Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 4 September 2020 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan (9) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,092 kes (96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 4 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 11 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,385 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 165 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 11 kes baharu yang dilaporkan, tujuh (7) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan lima (5) bukan warganegara. Tujuh (7) kes import tersebut adalah dari negara:

  • India (5 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Arab Saudi (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • United Kingdom (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Daripada empat (4) kes penularan di dalam negara, tiga (3) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu (1) kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan tahanan yang bakal dihantar pulang ke negara asal di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Beranang, Selangor.

Perincian baki kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (3 kes) adalah:

  • Kedah: Satu (1) kes daripada Kluster Telaga;
  • Selangor: Satu (1) kes daripada Kluster DTI Semenyih 2; dan
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes daripada Kluster DTI Semenyih 2.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat empat (4) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER DEPOT TAHANAN IMIGRESEN SEMENYIH 2

KKM ingin memaklumkan bahawa satu (1) kluster baharu telah dikenalpasti di DTI Semenyih, Selangor. Kes indeks kluster ini merupakan seorang tahanan yang bakal dihantar balik ke negara asal beliau. Justeru, beliau telah disaring untuk COVID-19 di Klinik Kesihatan dan dikesan positif pada 27 Ogos 2020 (iaitu kes ke-9302).

Kes kedua dan ketiga kluster (iaitu kes ke-9382 dan kes ke-9384) merupakan pegawai imigresen di DTI tersebut yang telah mengiringi kes indeks ke Klinik Kesihatan bagi saringan COVID-19. Mereka adalah dua (2) daripada empat (4) orang pegawai imigresen yang mengiringi kes indeks yang telah dikesan positif COVID-19. Susulan itu, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Sehingga 4 September 2020, seramai 269 orang telah disaring. Daripada jumlah ini:

  1. Selangor (265 disaring):
    • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19;
    • 123 individu negatif; dan
    • 140 individu masih menunggu keputusan.
  2. Negeri Sembilan (4 disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.

Jumlah saringan yang telah dilaksanakan bagi kluster ini melibatkan:

  • 134 tahanan;
  • 129 orang kakitangan DTI; dan
  • Enam (6)orang ahli keluarga kakitangan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan. Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di DTI Semenyih.

KKM menyeru anggota-anggota barisan hadapan dari pelbagai agensi yang menguruskan kes positif COVID-19, kes yang disyaki positif COVID-19 serta kes masih di dalam siasatan termasuk Patient Under Investigation (PUI) supaya  mengambil langkah-langkah pencegahan pada setiap masa sepanjang pengurusan kes-kes ini. Ini termasuk pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) dengan betul serta bersesuaian, penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dan amalan kebersihan tangan yang optimum.

KKM menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada anggota barisan hadapan dari pelbagai agensi yang merupakan aset Negara dalam mengharungi pandemik ini. Wabak ini telah menyerlahkan peranan penting mereka dalam mencegah, mengawal dan menguruskan penularan jangkitan COVID-19. Tanpa komitmen, ketekunan dan dedikasi anggota barisan hadapan, hampir mustahil bagi kita untuk menangani pandemik COVID-19.

STATUS TERKINI KLUSTER TELAGA

Terdapat satu (1) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Telaga di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak lapan (8) kes. Sehingga 4 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 2,743 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (2,737 disaring):
    • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;
    • 2,075 individu negatif; dan
    • 654 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (6 disaring, tiada saringan baharu):
    • Enam (6) individu negatif.

Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat bagi kluster ini masih diteruskan. Situasi terkini kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS032
KEDAH1223
PULAU PINANG0136
PERAK0269
SELANGOR22,177
NEGERI SEMBILAN11,037
MELAKA0262
JOHOR0752
PAHANG0371
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH0432
SARAWAK0699
W.P. KUALA LUMPUR7 (7)2,599
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN11 (7)9,385

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

4 September 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that nine (9) cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,092 confirmed COVID-19 cases have been discharged (96.9% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

4 September 2020, 12 pm – a total of 11 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 9,385 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 165 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 11 additional cases reported today, seven (7) are imported cases who were infected overseas, involving two (2) Malaysians and five (5) non-Malaysians. They were travellers from the following countries:

  • India – 5 cases in Kuala Lumpur
  • Saudi Arabia – 1 case in Kuala Lumpur
  • United Kingdom – 1 case in Kuala Lumpur

Of the four 4) local transmission cases, three (3) cases are among Malaysians and one (1) case is a non-Malaysian, from screening of detainees prior to deportation back to the country of origin at the Beranang Temporary Immigration Detention Centre, Selangor.

The details of the local transmission cases among Malaysians (3 cases) are as follows:

  • Kedah – 1 case: From the Telaga Cluster.
  • Selangor – 1 case: From the Semenyih 2 Immigration Detention Centre Cluster.
  • Negeri Sembilan – 1 case from the Semenyih 2 Immigration Detention Centre Cluster.

Currently, four (4) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with three (3) patients on ventilation support. No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 128 COVID-19 deaths in Malaysia (1.36% of total cumulative cases).

The Semenyih 2 Immigration Detention Centre Cluster

MOH would like to inform that one new cluster has been identified in the Semenyih Immigration Detention Centre. The index case for this cluster is a detainee who was to be deported back to the country of origin. The case was screened at the nearby health clinic and found to be positive for COVID-19 on 27 August 2020 (Case 9,302).

The second and third cases of the cluster (Case 9,382 and Case 9,384) are the immigration officers at Detention Centre who had accompanied the index case to the health clinic for the COVID-19 screening. They are two out of the four immigration officers who had accompanied the index case. Subsequently, active case detection and screening of close contacts were conducted. As of 4 September 2020, 12 pm, a total of 269 individuals have been screened. Of these:

  1. Selangor (265 individuals screened):
    • Two (2) confirmed COVID-19 cases
    • 123 individuals tested negative
    • 140 individuals awaiting results
  2. Negeri Sembilan (4 individuals screened):
    • One (1) confirmed COVID-19 case
    • 3 individuals awaiting results

The individuals screened in this cluster involved:

  • 134 detainees
  • 129 staff of the Detention Centre
  • 6 staff family members

The cause of the infection is still under investigation. Measures to prevent and control infection such as disinfection and decontamination have been carried out at the Semenyih Immigration Detention Centre.

MOH calls on all frontliners from various agencies managing confirmed COVID-19 cases, suspected COVID-19 cases, as well as cases still under investigation including Patient Under Investigation (PUI), to take preventive measures at all times throughout managing these cases. This includes proper and appropriate use of Personal Protective Equipment (PPE), physical distancing of at least 1 metre away from others and good hand hygiene practices.

MOH appreciates and thanks all frontliners from various agencies who are important assets of the Country in overcoming this pandemic. This pandemic has highlighted their important role in preventing, controlling and managing the transmission of COVID-19 infection. Without the commitment, perseverance and dedication of all frontliners, it is almost impossible for us to effectively manage the COVID-19 pandemic.

Current Status of the Telaga Cluster

One (1) additional confirmed case is reported today for this cluster in Kedah. Cumulatively there are now eight (8) confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 4 September 2020, 12 pm, a total of 2,743 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by states involved is as follows:

  1. Kedah (2,737 individuals screened):
    • Eight (8) confirmed COVID-19 cases
    • 2,075 individuals tested negative
    • 654 individuals awaiting results
  1. Pulau Pinang (6 individuals screened, no new screening):
    • 6 individuals tested negative

Active case detection and screening of close contacts for this cluster is still ongoing. The current situation of this cluster will be informed from time to time.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to follow the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

4 September 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 4 September 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Perlis032
Kedah1223
Pulau Pinang0136
Perak0269
Selangor22,177
Negeri Sembilan11,037
Melaka0262
Johor0752
Pahang0371
Terengganu0114
Kelantan0160
Sabah0432
Sarawak0699
WP Kuala Lumpur7 (7)2,599
WP Putrajaya099
WP Labuan023
Total11 (7)9,385

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case

Categories: Communicable disease, Press

Tagged as: