3)2,174
NEGERI SEMBILAN01,034
MELAKA0262
JOHOR0751
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH9 (2)426
SARAWAK0699
W.P. KUALA LUMPUR02,587
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN14 (5)9,354

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

1 September 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 21 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,075 confirmed COVID-19 cases have been discharged (97.0% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

1 September 2020, 12 pm – a total of 14 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 9,354 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 151 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 14 additional cases reported today, five (5) are imported cases who were infected overseas, all involving non-Malaysians. They were travellers from the following countries:

  • Ukraine – 1 case in Selangor
  • Pakistan – 1 case in Selangor
  • Indonesia – 1 case in Selangor
  • Philippines – 2 cases in Sabah

Of the nine (9) local transmission cases, five (5) are among Malaysians and four (4) are among non-Malaysians.

The details of local transmission cases among Malaysians (5 cases):

  • Kedah – 2 cases:
    • 1 case: From the Tawar Cluster.
    • 1 case: From the Telaga Cluster.
  • Sabah – 3 cases:
    • 1 case: From the Benteng LD Cluster (new cluster).
    • 1 case: From Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening in Lahad Datu Hospital.
    • 1 case: From screening of detainees in a prison.

The local transmission cases among non-Malaysians (4 cases) are also from the Benteng LD Cluster. These clusters will be detailed below.

Currently, five (5) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with three (3) patients on ventilation support.

Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 128 COVID-19 deaths in Malaysia (1.37% of total cumulative cases):

  • Death #128 (Case 9,174) is an 80-year-old Malaysian woman with a history of lung cancer and hypertension. She was one of the confirmed cases reported on 15 August 2020 from the Tawar Cluster. She developed fever and cough since 6 August 2020 and was admitted into a medical centre. She was transferred to Pulau Pinang Hospital on 14 August 2020 when detected positive for COVID-19. Her health condition deteriorated due to cancer-related complications and required ventilation support from 24 August 2020. She was pronounced dead on 1 September 2020 at 10.38 am.

MOH extends its condolences to her family members.

The Benteng LD Cluster

MOH would like to inform that a new cluster has been identified from screening of new detainees at the Lahad Datu District Police Headquarters lockup, in Sabah. To date, a total of 50 detainees have been screened on 28 August 2020. Of these:

  • Seven (7) confirmed COVID-19 cases
  • 43 individuals tested negative

The confirmed COVID-19 cases in this cluster involves six (6) illegal migrants and one (1) Malaysian. They were all asymptomatic and have been admitted into Lahad Datu Hospital.

Prevention and control measures such as cleaning and disinfection have been carried out at identified locations. Active case detection and screening of close contacts are still ongoing. The cause of the infection is under investigation.

Current Status of the Tawar Cluster and the Telaga Cluster

MOH would like to inform of the additional confirmed COVID-19 cases in the Tawar Cluster and Telaga Cluster. The additional cases for both clusters are reported in Kedah.

1. The Tawar Cluster

There is one (1) additional confirmed case reported in the Tawar Cluster in Kedah today; thus, bringing the cumulative number of confirmed COVID-19 cases in this cluster to 75 cases. As of 1 September 2020, 12 pm, a total of 17,880 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by states involved is as follows:

  1. Kedah (17,335 individuals screened):
  2. 64 confirmed COVID-19 cases
  3. 15,853 individuals tested negative
  4. 1,418 individuals awaiting results
  1. Pulau Pinang (534 individuals screened as reported previously):
  2. 11 confirmed COVID-19 cases
  3. 523 individuals tested negative
  1. Perak: 11 individuals screened, all tested negative. No new screening done.

2. The Telaga Cluster

One (1) additional confirmed case is reported for the Telaga Cluster in Kedah today; thus, bringing the cumulative number of confirmed COVID-19 cases in this cluster to six (6) cases. As of 1 September 2020, 12 pm, a total of 1,008 individuals have been screened in this cluster, including screening in Pulau Pinang (i.e. 1 screening so far). The screening in Kedah is as follows:

  • Six (6) confirmed COVID-19 cases
  • 968 individuals tested negative
  • 33 individuals awaiting results

Active case detection and screening of close contacts are still ongoing for these two clusters.

MOH is Concerned that Imported Cases are Expected to Increase During Winter

Most countries from the American continent, Europe and Southeast Asia are experiencing an increase in COVID-19 cases as reported by the World Health Organization (WHO). Colder weather expected henceforth towards end of the year, is likely to cause concern to many northern hemisphere countries that will face winter soon.

In addition, respiratory tract diseases including lung infections are more commonly reported throughout the winter compared to other seasons. This situation is worrying because most of the COVID-19 cases reported in Malaysia recently are imported cases who were infected overseas, even though they were quarantined at the quarantine centres upon entering Malaysia.

It was also found that the value of Rt or R naught (R0), i.e. the infectivity of a virus in the community at the beginning of an epidemic, has slightly increased in Malaysia. As of 26 August 2020, the reported Rt was 0.74, but now it has risen to 1.0. These were contributed by the imported COVID-19 cases seen dominating the statistics off late.

Therefore, international border controls that are still being implemented should be continued, and further strengthened to ensure that the COVID-19 infection from overseas does not spread into and within Malaysia. The implementation of stricter border control requires the cooperation of various parties.

National Border Control

In this regard, MOH welcomes the decision to restrict the entry of Long-Term Pass holders for Indian, Indonesian and Filipino nationals as announced by the Senior Minister of Defense (Security Cluster) in his press conference earlier today. This restriction will take effect on 7 September 2020.

The public is also requested to continue to adhere to the Standard Operating Procedures (SOPs) set by the government, while adopting COVID-19 infection prevention measures, for example, practice the 3Ws and avoid the 3Cs at all times. The public need to play their respective roles in fighting the COVID-19 pandemic with full sense of responsibility towards the community, society and the country.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to remain vigilant and continue to follow the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

1 September 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 1 September 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Perlis032
Kedah2218
Pulau Pinang0136
Perak0269
Selangor3 (3)2,174
Negeri Sembilan01,034
Melaka0262
Johor0751
Pahang0370
Terengganu0114
Kelantan0160
Sabah9 (2)426
Sarawak0699
WP Kuala Lumpur02,587
WP Putrajaya099
WP Labuan023
Total14 (5)9,354

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case