Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 2 September 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,079 kes (97 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 2 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,360 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 153 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada enam (6) kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan semua bukan warganegara. Empat (4) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Indonesia (3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Syria (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Kedua-dua kes penularan di dalam negara, adalah di kalangan warganegara Malaysia. Perincian kes-kes tersebut adalah seperti berikut:

  • Selangor: satu (1) kes daripada Kluster MV Glen. Kluster ini akan diperincikan di bawah; dan
  • Pahang: satu (1) kes saringan di tempat kerja. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Sehingga kini, terdapat empat (4) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER MV GLEN

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kes baharu dilaporkan dalam kluster ini. Kes baharu ini merupakan isteri kepada kes positif kluster yang telah dilaporkan pada 30 Ogos 2020 (iaitu kes ke-9332). Beliau telah dikenalpasti susulan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat.

Sehingga 2 September 2020, seramai 58 orang telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
  • 16 individu negatif; dan
  • 39 individu masih menunggu keputusan.

Saringan sign-on dan sign-off adalah penting kerana ia merupakan salah satu langkah bagi memantau kawalan sempadan negara untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 dari luar negara menular masuk ke dalam negara kita.

KKM bersama Jabatan Laut Malaysia telah mengambil pelbagai langkah bagi memantau dan memperketatkan sempadan negara di Perairan Malaysia. Pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan telah dibangunkan bagi golongan pelaut yang memasuki Malaysia melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA). Ini termasuk proses pertukaran anak kapal bermula dari sign-on ke kapal sehingga sign-off dari kapal dan proses kuarantin wajib di stesen kuarantin yang diwartakan Kerajaan. Proses ini akan terus dipantau dan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

STATUS TERKINI SARINGAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) SECARA PENTADBIRAN DI AMANJAYA, KEDAH

Sehingga 2 September 2020, seramai 12,870 orang telah disaring di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dari tiga (3) zon yang terbabit iaitu Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melur di Amanjaya, Kedah. Daripada jumlah ini:

  • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
  • 12,687 individu adalah negatif; dan
  • 182 individu masih menunggu keputusan.

Syabas diucapkan kepada penduduk setempat yang memberi kerjasama yang baik kepada pasukan dari pelbagai agensi di lapangan. Namun begitu, dianggarkan seramai 9,490 orang masih belum menjalani saringan. Meskipun jumlah anggaran ini masih dalam semakan, namun pihak KKM tetap mengambil kesempatan ini untuk menyeru dan merayu mereka yang belum menjalani saringan untuk segera tampil ke hadapan ke pusat-pusat saringan yang disediakan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

2 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 2 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS032
KEDAH0218
PULAU PINANG0136
PERAK0269
SELANGOR12,175
NEGERI SEMBILAN01,034
MELAKA0262
JOHOR0751
PAHANG1371
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH0426
SARAWAK0699
W.P. KUALA LUMPUR4 (4)2,591
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN6 (4)9,360

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

2 September 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that four (4) cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,079 confirmed COVID-19 cases have been discharged (97.0% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

2 September 2020, 12 pm – a total of six (6) additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 9,360 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 153 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the six (6) additional cases reported today, four (4) are imported cases who were infected overseas, all involving non-Malaysians. They were travellers from the following countries:

  • Indonesia – 3 cases in Kuala Lumpur
  • Syria – 1 case in Kuala Lumpur

The two (2) local transmission cases are among Malaysians. The details are as follows:

  • Selangor – 1 case: From the MV Glen Cluster, as detailed below.
  • Pahang – 1 case: From a workplace screening. The case was asymptomatic and was admitted into Tengku Ampuan Afzan Hospital.

Currently, four (4) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with three (3) patients on ventilation support.

No (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 128 COVID-19 deaths in Malaysia (1.37% of total cumulative cases).

Current Status of the MV Glen Cluster

MOH would like to inform of that one (1) additional confirmed COVID-19 case is reported in this cluster today. The additional case is the wife to the confirmed COVID-19 case in this cluster reported on 30 August 2020 (Case 9,332). She was identified through active case detection and screening of close contacts.

As of 21 September 2020, a total of 58 individuals have been screened. Of these:

  • Three (3) confirmed COVID-19 cases
  • 16 individuals tested negative
  • 39 individuals awaiting results

The sign-on and sign-off screening is an important procedure as it is one of the measures to monitor national border control to prevent COVID-19 infection from overseas from spreading into our country.

MOH together with the Marine Department of Malaysia have taken various measures to monitor and tighten our national borders in Malaysian waters. Various Standard Operating Procedures (SOPs) and guidelines have been developed for seafarers entering Malaysia through the International Ports of Entry. These include the process of exchanging crews from sign-on to the ship to sign-off from the ship and mandatory quarantine process at Government-gazetted quarantine stations. These processes will continue to be monitored and improved from time to time to ensure smooth implementation.

Current Status of the Administrative Enhanced Movement Control Order in Amanjaya, Kedah

As of 2 September 2020, 12 pm, a total of 12,870 individuals have been screened in the administrative Enhanced Movement Control Order (EMCO) area from the three zones involved i.e. Kenanga Zone, Mawar Zone and Melur Zone in Amanjaya, Kedah. Of these:

  • One (1) confirmed COVID-19 case
  • 12,687 individuals tested negative
  • 182 individuals awaiting results

MOH congratulates the local community for their good cooperation with the teams from various agencies in the field. However, an estimated 9,490 individuals have yet to undergo screening. Although this estimated number is still being reviewed, MOH takes this opportunity to call and appeal to those who have not yet undergone screening to immediately come forward to the screening centres provided.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to follow the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

2 September 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 2 September 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Perlis032
Kedah0218
Pulau Pinang0136
Perak0269
Selangor12,175
Negeri Sembilan01,034
Melaka0262
Johor0751
Pahang1371
Terengganu0114
Kelantan0160
Sabah0426
Sarawak0699
WP Kuala Lumpur4 (4)2,591
WP Putrajaya099
WP Labuan023
Total6 (4)9,360

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case

Categories: Communicable disease, Press

Tagged as: